Banjir kilat Shah Alam 2006

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Banjir kilat berlaku di Shah Alam pada hari Ahad ,26 Februari 2006 berikutan Angin Badai .Fenomena alam ini tidak dapat dielakkan kerana hujan lebat luar biasa dan air pasang setinggi 4.8 meter di Pelabuhan Klang .

Banjir terburuk dalam tempoh 10 tahun ini menyebabkan limpahan air sungai berdekatan dan benteng kolam air tadahan pecah.

Menurut perangkaan Jabatan Kebajikan Masyarakat, kira-kira 9,000 orang menjadi mangsa banjir di beberapa kawasan di Shah Alam yang melibatkan kira-kira 3,500 buah rumah. Antara kawasan yang terjejas teruk dalam banjir itu ialah Taman Tun Dr Ismail Jaya dan Kampung Kebun Bunga.

Selain TTDI Jaya dan Kampung Kebun Bunga Batu Tiga, kawasan yang turut dilanda banjir ialah Kampung Landasan di Kampung Melayu Subang, kawasan sekitar pasar raya Giant di Seksyen 13, Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di Bukit Jelutong dan kawasan sekitar pasar raya Makro.


Langkah mengatasi :[sunting | sunting sumber]

Datuk Bandar Shah Alam Datuk Ramli Mahmud dan Abdul Aziz Shamsuddin selaku ahli parlimen Shah Alam akan membentuk jawatankuasa khas bagi menangani masalah ini.

TTDI Development Sdn Bhd, selaku pemaju perumahan Taman TTDI Jaya telah membelanjakan lebih RM13 juta sejak 10 tahun lepas untuk kerja-kerja melebarkan Sungai Damansara, membina benteng , sistem pam hidro,penyelenggaraan sungai dan membina kolam takungan di Taman TTDI Jaya.

TTDI Development telah menaiktaraf semua jalan masuk ke Taman TTDI Jaya untuk memastikan masalah banjir di kawasan tersebut diatasi.

Kawasan TTDI merupakan kawasan yang agak rendah selain berhampiran dengan Sungai Damansara yang mempunyai platform rendah dan TTDI Development Sdn Bhd telah berusaha mengambil langkah yang sepatutnya

TTDI Development juga akan membina sebuah lagi kolam takungan di fasa dua Taman TTDI Jaya bagi mengurangkan risiko limpahan air sungai ke kawasan perumahan.TTDI Development merupakan anak syarikat Kumpulan Naza.

TTDI Development akan bekerjasama dengan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) bagi membantu mengatasi masalah banjir ini.

kerajaan Selangor meluluskan peruntukan RM10 juta untuk membina pam air di TTDI Jaya melibatkan kos RM3 juta yang dijangka siap dalam tempoh setahun dan RM7 juta lagi untuk kerja-kerja mendalamkan Sungai Damansara.

Majlis Bandaraya Shah Alam akan melaksanakan beberapa projek mencegah banjir seperti mendalamkan kolam takungan sedia ada, dan menambahkan bilangan kolam takungan dengan setiap satu di TTDI Jaya dan Kampung Kebun Bunga.

Majlis Bandaraya Shah Alam mengalami kerugian kira-kira RM3 juta untuk membaiki kerosakan Stadium Shah Alam dan Stadium Melawati.

Mangsa banjir TTDI Jaya akan dikecualikan dari membayar cukai pintu bagi tempoh setengah penggal.

Pembinaan lebuh raya di Selangor pada masa depan akan disyaratkan membina kolam takungan bagi mencegah banjir.Selama ini , kebanyakan lebuh raya tidak mempunyai kolam takungan.

Pemaju pembangunan pula mematuhi syarat membina kolam takungan namun kebanyakan mereka tidak menyelenggaranya dengan baik hingga menyebabkan paras air naik apabila hujan berlaku.