Terowong Selat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Peta Channel Tunnel.
Terminal British di Cheriton, Folkestone.

Terowong Selat (Bahasa Inggeris: Channel Tunnel, Bahasa Perancis: le tunnel sous la Manche) merupakan satu terowong kereta api sepanjang 51.5 km (31 batu) di bawah Selat Inggeris di Selat Dover. Ia menyambungkan Folkestone, Kent di England dengan Coquelles dekat Calais di utara Perancis.

Terowong ini merupakan satu projek mega lama dan mahal yang terhenti beberapa kali, sebelum akhirnya siap pada 1994. Ia merupakan terowong kereta api kedua terpanjang di dunia, cuma Terowong Seikan di Jepun lebih panjang, namun bahagian bawah lautnya sepanjang 39 km (24 batu) adalah terowong bawah laut terpanjang di dunia. Terowong ini dijalankan oleh Eurotunnel.

2009: Tutup kerana salji[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2009, terowong ditutup kerana kadar salji yang tebal dan lebat. Hampir 2000 penumpang terkandas.[1] Penumpang menyalahkan pengendali rel kerana kegagalan tersebut.

Penutupan sementara[sunting | sunting sumber]

Pada 9 Julai 2010, ratusan penumpang kereta api Eurostar London - Paris terkandas kerana adanya asap di terowong di bawah Sungai Thames berhampiran restoran Burger King di St Pancras. Pengendali Rangkaian Rel Eurostar mengambil keputusan menutup terowong dan membatalkan 22 pengkhidmatan kereta api laju antara St Pancras dan Ashford, Kent . Selepas siasatan selama 4 jam , terowong itu dibuka semula.[2] Penumpang brjaya keluar di Ebbsfleet di Kent selepas pasukan Bomba Essex dan Kent serta jurutera Rangkaian Rel menyiasat. Penumpang ke Perancis dan ke Brussel , Belgium turut terkandas . Mereka ditawarkan pemulangan tiket dan hotel.[3]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]