Benjamin Sheares

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Benjamin Henry Sheares)

Dr Benjamin Henry Sheares, GCB, (12 Ogos 1907 – 12 Mei 1981) merupakan Presiden Singapura yang kedua.


Benjamin Sheares
本杰明·亨利·薛尔思
Presiden Singapura Ke-2
Dalam jawatan
2 Januari 1971 – 12 Mei 1981
Perdana MenteriLee Kuan Yew (1959–1990)
Didahului olehYusof bin Ishak
Digantikan olehDevan Nair
Butiran peribadi
LahirBenjamin Henry Sheares
12 Ogos 1907
Singapura
Meninggal dunia12 Mei 1981(1981-05-12) (umur 73)
Singapura
Tempat persemadianTanah Perkuburan Negara Kranji (Kranji State Cemetery)
KerakyatanSingapura
PasanganS.G. Sheares
Anak-anakAnak perempuan:
Constance Sheares (pakar sejarah seni) Anak lelaki:
Edwin Chin-Hwee Sheares (Dewan Eton - pemilik)
Joseph Sheares (pakar bedah kardiotorasik)
PekerjaanAhli fizik
Laman web rasmiwww.istana.gov.sg

Kehidupan awal dan Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Beliau menerima pendidikan awal di St Andrew's School dan Raffles Institution. Beliau memasuki King Edward VII College of Medicine pada 1923, dan lulus dengan ijazah perubatan L.M.S. pada Mac 1929. Setelah berkhidmat selama dua tahun sebagai Pembantu Pegawai Perubatan di Hospital Besar Sepoy Lines (kini Hospital Besar Singapura), beliau memulakan kerjayanya dalam bidang kebidanan dan sakit puan pada April 1931.

Pada tahun 1940, beliau dianugerahkan dengan biasiswa Queen's Fellowship untuk melanjutkan pelajaran pos-siswazah di Britain tetapi tidak berhasil untuk membuat sedemikian kerana tercetusnya Perang Dunia Kedua. Semasa pendudukan Jepun di Singapura, beliau memegang jawatan sebagai Ketua Jabatan Kebidanan dan Sakit Puan di Hospital Kandang Kerbau, dan juga Penguasa Perubatan untuk seksi pesakit tempatan di hospital tersebut. Selepas Jepun menyerah kalah, beliau dilantik menjadi pemangku Profesor dalam bidang kebidanan dan sakit puan di King Edward VII College of Medicine, menjadikan beliau orang Singapura pertama untuk memegang jawatan tersebut.

Pada Mei 1947, beliau telah ke London untuk pengajian pos-siswazah dan pada Januari 1948, menjadi pakar bidan Singapura pertama yang layak menjadi anggota Royal College of Obstetricians and Gynaecologists of England.

Beliau dan isterinya dikurniakan dengan tiga orang anak.

Presiden (1971 - 1981)[sunting | sunting sumber]

Beliau dilantik sebagai Presiden Singapura ke-2 selepas kematian Yusof bin Ishak, Presiden Singapura pertama sewaktu berusia 63 tahun.

Kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau meninggal dunia pada 12 Mei 1981, setelah beliau menghidap barah paru-paru dan akhirnya koma. Beliau telah dikebumikan di Tanah Perkuburan Negara Kranji (Kranji State Cemetery) bersama dengan Presiden Yusof.

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Satu jambatan di Singapura dinamakan sempena nama beliau, iaitu Jambatan Benjamin Sheares (Benjamin Sheares Bridge). Di bidang pendidikan pula, Dewan Sheares (Sheares Hall) di Universiti Nasional Singapura, Kerusi Profesor Benjamin Sheares (Benjamin Sheares Professorship) dan Kolej Benjamin Sheares di Sekolah Graduan Perubatan Duke-NUS (Duke-NUS Graduate Medical School), kesemuanya dinamakan sempena nama beliau.


Jika anda melihat rencana yang menggunakan templat {{tunas}} ini, gantikanlah ia dengan templat tunas yang lebih spesifik.