Bank Hokkaido

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Industri Perkhidmatan kewangan
Tahun diasaskan 5 Mac 1951 (1951-03-05)
Ibu pejabat Sapporo
Bilangan cawangan
134 (2005)
Kawasan perkhidmatan
Hokkaido
Orang penting
Yoshihiro Sekihachi (Chairman)
Jumlah Aset ¥33.8 trillion (Lebih kurang US$30.7 billion) (2005)
Bilangan pekerja
1,902 (2005)
Ibu syarikat Hokuhoku Financial Group
Website www.hokkaidobank.co.jp

Bank Hokkaido (Jepun: 北海道銀行, Hepburn: Hokkaidō Ginkō) merupakan sebuah bank Jepun yang beribu pejabat di Sapporo, Hokkaidō. Bank Hokkaido merupakan anak syarikat kepada Hokuhoku Financial Group selepas kumpulan itu bergabung dengan Bank Hokuriku pada 1 September tahun 2004. Bank Hokkaido mempunyai 134 cawangan dimana 131 cawangan terletak di Hokkaido manakala yang selebihnya terletak di Kawasan Tohoku, Tokyo, dan Osaka.

Photograph of a grey eleven-storey office building on a street corner
Pejabat utama Bank Hokkaido di Sapporo

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bank Hokkaido telah ditubuhkan pada 5 Mac 1951 di Sapporo. Pada tahun 1997, Hokkaido Bank telah mengadakan rundingan penggabungan dengan Bank Hokkaido Takushoku, sebuah bank yang juga terletak di Hokkaido tetapi sedang bergelut dengan masalah kewangan pada masa itu. Walaubagaimanapun, perbincangan ini terputus dan Bank Hokkaido Takushoku kemudiannya menjadi muflis . Pada 24 Mei tahun 2002, Bank Hokkaido dan Bank Hokuriku bersetuju untuk mengadakan hubungan perniagaan. Kira-kira satu tahun kemudian, pada 23 Mei tahun 2003, bank-bank ini bersetuju untuk menggabungkan pengurusan operasi mereka. Pada 1 September tahun 2004, kedua-dua bank menjadi anak syarikat Kumpulan Kewangan Hokuhoku .

Pautan luar[sunting | sunting sumber]