Bibi Sharliza Mohd Khalid
Bibi Sharliza binti Mohd Khalid ANS (Negeri Sembilan) | |
---|---|
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Juasseh | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Didahului oleh | Ismail Lasim |
Majoriti | 78 (2023) |
Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 2023 | |
Presiden | Ahmad Zahid Hamidi |
Ketua Pusat | Noraini Ahmad |
Didahului oleh | Lateffah Ali Kunju |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Paroi | |
Dalam jawatan 2004–2008 | |
Didahului oleh | Kerusi diwujudkan |
Digantikan oleh | Mohamad Taufek Abd Ghani |
Majoriti | 4,107 (2004) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | 19 November 1971 |
Parti politik | |
Pasangan | Mohd Isa Abdul Samad |
Yang Berhormat Puan Sri Bibi Sharliza Mohd Khalid (lahir 19 November 1971) ialah seorang ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau kini berkhidmat sebagai ADUN Juasseh dan Ketua Wanita UMNO Negeri Sembilan. Beliau merupakan isteri kepada Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan Tan Sri Isa Samad.
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Beliau merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan Universiti Teknologi Mara (UiTM).
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Bibi Sharliza pernah berkahwin dan mempunyai 4 orang anak dan mempunyai cucu.
Pada 14 April 2010, beliau telah berkahwin dengan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, yang ketika itu merupakan ADUN Bagan Pinang. Isa Samad sebelum itu telah menduda selepas kematian isterinya, Puan Sri Hazizah Tumin pada 7 Disember 2005 akibat kanser parotid (kelenjar pipi) yang dihidapi selama 10 tahun. Bibi Sharliza dan Mohd Isa bernikah di rumah keluarga perempuan di Taman Fatimah, Kuala Pilah pada jam 3 petang.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Isa pilih Bibi selepas 4 tahun menduda". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-16. Dicapai pada 2010-04-14.