Bangunan Reichstag
Reichstag | |
---|---|
![]() Bangunan Reichstag. Kata-kata dedikasi Dem deutschen Volke, bermaksud Untuk rakyat Jerman, boleh dilihat dari arkitraf. | |
![]() | |
Lokasi | Berlin |
Negara | Jerman |
Pembinaan bermula | 9 Jun 1884 (siap 1894) |
Reka bentuk dan seni bina | |
Arkitek | Paul Wallot (rekabentuk dan pembinaan) Norman Foster (pengubahsuaian, 1992) |
Bangunan Reichstag yang terletak di Berlin telah dibina bagi menempatkan Reichstag, parlimen bagi Empayar Jerman. Ia dibuka pada tahun 1894 dan menempatkan Reichstag sehingga tahun 1933, apabila ia kemudian mengalami kerosakkan teruk dalam satu kebakaran yang dilakukan oleh seorang komunis Belanda Marinus van der Lubbe. Semasa era Nazi, ahli-ahli Reichstag terus menggunakan dewan untuk bersidang sebagai satu kumpulan dalam Rumah Opera Kroll. Selepas Perang Dunia Kedua, bangunan Reichstag tidak digunakan setelah parlimen bagi Republik Demokratik Jerman bersidang di Istana Republik di Berlin Timur dan parlimen bagi Republik Persekutuan Jerman bersidang di Bundeshaus di Bonn.
Bangunan ini dijaga dan sesetengahnya dibaik pulih pada tahun 1960-an, tetapi tiada usaha sepenuhnya bagi pemuliharaan sepenuhnya sehingga penyatuan semula Jerman pada 3 Oktober 1990, apabila ia dibina semula dengan diketuai oleh seorang arkitek terkenal di dunia Norman Foster. Selepas siap pada tahun 1999, ia menjadi tempat persidangan bagi parlimen moden Jerman, Bundestag.
Reichstag sebagai sebuah parlimen bermula pada Empayar Rom Suci dan dilucutkan sebagai parlimen sebenar pada tahun-tahun rejim Nazi (1933–1945). Pada kegunaan hari ini, istilah Jerman Reichstag atau Reichstagsgebäude (bangunan Reichstag) merujuk kepada bangunan, sementara istilah Bundestag merujuk kepada institusi.
Galeri[sunting | sunting sumber]
Demonstrasi menentang Persetiaan Versailles
Graffiti inside the ruins of the Reichstag
- The Reichstag.TIF.jpg
Panorama di Bangunan Reichstag, Julai 2006
Dewan Plenary di Bundestag
- Reichstag Facade.JPG
Dem Deutschen Volke (Kepada Rakyat Jerman)
Lihat juga[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
![]() | Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (September 2009) |
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Bangunan Reichstag |
- Website of the German parliament
- Panorama Reichstag - Interactive Panorama from the Platz der Republik
- Wrapped Reichstag
- Photo of the Reichstag from 1993 Diarkibkan 2007-10-13 di Wayback Machine
- Photos of the Reichstag from 1989 and Photos of the 1945 Battle for the Reichstag.
- Article in Exberliner Magazine [pautan mati kekal]