Ben Barnes (pelakon)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Ben Barnes (pelakon)
Ben Barnes
Kelahiran Benjamin Barnes
20 Ogos 1981 (32 tahun)
Nama lain Ben Barnes

Benjamin "Ben" Barnes[1] (lahir 20 Ogos 1981) ialah pelakon Inggeris. Beliau pernah muncul dalam siri televisyen Doctors dan Split Decision, dan dalam filem Stardust, Bigga than Ben, dan The Chronicles of Narnia: Prince Caspian.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Barnes telah dilahirkan di London, England oleh padangan ahli psikiatri dan ahli terapi.[2] Beliau juga bekas pelajar King's College School, iaitu ketika dia pernah menjadi pelakon sementara bagi pelakon filem Khalid Abdalla dan ahli komedi Tom Basden. Belajar Drama dan Sastera Inggeris di Universiti Kingston, London.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Telah dinyatakan dalam isu Jun/Julai 2008 bagi majalah CosmoGIRL! bahawa beliau merupakan penyanyi latar bagi kumpulan Hyrise, yang United Kingdom dalam Pertandingan Lagu Eurovision 2004. Barnes mula bekerja dalam bidang lakonan televisyen pada 2006. Beliau membuat kemunculan sulungnya di layar perak dalam filem Stardust, dengan menampilkan watak Dunstan Thorn muda. Kemudian beliau membintangi Bigga Than Ben, yang dilancarkan pada Ogos 2008.

Pada Februari 2007, telah diumumkan bahawa Barnes akan melakonkan watak Caspian dalam filem adaptasi The Chronicles of Narnia: Prince Caspian, arahan Andrew Adamson.[3] Adamson mengatakan "Caspian ialah budak yang baru mencapai umur, yang pada sesetengah sudut, kisah budah yang sudah mula mengenal dunia, dengan Caspian yang pada mulanya agak naif, kemudian mula menuntut bela dan melepaskan dendamnya."[4] Sementara kebanyakan pembaca menterjemahkan Caspian sebagai seorang kanak-kanak, terdapat perenggan yang menyatakan bahawa usianya hampir dengan usia Peter, maka, seorang pelakon yang lebih tua yang menghampiri usia William Moseley dipilih. Barnes telahpun membaca novel tersebut ketika kecil dan diujibakat dua setengah minggu selepas berjumpa dengan pembikin filem ini. Beliau menghabiskan masa dua bulan di New Zealand menunggang kuda dan berlatih untuk penggambaran.[5] Barnes memperlajari pelat Sepanyol dari persembahan Mandy Patinkin sebagai Inigo Montoya dari filem The Princess Bride.[6] Adamson tidak menjangka akan memilih pelakon British sebagai Caspian, dan mengatakan Barnes sangat sesuai dengan keluarga krew Adamson dan empat pelakon watak adik-beradik Pevensie.[7]

Barnes juga akan melakonkan sekali lagi watak Caspian (kali ini sebagai Raja Caspian) dalam filem ketiga dalam siri Narnia, The Chronicles of Narnia: The Voyage of the Dawn Treader. Penggambaran dijangka bermula pada Oktober 2008 dengan tarik tayangan bermula pada 7 Mei 2010.

Barnes juga dalam perjalanannya keliling dunia pada Jun 2008 untuk mempromosi Prince Caspian. Pada 2009, beliau akan melakonkan watak John Whittaker dalam filem Easy Virtue Easy Virtue. Barnes juga telah menandatangani kontrak untuk berlakon dalam versi terkini The Picture of Dorian Gray karya Oscar Wilde yang diarahkan oleh Oliver Parker dan dijadualkan untuk tayangan pada tahun 2009.[8] Beliau kini menetap di London.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. TeenHollywood.com - Ben Barnes: Chatting with "Caspian"
  2. Stated on The Tonight Show with Jay Leno, May 13, 2008
  3. "In brief: Barnes skips History for Caspian", The Guardian, 2007-02-06. Dicapai pada 2007-08-01. 
  4. Tom Johnson. "The Chronicles of Narnia: Prince Caspian Character Guide", Moviefone, 2008-04-11. Dicapai pada 2008-04-11. 
  5. Edward Douglas. "Ben Barnes is Prince Caspian", Comingsoon.net, 2007-10-19. Dicapai pada 2007-11-24. 
  6. Dan Jolin. "Ben Barnes is Prince Caspian", Empire, April 2008, pp. 96. 
  7. "Orchestrating Magic in Narnia All Over Again". Disney Insider. http://disney.go.com/inside/mainattraction/080401/index.html. Capaian 2008-04-03. 
  8. Stuart Kemp. "Ben Barnes to shine as Dorian Gray", The Hollywood Reporter, May 18 2008. Diarkibkan drpd. yang asli di 2008-05-27. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]