Bendera Filipina

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
20px Rasio bendera: 1:2

Bendera Filipina pada 12 Jun 1898. Bendera ini merupakan bendera dua warna biru dan merah dengan sebuah segitiga sama sisi putih di sisi tiang. Di tengah-tengah segitiga tersebut terdapat simbol matahari kuning dengan lapan sinar, masing-masing terbahagi menjadi tiga; di sudut segitiga terdapat bintang bersegi lima kuning. Bendera ini dipasang dengan warna biru di atas pada masa damai, dan warna merah di atas pada masa perang.

Bendera ini direkakan Emilio Aguinaldo pada tahun 1897 semasa dalam pembuangan di Hong Kong sebelum dijahit Marcela Agoncillo dan anaknya Lorenza serta anak saudara José Rizal, Doña Delfina Herbosa de Natividad. Bendera ini dirasmikan pengunaannya melalui suatu pelulusan undang-undang pada tahun 1920.

Rekaan[sunting | sunting sumber]

Perlambangan[sunting | sunting sumber]

Warna-warna merah dan biru dikatakan datang daripada bendera Amerika Syarikat namun sudah diberikan maksud yang berlainan: jalur merah di bawah melambangkan patriotisme dan keberanian sementara warna biru di bahagian atas melambangkan perdamaian, kejujuran dan keadilan.

Suatu segitiga warna putih terletak di sebelah kiri bendera merupakan simbol pergerakan Katipunan yang memperjuangkan kemerdekaan Filipina dari Empayar Sepanyol - setiap bucunya melambangkan cogan kata revolusi yang masyhur iaitu "kebebasan, kesaksamaan dan persaudaraan". Dalam bentuk segi tiga ini pula adanya suatu Matahari kuning melambangkan persatuan, kemerdekaan, demokrasi rakyat, dan kedaulatan. Lapan sinar matahari melambangkan lapan provinsi utama yang memulakan pemberontakan menentang Sepanyol iaitu:[1][2]

Tiga buah bintang bersudut lima pada tiap sudut segitiga tiga kelompok kepulauan di Filipina iaitu Luzon, Bisaya dan Mindanao.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Tatarajah perekaan bendera Filipina.

Bendera ini hendaklah mengikut susunan dan ukuran tertentu agar menepati rekaan rasmi. Panjang bendera hendaklah dua kali lebih lebar bendera. Bintang-bintang kecil ia pula hendaklah disusun agar satu bucunya searah dengan bucu segi tiga.[3] Jarak antara dua sinar matahari hendaklah sebesar lebar satu jalur di mana satu "jalur sinar" besar dua kali tebal daripada kedua-dua "jalur sinar" kecil yang mengiringinya.[4] Bentuk matahari pula dialihkan sedikit ke kanan daripada tengah bentuk segi tiga.[5]

Rincian warna rasmi yang dipakai ditampilkan beserta anggaran ia di bawah:[6]

Skema warna Biru Merah Putih Kuning
Cable No.[3] 80173 80108 80001 80068
Pantone [6] 286C 193C N/A 122C
RGB 0-56-168 206-17-38 255-255-255 252-209-22
CMYK C99-M80-Y0-K0 C12-M100-Y87-K3 C0-M0-Y0-K0 C2-M17-Y91-K0
HEX #0038A8 #CE1126 #FFFFFF #FCD116

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Bendera yang pernah digunakan[sunting | sunting sumber]

Perekaan[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^
  2. ^ "Origins of the Symbols of the National Flag". Diarkibkan daripada asal pada 10 Jun 2013.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  3. ^ a b "An Act Prescribing the Code of the National Flag, Anthem, Motto, Coat-of-Arms and Other Heraldic Items and Devices of the Philippines – Republic Act No. 8491". The Corpus Juris. 12 Februari 1998. Diarkibkan daripada asal pada 19 Jun 2017.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan).
  4. ^ "Executive Order No. 23, s. 1936 – Description and Specification of the Filipino Flag". Official Gazette. Diarkibkan daripada asal pada 28 Ogos 2012.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)
  5. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan NHIspecs tidak disediakan
  6. ^ a b "Philippines". Vexilla Mundi. Diarkibkan daripada asal pada 29 Mei 2008. Dicapai 6 Jun 2007.  Parameter |url-status= tidak diketahui diabaikan (bantuan)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]