Bahasa-bahasa Indo-Eropah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Bahasa Indo-Eropah adalah yang kumpulan bahasa terbesar di dunia dengan merangkumi 150 bahasa dan dipertuturkan oleh lebih kurang tiga bilion orang. Bahasa - bahasa yang termasuk dalam keluarga bahasa Indo-Eropah ialah bahasa - bahasa di Eropah dan Asia barat. Antara bahasa Indo-Eropah yang terkenal ialah bahasa Inggeris, Sepanyol, Perancis, Portugis, Jerman, Itali, Russia, Parsi, Hindi, Punjabi, Marathi dan Urdu.

Bahasa-bahasa Indo-Eropah

Persamaan bahasa ini dicadangkan oleh Sir William Jones yang mendapati persamaan antara empat bahasa tertua yang diketahuinya, iaitu bahasa Latin, Greek, Sanskrit dan Parsi. Teori tersebut disokong oleh kajian yang dibuat oleh Franz Bopp. Pada abad ke 19, para ilmuan memanggil kumpulan itu sebagai Indo-Jermanik atau kadang- kadang dipanggil sebagai "Aryan". Namun, apabila hubungan antara kebanyakkan bahasa Eropah dan Asia Barat kelihatan lebih jelas, kumpulan ini dinamakan sebagai bahasa Indo-Eropah.

Salasilah bahasa Indo-Eropah[sunting | sunting sumber]

Bahasa Indo-Eropah mempunyai bahasa nenek moyang yang sama iaitu Proto Indo-Eropah. Bahasa ini dikatakan berasal dari kawasan di utara Laut Hitam, atau Anatolia. Berikut merupakan salasilah bahasa Indo-Eropah:

Kebanyakkan bahasa Eropah tergolong dalam keluarga bahasa Indo-Eropah. Namun, ada juga bahasa yang tidak termasuk dalam kumpulan ini. Misalnya keluarga bahasa Uralik (Hungary, Estonia, Finnish), bahasa Sami, keluarga bahasa Kaukasia dan bahasa Basque.

Bahasa Turki dan bahasa Malta adalah dua contoh bahasa yang berasal daripada luar Eropah. Bahasa Turki ialah sejenis bahasa Turkik, manakala bahasa Malta berasal daripada bahasa Arab.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]