Belitung lumba

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Belitung lumba
Pengelasan saintifik e
Domain: Eukaryota
Alam: Animalia
Filum: Chordata
Kelas: Actinopterygii
Order: Carangiformes
Keluarga: Coryphaenidae
Genus: Coryphaena
Spesies:
C. hippurus
Nama binomial
Coryphaena hippurus
Sinonim[2]
  • Scomber pelagicus (Linnaeus, 1758)
  • Coryphaena fasciolata (Pallas, 1770)
  • Coryphaena chrysurus (Lacépède, 1801)
  • Coryphaena imperialis (Rafinesque, 1810)
  • Lepimphis hippuroides (Rafinesque, 1810)
  • Coryphaena immaculata Agassiz, 1831
  • Lampugus siculus Valenciennes, 1833
  • Coryphaena scomberoides Valenciennes, 1833
  • Coryphaena margravii Valenciennes, 1833
  • Coryphaena suerii Valenciennes, 1833
  • Coryphaena dorado Valenciennes, 1833
  • Coryphaena dolfyn Valenciennes, 1833
  • Coryphaena virgata Valenciennes, 1833
  • Coryphaena argyrurus Valenciennes, 1833
  • Coryphaena vlamingii Valenciennes, 1833
  • Coryphaena nortoniana R. T. Lowe, 1839
  • Coryphaena japonica Temminck & Schlegel, 1845

Belitung lumba atau lemadang (Coryphaena hippurus)[3][4] ialah ikan bersirip ruji penghuni permukaan yang dijumpai di luar pesisir perairan beriklim sedang, tropika dan subtropika di seluruh dunia. Turut dikenali sebagai ikan lumba, lumba-lumba, golok, golok kasut, parang dan parang bodoh,[3] ia satu daripada dua ahli bagi keluarga Coryphaenidae, selain daripada belitung golok. Ikan ini paling biasa dijumpai di perairan di sekitar Teluk Mexico, Costa Rica, Hawaii dan Lautan Hindi.

Tatanama[sunting | sunting sumber]

Nama parang dan parang bodoh setara dengan nama dalam bahasa Aceh parang-parang, sedangkan lemadang ditemukan di Indonesia.[4] Nama ikan lumba dan lumba-lumba pula kemungkinan dipinjam terjemah daripada bahasa Inggeris dolphinfish atau dolphin.[perlu rujukan] Sungguhpun begitu, ia tidak berkait rapat dengan lumba-lumba sebenar.

Nama Inggeris mahi-mahi datang daripada bahasa Hawaii[5] dan bermaksud 'sangat kuat', melalui proses penggandaan.[6] Di sebahagian Pasifik dan di sepanjang pesisir Afrika Selatan yang bertutur Inggeris, lemadang sering dirujuk dengan nama dalam bahasa Sepanyol, dorado.[7] Di pulau Mediterranean Malta, lemadang dirujuk sebagai lampuka.

Linnaeuslah yang menamakan genus ini, terbit daripada kata Yunani, κορυφή, koryphe, yang bermaksud 'atas' atau 'puncak', pada 1758. Sinonim untuk spesies ini termasuk Coryphaena argyrurus, Coryphaena chrysurus, dan Coryphaena dolfyn.[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Collette, B.; Acero, A.; Amorim, A.F.; Boustany, A.; Canales Ramirez, C.; Cardenas, G.; Carpenter, K.E.; de Oliveira Leite Jr.; N.; Di Natale, A.; Fox, W.; Fredou, F.L.; Graves, J.; Viera Hazin, F.H.; Juan Jorda, M.; Minte Vera, C.; Miyabe, N.; Montano Cruz, R.; Nelson, R.; Oxenford, H.; Schaefer, K.; Serra, R.; Sun, C.; Teixeira Lessa, R.P.; Pires Ferreira Travassos, P.E.; Uozumi, Y.; Yanez, E. (2011). "Coryphaena hippurus". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2011: e.T154712A4614989. doi:10.2305/IUCN.UK.2011-2.RLTS.T154712A4614989.en. Dicapai pada 19 November 2021.
  2. ^ a b Froese, Rainer; Pauly, Daniel (2019). "Coryphaena hippurus" di FishBase. versi Ogos 2019.
  3. ^ a b Coryphaena hippurus. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/26151. [Didapat kembali 14 September 2023].
  4. ^ a b Common names of Coryphaena hippurus. FishBase.
  5. ^ Templat:Hawaiian Dictionaries
  6. ^ "mahimahi" (dalam bahasa Inggeris). Te Aka Māori Dictionary. Dicapai pada 2022-09-02.
  7. ^ "Fish detail". WWF SASSI (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-05-31.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]