Majlis Bandaraya Shah Alam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Majlis Bandaraya Shah Alam
مجليس بندارايا شاە عالم

MBSA
Lambang atau logo
Jenis
Jenis Kerajaan tempatan
Kepimpinan
Datuk Bandar MBSA Y.Bhg Dato' Ahmad Zaharin Bin Mohd Saad​ DPMS, SMS, BPC
Moto
Indah Bestari
Tempat persidangan
Shah Alam City Council.JPG
Laman sesawang
www.mbsa.gov.my
Nota kaki
Mula beroperasi sebagai MPSA sejak 1 Januari 1978 - 10 October 2000

sunting
Lihat pendokumenan templat ini

MBSA adalah merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab untuk kebajikan dan sebarang kemudahan prasarana yang terdapat di bandaraya Shah Alam.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pentadbiran Shah Alam bermula dengan penubuhan MPSA pada 7 Disember 1978 mengikut Akta 71, Akta Kerajaan Tempatan. Penubuhan MPSA, itu adalah serentak dengan perisytiharan bandar Shah Alam sebagai ibu negeri Selangor. Bagaimanapun, pentadbiran MPSA hanya mula beroperasi pada 1 Januari 1979.

Pentadbiran MPSA bermula di sebuah rumah kedai di Seksyen 3. Jumlah kakitangannya merupakan 123 orang dan kebanyakkannya merupakan kakitangan Lembaga Bandaran. Lembaga ini diwujudkan khas di bawah pentadbiran PKNS untuk mentadbir Shah Alam. Apabila MPSA mula beroperasi, Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor secara automatik berperanan sebagai Yang Dipertua.

Oleh kerana Yang Dipertua tidak sepenuh masa, maka seorang Penolong Setiausaha, telah dilantik untuk membantu tugas-tugas Yang Dipertua. Pada 1 Februari 1979, jawatan Setiausaha diwujudkan dan Encik Abu Sujak bin Mahmud dilantik untuk menyandang jawatan tersebut. Hanya pada tahun 1988, MPSA mendapat seorang Yang Dipertua sepenuh masa Jawatan Yang Dipertua ini seterusnya telah ditukar menjadi Datuk Bandar apabila Shah Alam dinaik taraf status bandaraya pada 10 Oktober 2000.

Pada tahun 1981, pentadbiran MPSA berpindah ke Tingkat 1 dan 2 Kompleks PKNS. Seterusnya pada Oktober 1988, MPSA telah berpindah ke bangunannya sendiri iaitu Wisma MPSA. Bangunan 28 tingkat yang bernilai RM141 juta mampu menempatkan semua jabatan MPSA yang sekarang dinaik status ke MBSA di bawah satu bumbung.[1]

Dasar, Visi, Misi & Wawasan[sunting | sunting sumber]

Dasar

Khidmat Terbaik.

Visi

Menjadikan Shah Alam sebuah bandaraya yang berkualiti, sejahtera, kondusif, dan terunggul.

Misi

Meningkatkan tadbir urus MBSA sebagai organisasi yang efisien, efektif, kompeten, dinamis dan terus cemerlang.

​Wawasan

Bersama menjadikan Shah Alam bandara​​ya bestari, cemerlang dan bertaraf dunia.

7 Nilai teras[sunting | sunting sumber]

1. Jujur

  • Setiap amal pekerjaan harus dilakukan dengan jujur dan integriti tinggi

2. Tanggungjawab

  • Kami memastikan sistem penyampaian perkhidmatan disampaikan dengan penuh tanggungjawab dan komited

3. Inovasi

  • Kami menghadapi cabaran dengan idea berinovasi dan berkreativiti tinggi ​

4. Kerja Berpasukan

  • Kami saling mempercayai, menghormati, berkongsi ilmu dan bekerjasama

5. Kepantasan

  • Kami peka terhadap kesegeraan terhadap tugas yang diberikan​

6. Prihatin

  • Jalin hubungan penyayang menjadi amalan dikalangan kami dan masyarakat​

7. Disiplin

  • Mengawal diri dan berdisplin dengan peraturan dan tatakelakuan yang ditetapkan ​

Objektif[sunting | sunting sumber]

  1. Perkhidmatan perb​andaran yang efisyen​.
  2. Mewujudkan Shah Alam sebagai sebuah bandaraya yang bersih, indah, ceria dan selamat.​
  3. Memastikan perancangan dan pembangunan yang teratur dan terkawal selaras dengan pembangunan mampan bagi melonjakkan pertumbuhan ekonomi jangka panjang pelabur/ peniaga dalam dan luar negeri.​
  4. Memastikan budaya penyelenggaraan yang efektif dan konsisten.​
  5. Mewujudkan bandar raya sejahtera.​
  6. Meningkatkan pembangunan kemasyarakatan seimbang dengan pembangunan fizikal​.
  7. ​Memelihara dan memulihara alam sekitar untuk keselesaan dan kesejahteraan warga Shah Alam dan generasi masa hadapan.​
  8. Mewujudkan persekitaran yang kondusif untuk pertumbuhan industri, perdagangan dan pelancongan​.
  9. Menjadikan Shah Alam pusat pembangunan dan kecemerlangan ilmu pendidikan.​
  10. Mewujudkan persekitaran yang kondusif dan selesa bagi OKU dan warga emas.​
  11. Tadbir urus yang cekap, berintegriti & berhemah.​
  12. Memastikan warga kerja yang kompeten, komited dan berintegriti.​
  13. Mengutamakan pelanggan dalam membe​​ri perkhidmatan yang cekap, tepat, telus dan berkesan secara berterusan.​
  14. Membudayakan penggunaan teknologi maklumat dalam semua urusan perkhidmatan.​
  15. Menguatkuasakan peraturan dan undang-undang secara berhemah dan professional.​​

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]