Bertih jagung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lihat juga Majalah Popcorn
Bertih jagung
Popcorn on the cob, freshly harvested.
Popped popcorn, ready for eating.
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
Divisi: Angiosperma
(tiada peringkat): Monokot
(tiada peringkat): Commelinids
Order: Poales
Famili: Poaceae
Genus: Zea
Spesies: Z. mays
Subspesies: Z. m. averta
Nama trinomial
Zea mays averta

Bertih jagung atau Popcorn atau jagung tembak merupakan biji jagung yang mengembang dari kernalnya dan meletup ketika dipanaskan. Apabila dipanaskan , tekanan  akan terhasil dari dalam kernel  dan letupan kecil seperti bunyi “pop” dihasilkan.Terdapat beberapa teknik yang digunakan untuk meletupkan bertih jagung , seperti memanaskannya di dalam ketuhar atau menggunakan alatan rumah yang sememangnya khas untuk membuat bertih jagung . Bertih jagung yang tidak diletupkan adalah tidak mudah rosak dan akan tahan dalamjangka masa yang panjang jika disimpan di tempat yang tertutup .

Sesetengah orang menganggap bahawa bertih jagung merupakan makanan yang sihat bergantung kepada cara masakan. Namun , ada juga yang menentang perkara ni atas sebab- sebab tertentu. Bertih jagung boleh dijadikan hiasan.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jagung telah pun mendominasi Mexico sejak 9000 tahun yang lalu.Arkeologi  telah membuat kajian bahawa manusia zaman dahulu teah mengetahui kewujudan bertih jagung sejak beribu tahun yang lalu.Seperti contoh , di Mexico , serpihan bertih jagung yang berusia 3600 tahun sebelum masihi telah dijumpai. Kebanyakan sejarawan percaya bahawa bertih jagung merupakan jagung yang pertama yang diketahui oleh manusia. Meletupkan kernel telah Berjaya dilakukan secara manual pada abad ke 19 , yang dijual di semenanjung timur Amerika Syarikat di bawah jenama seperti “Pearls” atau “Nonpareil”. Perkataan “ letupan jagung” pertama kali muncul di dalam Kamus  Amerika 1848 oleh John Rusell Bartlett .Bertih jagung merupakan antara bahan di dalam “Cracker Jack” , dan di awal pemasaran produk tersebut , bertih jagung diletupkan dengan menggunakan tangan sahaja.

Kewujudan bertih jagung meningkatdengan mendadak pada tahun 1890-an dengan penggunaan pembuat bertih jagung yang direka oleh Charles Cretor. Charles Cretor merupakan seorang pemilik kedai  gula-gula , yang mencipta beberapa mesin yang berkuasa wap untuk membakar kacang dan telah menggunakan teknologi tersebut untuk meletupkan kernel jagung.

Ketika zaman Great Depression  , bertih jagung telah dijual pada harga yang sangat murah iaitu antara 5 hinga 10 sen satu bag dan menjadi sangat terkenal ketika itu. Oleh itu , ketika semua perniagaan yang lain gagal , perniagaan bertih jagung berjaya menembusi pasaran dan menjadi sumber pendapatan untuk petani-petani yang susah , termasuklah keluarga Redenbacher iaitu antara jenama popcorn yang terkenal. Semasa perang dunia kedua, kekangan gula mengecilkan pengualaran gula-gula , dan orang Amerika memakan bertih jagung tiga kali ganda daripada jumlah yang selalu mereka makan. Ia dijadikan makanan ringan dan amat terkenal di teater yang memberi rasa tidak senang hati kepada pemilik teater yang menganggap bertih jagung menghilangkan tumpuan untuk menonton filem.Namun, mereka kemudiannya mula menerima dan pada tahun 1938 , panggung wayang Midwestern yang dimiliki leh Glen W.Dickson telah memasang mesin bertih jagung di lobi panggung wayangnya. Pemasangan itu mengaut keuntungan yang banyak dan dijadikan trend semasa.[1]

Pada tahun 1970, jenama bertih jagung Orville Redenbacher telah dilancarkan . Pada tahun 1981, General Mills telah menerima satu paten untuk menghasilkan gelombang ketuhar untuk bertih jagung dan kemudiannya terdapat peningkatan penggunaan bertih jagung sebanyak 10000 pound beberaoa tahun selepas itu.

Cara Masakan[sunting | sunting sumber]

Bertih jagung boleh dimasak menggunakan mentega atau minyak. Bagi kuantiti bertih jagung yang kecil , ia boleh diletupkan diatas periuk memasak di dapur rumah . Namun , bagi jualan komersial yang menjual bertih jagung yang segar , satu mesin bertih jagung telah dicipta di Chicago oleh Charles Cretors pada tahun 1885.

Cretors telah memperkenalkan satu paten mesin bertih jagung  berasaskan  wap air  yang meletupkan bertih jagung di dalam minyak masak. Sebelum ini , penjual meletupakan bertih jagung dengan memegang bakul diatas api yang terbuka. Bertih jagung yang terhasil adalah sangat panas , kering dan tidak dimasak dengan sekata. Ciptaan cretors telah meletupkan bertih jagung di dalam satu pertiga mentega dan juga garam. Campuran ini dapat menahan suhu sehingga 450 °F (232 °C) yang diperlukan untuk meletupkan bertih jagung dan menghasilkan asap yang sedikit. Api yang digunakan dibawah pemanas mengeluarkan wap yang menggerakan enjin yang kecil yang membantu menggerakkan gear untuk mengacau jagung tersebut . Mesin tersebut menyerupai badut untuk dijadikan tarikan pengunjung taman tema . Wayar yang menghubungkan periuk masakan yang diatas membolehkan operator untuk menarik penutup diatas dan mengeluarkan bertih jagung kebawah .

Cara pembuatan bertih jagung yang berbeza juga digunakan di kawasan orang cina dan juga di Korea.Kernel jagung yang tidak diletupkan lagi diletakkan di dalam periuk besar berasaskan logam , juga dipanggil sebagai pemukul bertih jagung . Ia ditutup oleh penutup yang berat dan diterbalikkan dengan perlahan.Apabila tekanan di kanister telah mencapai tahap tertentu , kanister tersebut di  alihkan daripada api . sebuah karung diletakkan di permukaan penutup tersebut dan penutup itu dibuka. Semua bertih jagung itu meletup  dengan sekali letupan dan diletakkan di dalam karung.

Pengguna juga boleh membeli alatan khas untuk menghasilkan bertih jagung  didalam kuantiti yang sedikit. Ada beberapa alatan khas yang boleh digunakan bersama minyak atau mentega cair yang sedikit untuk membantu pengaliran haba  tetapi bertih jgung yang diletupakn di udara menggunakan udara panas daripada kawasan dalam mesin tersebut  dan memastikan kernel jagung itu dalam keadaan bergoncang untuk mengelakkan terbakar. Kebanyakkan bertih jagung yang dijual sekarang di pekkan di dalam bag bertih jagung  yang boleh dimasukkan kedalam ketuhar.

Terminologi[sunting | sunting sumber]

Di dalam Industri bertih jagung, kernel jagung yang telah diletupakan dikenali sebagai empingan. Terdapat dua bentuk empingan yang digunakan secara komersial.Empingan “rama-rama” atau “empingan salji” mempunyai bentuk yang tidak sekata  dan mempunyai beberapa kepak yang terkeluar. Empingan “cendawan” ialah empingan yang mempunyai bentuk bola yang besar , dengan beberapa kepak. Empingan “rama-rama” mempunyai rasa yang sedap , dengan kemanisan yang kuat serta biji yang tidak terlalu besar. Empingan cendawan pula tidak serapuh empingan rama-rama dan selalu digunakan untuk di pekkan seperti bertih jagung caramel.  Kernel daripada satu bertih jagung boleh menghasilkan kedua-dua empingan rama-rama dan juga cendawan yang menghasilkan 100% hybrid empingan rama-rama dan juga cendawan. Persekitaran dan kawasan untuk meletupkan bertih jagung boleh memberi kesan kepada purata  empingan rama-rama kepada cendawan.

Di dalam Industri bertih jagung, kernel jagung yang telah diletupakan dikenali sebagai empingan. Terdapat dua bentuk empingan yang digunakan secara komersial.Empingan “rama-rama” atau “empingan salji” mempunyai bentuk yang tidak sekata  dan mempunyai beberapa kepak yang terkeluar. Empingan “cendawan” ialah empingan yang mempunyai bentuk bola yang besar , dengan beberapa kepak. Empingan “rama-rama” mempunyai rasa yang sedap , dengan kemanisan yang kuat serta biji yang tidak terlalu besar. Empingan cendawan pula tidak serapuh empingan rama-rama dan selalu digunakan untuk di pekkan seperti bertih jagung caramel.  Kernel daripada satu bertih jagung boleh menghasilkan kedua-dua empingan rama-rama dan juga cendawan yang menghasilkan 100% hybrid empingan rama-rama dan juga cendawan. Persekitaran dan kawasan untuk meletupkan bertih jagung boleh memberi kesan kepada purata  empingan rama-rama kepada cendawan.

Penggunaan[sunting | sunting sumber]

Bertih jagung selalu dimakan di dalam panggung wayang. Makanan ringan ini selalu disediakan samada secara masin atau manis. Di utara Amerika, cara traditional adalah dengan menyediakan bertih jagung yang masin , yang menggunakan mentega  , toffee ataupun herba. Walaubagaimanapun, versi manis ini seperti contonya bertih jagung  karamel  selalu juga dijumpai , Di United Kingdom , bertih jagung yang sudah siap dimasak selalu dijual dalam perisa manis atau masin.  Bertih jagung karamel juga mudah didapati tetapi amat mahal.Di Peru, bertih jagung dimaniskan dengan menggunakan susu pekat tetapi selalu juga dimakan dengan garam . Satu-satunya bertih jagung versi mentega ialah bertih jagung ketuhar[2]. Bertih jagung merupakan makan ringan yang amat tekenal di acara-acara sukan dan juga di panggung wayang yang dimana telah disediakan sejak 1930-an. Bertih jagung juga dijadikan bijirin sarapan oleh orang Amerika pada tahun 1800-an yang dimakan bersama susu dan pemanis.

Risiko Kesihatan[sunting | sunting sumber]

Bertih Jagung merupakan antara makanan yang tersenarai di dalam Akedemi Pediatrik Amerika yang tidak disyorkan untuk dihidangkan kepada kana-kanak dibawah umur 4 tahun diatas risiko tercekik.

Bagi bertih jagung yang dimasukkan kedalam ketuhar adalah antara kes yang istimewa disebabkan ia direka untuk dimasak bersama pelbagai perasa.Di antara perasa mentega buatan ialah diacetyl yang boleh menyebabkan masalah pernafasan kepada perkerja-pekerja di industri pembuatan bertih jagung ketuhar.Ia juga dikenali sebagai “popcorn lung”. Hampir kesemua kilang di Amerika tidak lagi menggunakan bahan kimia ini.

Content in this edit is from the existing English Wikipedia article at [[:en:Popcorn]]; see its history for attribution. Formatting follows..

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Hallauer, Arnel R. (2001). Specialty Corns. CRC Press. ISBN 0849323770. 
  • Lusas, Edmund W.; Rooney, Lloyd W. (2001). Snack Foods Processing. CRC press. ISBN 1566769329. 
  • Smith, Andrew F. (1999). Popped Culture: The Social History of Popcorn in America. University of South Carolina Press. ISBN 1570033005. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]