Bar tugasan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam perkomputeran, bar tugasan adalah istilah bagi bar desktop aplikasi yang digunakan bagi melancarkan serta memantau aplikasi di dalam Microsoft Windows 95 dan versi lebih kemudian. Persekitaran pengendalian yang lain juga ada kalanya menampilkan unsur antaramuka yang serupa.

Microsoft Windows[sunting | sunting sumber]

Di dalam Windows, lokasi utama bagi bar tugasan ialah di bahagian bawah skrin, dan kandungannya dari kiri ke kanan ialah menu Start, Bar Pelancar Pantas, butang bar tugasan dan ruang peringatan (sering disalah anggap sebagai dulang sistem[1]). Apabila Windows XP dilancarkan, Microsoft mengubah sifat bar tugasan bagi mengambil manfaat dari hukum Fitt.

  • Menu Start mengandungi perintah bagi mengakses program, dokumen dan ketetapan. Perintah tersebur termasuklah Programs, Documents, Settings, Find, Help, Run, dan Shut Down.
  • Bar Pelancar Pantas, mula diperkenalkan semasa pelancaran Internet Explorer 4, mengandungi pintasan ke beberapa aplikasi. Windows menyediakan entri lalai, seperti Internet Explorer, pengguna perisian pihak ketiga boleh menambah beberapa lagi pintasan yang mereka pilih. Klik sekali pada ikon aplikasi di situ akan melancarkan aplikasi tersebut. Bar tugasan tidak selalunya muncul: contohnya bar tersebut tidak muncul secara lalai di dalam Windows XP, walaupun ia boleh diupayakan.
  • Cangkerang Windows menempatkan butang bar tugasan pada bar tugasan setiap kali tetingkap bebas yang baru muncul (tetingkap yang tidak mengandungi tetingkap induk). Biasanya semua aplikasi SDI berkongsi butang bar tugasan yang sama.
    • Windows XP memperkenalkan himpunan bar tugasan, menghimpunkan semua butang bar tugasan bagi beberapa tetingkap bagi aplikasi yang sama di dalam satu butang. Butang tersebut akan memaparkan menu yang menyenaraikan semua tetingkap yang dihimpunkan apabila diklik. Ini mengelakkan bar tugasan daripada berserabut apabila terlalu banyak tetingkap dibuka dalam satu-satu masa.
    • Windows Vista memperkenalkan satu ciri baru di mana pengguna boleh melihat imej ringkas bagi perisian yang sedang berjalan dalam keadaan masa nyata dengan hanya menggerakkan tetikus ke butang perisian berkenaan pada bar tugasan.
    • Versi pra-beta bagi Windows 7 mula memperkenalkan senarai lompat. Senarai lompat merupakan menu yang menyediakan pintasan ke dokumen yang baru dibuka, ataupun pilihan khas bagi aplikasi berkenaan, yang muncul apabila pengguna mengklik kanan ikon pada bar tugasan.
  • Ruang peringatan mengandungi peringatan status bagi sesetengah perisian, contohnya Winamp, digunakan bagi tetingkap yang dikecilkan. Jam dipaparkan secara lalai di situ, dan aplikasi boleh menempatkan ikon di situ bagi menandakan status operasi atau mengingatkan pengguna mengenai sesuatu keadaan. Contohnya, ikon pencetak akan muncul apabila ada kerja mencetak, ataupun pemacu grafik boleh menyediakan capaian pantas bagi menukar resolusi skrin. Di dalam Windows XP, pengguna boleh memilih untuk memaparkan atau menyembunyikan beberapa ikon, ataupun menyembunyikan ikon jika tidak aktif dalam satu jangka masa tertentu.

Tampilan skrin[sunting | sunting sumber]

Bar tugasan pada versi pra-keluaran Windows 7, dengan dua tugasan yang sedang berjalan
Bar tugasan piawai Windows Vista dengan dua program sedang berjalan
Bar tugasan klasik Vista dengan satu program sedang berjalan
Bar tugasan piawai Windows XP dengan dua program sedang berjalan
Bar tugasan piawai Windows Me tanpa program yang berjalan

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Ruang peringatan paling lazim dirujuk sebagai "dulang sistem" atau "systray". Pembangun Microsoft berwaspada bahawa istilah tersebut tidak tepat; rujukan sebenar kepada "systray" adalah satu ciri yang pada asalnya dirancang untuk Windows 95 tetapi akhirnya digantikan dengan bar tugasan. Pada masa yang sama, frasa "dulang sistem" banyak dijumpai di serata tempat di laman web Microsoft, seperti yang ditulis oleh para pembangun. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk rencana salah seorang pembangun Windows, Raymond Chen di "Why do some people call the taskbar the 'tray'?".

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]