Bendera Amerika Syarikat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bendera Amerika Syarikat.

Bendera Amerika Syarikat mengandungi 13 jalur merah berselang putih dengan empat segi biru yang mempunyai 50 bintang kecil putih. Lima puluh bintang ini mewakili 50 buah negeri Amerika Syarikat sementara 13 jalur pula mewakili 13 koloni asal yang memberontak ke atas pemerintahan British untuk menjadi negeri-negeri pertama dalam Kesatuan. Nama lain bagi bendera ini termasuk Stars and Stripes (Bintang dan Jalur), Old Glory dan Star-Spangled Banner (juga nama bagi lagu kebangsaan).

Makna warna dalam bendera Amerika Syarikat[sunting | sunting sumber]

Bendara Amerika Syarikat mengandungi tiga warna iaitu putih, merah dan biru. Apabila Cap Mohor Agung diluluskan pada tahun 1782, setiausaha Kongres Kontinental menyatakan putih menggambarkan kesucian dan kejujuran, merah melambangkan ketahanan dan keberanian sementara biru untuk kewaspadaan, ketekunan dan keadilan.