"Beautiful Target" ("Sasaran Indah") merupakan lagu yang dilancarkan oleh kumpulan muzik dari Korea Selatan, B1A4 pada 16 September 2011.[1] Ia dijadikan single utama bagi album mini mereka, It B1A4. Lagu ini dirakamkan semula dalam bahasa Jepun sebagai single penampilan sulung kumpulan muzik ini di Jepun dan dikeluarkan pada 27 Jun 2012.
Lagu "Beautiful Target" (Sasaran Indah) ini digubah oleh ahli kumpulan B1A4 sendiri iaitu CNU, Baro dan penggubah Urihyeong-gwa Naedongsaeng. Dalam album It B1A4, lagu disenaraikan sebagai runut nombor 1.
B1A4 memulakan promosi untuk lagu ini pada 16 September 2011 di rancangan Music Bank. Mereka juga mempromosikan lagu ini di rancangan muzik lain seperti Show! Music Core,[2]Inkigayo, M! Countdown dan MTV The Show. Promosi tersebut berakhir pada bulan November 2011 di Inkigayo. Lagu "Chu Chu Chu" (쮸쮸쮸) daripada album It B1A4 telah digunakan sebagai lagu pengenalan untuk persembahan minggu kemunculan semula.[3]
Teaser video muzik "Beautiful Target" telah dilancarkan pada 9 September 2011.[4] Video muzik penuh pula dilancarkan pada minggu hadapannya bersama-sama dengan pelancaran album mini It B1A4. Versi lain bagi video muzik yang dipanggil versi "Zoom Zoom" dilancarkan pada 7 Oktober 2011.[5]
Selepas setahun pelancaran lagu "Beautiful Target", agensi B1A4, WM Entertainment mengumumkan bahawa lagu tersebut akan dirakamkan semula dalam bahasa Jepun sebagai single penampilan sulung di Jepun.[6] Single itu dilancarkan pada 27 Jun 2012 dengan tiga edisi berbeza iaitu CD+DVD,[7] CD+Barangan[8] dan edisi Biasa.[9]
Lagu ini pada asalnya ditulis oleh CNU dan Baro oleh Urihyeong-gwa Naedongsaeng yang kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa Jepun oleh Shoko Fujibayashi. Sebelah B "Chu Chu Chu" pada asalnya ditulis oleh Song Bong-jo dan Song Jae-won yang kemudiannya diterjemahkan oleh MEG.ME dalam bahasa Jepun. Lagu "Bling Girl" dimasukkan sebagai runut bonus bagi edisi CD+Barangan yang pada asalnya ditulis Jinyoung dan Baro yang kemudiannya diterjemahkan dalam bahasa Jepun oleh MEG.ME. Lagu ini asalnya dalam bahasa Korea dan ia dilancarkan dalam album mini penampilan pertama B1A4 di Korea, Let's Fly.[10] Bagi lagu "Ready to Go" ("Sedia untuk Pergi"), ia dimasukkan sebagai runut bonus bagi edisi Biasa dan ditulis oleh Yuki Shirai.
Video muzik versi bahasa Jepun bagi lagu ini telah dilancarkan pada 3 Jun 2012 di akaun YouTubePony Canyon. Walaupun versi ini menggunakan studio dan rupa yang berbeza, video muzik ini mengikuti konsep yang sama seperti versi bahasa Korea.