Bahasa Wales

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Bahasa Wales
Cymraeg
Sebutanakan ditambah
Asli diWales, England, Argentina (Chubut), Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand
Penutur asli750,000+:
 Wales: 611,000[1]
 England: 133,000[2]
 Argentina (Chubut): 25,000[3]
 Kanada: 3,160[4]
 Amerika Syarikat: 2,655[5]
 New Zealand: 1,155[6]
 Australia: 1,060[7]  (tiada tarikh)
Keluarga bahasa
Indo-Eropah
Sistem penulisanAbjad Rumi (jenis Wales)
Status rasmi
Bahasa rasmi diWales
Kod bahasa
ISO 639-1cy
ISO 639-2wel (B)
cym (T)
ISO 639-3cym
[[File:
Peratusan penutur bahasa Wales mengikut kawasan
|300px]]

Bahasa Wales (Cymraeg atau y Gymraeg, [kəmˈrɑːɨɡ] dan [ə ɡəmˈrɑːɨɡ]), ialah satu bahasa yang tergolong dalam cabang Britonik dari bahasa-bahasa Celt yang berasal dari Wales (Cymru). Penutur bahasa Wales wujud di seluruh dunia, terutamanya di Great Britain, Amerika Syarikat, Kanada, Australia, New Zealand, dan juga sebuah kawasan petempatan bangsa Wales di Lembah Chubut di Patagonia Argentina.

Bahasa ini dahulunya pernah ditegah pengunaannya oleh kerajaan United Kingdom sehingga sebarang penuturannya di sekolah diberikan hukuman berat, lalu bahasa ini semakin dipandang rendah dianggap tidak menguntungkan apabila menjelang abad ke-20.[8] Namun, usaha penggiatan pelestarian bahasa ini oleh aktivis-aktivis ia segera menjadikan bahasa ini berkembang kembali dari segi penggunaannya sehingga media khusus seperti stesen radio dan televisyen dikhususkan dalam bahasa ini.

Statisitik penuturan[sunting | sunting sumber]

Perangkaan banci terkini (2001) yang dibentangkan dalam laporan "Main Statistics about Welsh"[9] oleh Lembaga Bahasa Wales, menunjukkan bahawa 582,400 orang (20.8% dari seluruh penduduk Wales di rumah tangga atau penubuhan komunal) mampu bertutur dalam bahasa Wales, yang mana 457,946 orang (16.3%) boleh menutur, membaca dan menulis bahasa berkenaan, dibandingkan dengan 508,100 orang (18.7%) pada tahun 1991. Peluasan bahasa Inggeris telah mengakibatkan kemerosotan penutur bahasa Wales. Semenjak wujudnya Akta Bahasa Wales 1993 yang menyamakan taraf bahasa Wales dengan bahasa Inggeris dalam sektor awam di Wales, bahasa Wales berjaya dibangkitkan semula.

Hasil kaji selidik "2004 Welsh Language Use Survey" menunjukkan bahawa terdapat 611,000 penutur bahasa Wales di Wales (21.7% dari seluruh penduduk yang tinggal di rumah tangga), 62% mengaku bertutur bahasa Wales seharian, dan 88% daripada yang fasih berbahasa Wales menuturinya setiap hari.[9]

Perangkaan tahun 2004 dan 2001 ini menggambarkan bahawa kira-kira 14% penduduk Wales mengaku berbahasa Wales secara seharian. Sebenarnya, perangkaan ini dipetik dari kaji selidik pantauan, lebih-lebih lagi kefasihan penduduk tidak diuji, namun tahun kefasihan dalam pantauan 2004 (berbanding pantauan 1992) lebih menonjol dalam golongan usia 3-15 tahun (p.9), tambahan pula penyumbang utama peningkatan ini datang dari kawasan Tenggara (p.10); golongan-golongan selebihnya pula semakin kurang fasih.

Ortografi[sunting | sunting sumber]

Bahasa ini mempunyai abjad tersendiri yang digunakan untuk menulis dan mewakilkan bunyi-bunyi khas ia:

Huruf Nama Bunyi fonetik Padanan terhampi
(sama ada dalam bahasa Melayu baku atau bahasa lain)
a a /a, aː/ lawa
b bi /b/ bayi
c ec /k/ kaki
ch èch /χ/ khamis - juga huruf kha (خ) dalam abjad Arab
d[* 1] di /d/ dadih
dd èdd /ð/ these - juga huruf dzal (ﺫ) dalam abjad Arab
e e /ɛ, eː/ lewat (é)
f èf /v/ video
ff èff /f/ fikir
g èg /ɡ/ gigi
ng èng /ŋ/ sotong, nganga
h[* 2] aets /h/ hati
i i, i dot (S) /ɪ, iː, j/ isi / ya (sebelum huruf vokal)
j je /d͡ʒ/ jala
l el /l/ lidi
ll èll /ɬ/ Tiada dalam banyak bahasa Eropah atau bahasa Asia - paling dekat ialah "hl"
m em /m/ mulut
n en /n/ nasi
o o /ɔ, oː/ "bog", dalam sebutan baku bahasa Inggeris British
p pi /p/ pai
ph ffi /f/ fikir
r er /r/ ralat
rh rhi /r̥/ Dalam bahasa Inggeris: pray, [r] tidak bersuara
s[* 1] ès /s/ susu
t[* 1] ti /t/ tong
th èth /θ/ Dalam bahasa Inggeris: thin, juga huruf tha (ث) dalam abjad Arab
u u (N), u bedol (S) /ɨ̞, ɨː/ (N),[* 3]
/ɪ, iː/ (S)
Dialek selatan: bit atau machine dalam bahasa Inggeris;

Dialek utara: roses. dalam bahasa Inggeris

w w /ʊ, uː, w/ buku / wayang (konsonan sebelum huruf vokal)
y[* 4] /ɨ̞, ɨː, ə/ (N),[* 3]
/ɪ, iː, ə, əː/ (S)
berat (ĕ)
Nota
  1. ^ a b c The sequence si indicates /ʃ/ when followed by a vowel; similarly, di and ti sometimes indicate /dʒ/ and /tʃ/ respectively when followed by a vowel, although these sounds are spelled j and ts in loanwords like jẁg "jug" and wats "watch".
  2. ^ In addition to representing the phoneme /h/, h indicates voicelessness in the graphemes mh, nh, ngh and rh. The digraph ph – which indicates the aspirate mutation of p (e.g. ei phen-ôl) – may also be found very occasionally in words derived from Greek (e.g. phenol), although most words of Greek origin are spelt with ff (e.g. ffotograff).
  3. ^ a b In the North, the letters u and y are occasionally pronounced /ɪ, iː/, the same as in the South, rather than /ɨ̞, ɨː/. This is usually the case when the preceding vowel is /ɪ/ or when y is preceded or followed by g /g/ or followed by w /u/, forming a diphthong."Morffoleg y Gymraeg". Geiriadur yr Academi. Bangor University. Dicapai 25 July 2014. 
  4. ^ The vowel letter y indicates /ə/ in unstressed monosyllabic words (e.g. y "the", fy "my") or non-final syllables (regardless of whether these are stressed or not), but /ɨ̞, ɨː/ (N) or /ɪ, iː/ (S) in word-final syllables (again, regardless of stress).

Diphthongs[sunting | sunting sumber]

Orthography Northern dialects Southern dialects English (approximation only)
ae /ɑːɨ̯/ /ai̯/ eye
ai /ai̯/ /ai̯/ eye
au /aɨ̯/ /ai̯/ eye / bet (plural ending)
aw /au̯, ɑːu̯/ /au̯/ how
ei /əi̯/ /əi̯/ As in eight
eu /əɨ̯/ /əi̯/ As in eight
ew /ɛu̯, eːu̯/ /ɛu̯/ Roughly like Edward with the d removed: E'ward
ey /əɨ̯/ /əi̯/ As in eight
iw /ɪu̯/ /ɪu̯/ not usually present in English except in the interjection Ew!; closest to 'i-oo' (short i). A small number of English dialects have this sound in words that have "ew" or "ue". Such words, in the majority of English dialects that distinguish ew/ue and oo, would usually have /ju/ instead. See the Phonological history of English consonant clusters article for more information.
oe /ɔɨ̯, ɔːɨ̯/ /ɔi̯/ boy
oi /ɔi̯/ /ɔi̯/ boy
ou /ɔɨ̯, ɔːɨ̯/ /ɔi̯/ boy
ow /ɔu̯/ /ɔu̯/ oh
uw /ɨu̯/ /ɪu̯/ not present in English; closest to 'i-oo' (short i)
wy /ʊ̯ɨ, u̯ɨ/ /ʊ̯i/ not present in English; closest to gooey
yw /ɨu̯, əu̯/ /ɪu̯, əu̯/ /ɪu̯/ not present in English; closest to 'i-oo' (short i)
/əu/ like "goat" in Received Pronunciation or like "house" in Canadian English

Catatan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikipedia
Wikipedia Bahasa Wales, ensiklopedia bebas