Balung bahar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
C. maritimum
C. maritimum (habitat)
Crithmum maritimum - MHNT

Balung bahar (Jawi: بالوڠ بحر) ialah sejenis tumbuhan berbunga daripada genus Crithmum, yang mempunyai satu spesies sahaja iaitu Crithmum maritimum. Ia juga dinamakan criste marine,[1][2] samfir,[3] samfir batu,[3][4] atau jintan laut.[3] Balung bahar boleh dimakan. Ia dapat ditemui di pantai selatan dan barat Britain dan Ireland, di pantai mediterranean dan barat Eropah, juga di Pulau Canaria, Afrika Utara dan Laut Hitam. "Samfir" juga merupakan nama yang digunakan untuk beberapa spesies tumbuhan pantai lain.

Sejarah, dagangan dan penanaman[sunting | sunting sumber]

Dalam King Lear oleh William Shakespeare, pementasan tersebut ada sebut tentang kerja ambil balung bahar dari tebing. "Separuh jalan bawah [tebing], Ada seseorang bergantung mengutip samfir; sungguh marabahaya kerjayanya!"[5] Pada abad ke-19, balung bahar dihantarkan dari Pulau Wight ke pasar London setiap bulan Mei dalam tong kayu diisi air laut.[6] Di sana, ia dijual dengan nama "Crest Marine".[7]

Di England, balung bahar dahulu ditanam dalam taman,[7] dan ia hidup di tanah yang gembur dan berzat. Biji benih ia amat sukar ditemui, dan di United Kingdom boleh disabit kesalahan merosakkan tumbuhan liar seperti termaktub dalam Wildlife and Countryside Act 1981 (Akta Hidupan Liar dan Desa 1981).

Di sebelah bandar Dover, Kent, ada sebuah taman desa yang dipanggil Samphire Hoe, bersempena nama lain balung bahar iaitu samfir batu. Ia ditebus guna daripada hampas Terowong Selat, dan balung bahar pernah dituai di tebing berdekatan kawasan tersebut.

Penggunaan dalam masakan[sunting | sunting sumber]

Balung bahar mempunyai daun yang harum dan berisi dan Nicholas Culpeper, seorang pengkaji bidang botani dan herba, berkata ia mempunyai rasa yang "sedap, hangat dan pedas" dalam bukunya yang bertajuk The Complete Herbal.[8]

Batang, daun-daun dan lenggai balung bahar boleh dijerukkan dalam cuka, atau daunnya boleh digunakan dalam salad.

Richard Mabey ada nyatakan beberapa resipi menggunakan samfir,[9] tetapi samfir di sini boleh merujuk kepada samfir rawa atau lumut mirat (glasswort, Salicornia europaea), dan ramai orang sering terkeliru.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Criste Marine. (n.d.). Dicapai 9 Jun 2019 dari www.Kiehls.ca
  2. ^ Criste Marine. (n.d.). Dicapai 9 Jun 2019 dari www.thebodyshop.com.my
  3. ^ a b c "Crithmum maritimum". Germplasm Resources Information Network (GRIN). Agricultural Research Service (ARS), United States Department of Agriculture (USDA). Dicapai 13 Mac 2014. 
  4. ^ "BSBI List 2007". Botanical Society of Britain and Ireland. Diarkibkan daripada asal (xls) pada 25 Januari 2015. Dicapai 17 Oktober 2014. 
  5. ^ Shakespeare, William (1623). The Tragedy of King Lear. London.  Babak IV, adegan VI, baris 14b-15. Teks Inggeris di sini.
  6. ^ Grigson, Geoffrey (1958). The Englishman's Flora. London: The Readers' Union, Phoenix House. 
  7. ^ a b Phillips, Roger (1983). Wild Food. Pan. ISBN 0-330-28069-4. 
  8. ^ Culpeper, Nicholas (1653). The Complete Herbal. London. 
  9. ^ Mabey, Richard (1975). Food For Free. Fontana. ISBN 0-00-613470-X. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]