Pergi ke kandungan

Bicara Hati (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan daripada Bicara Hati (siri TV))
Bicara Hati
GenreDrama
Cinta
Konflik
Dendam
Berdasarkan daripada
Bicara Hati
karya Damya Hanna
PenciptaDamya Hanna
Ditulis olehJujur Prananto
PengarahOsman Ali
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Bicara Hati" oleh Lena AF9
Lagu penutup"Bicara Hati" oleh Lena AF9
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod26
Penerbitan
Penerbit eksekutifRenu Sharan
PenerbitSharad Sharan
SinematografiMalek Marwi
Bob Fitri
Tempoh siaran1 jam
Syarikat penerbitan
Tarantella Pictures Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalAstro Prima
Siaran asal3 Januari 2012 (2012-01-03) – 26 Jun 2012 (2012-06-26)

Bicara Hati adalah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2012 arahan Osman Ali, dibintangi Sharnaaz Ahmad, Cristina Suzanne, Marsha Milan dan Josiah Hogan. Siri drama mula ditayangkan di slot Primawara, Astro Prima bermula 3 Januari 2012.

Dalam satu kemalangan kecil yang tidak disengajakan, Tengku Syahran dan Zahlia bertemu. Ketika itu, Tengku Syahran sedang buntu untuk memikirkan cadangan ibunya yang ingin menjodohkan dia dengan Linda, seorang wanita yang dia tidak pernah cintai. Setelah seminggu mengenali Zahlia, Tengku Syahran menyatakan hasratnya untuk memperisterikan Zahlia untuk mengelak dirinya daripada dikahwinkan dengan Linda. Zahlia terkejut dengan permintaan Tengku Syahran. Tengku Syahran merupakan seorang yang baru dikenali dan tidak mungkin Zahlia akan jatuh cinta dengan pemuda tersebut. Zahlia serba salah untuk menerima lamaran itu. Pelbagai cara dilakukan oleh Tengku Syahran untuk memenagi hati Zahlia. Akhirnya, Zahlia akur dengan menetapkan beberapa syarat, iaitu hak-hak peribadi Zahlia tidak akan diganggu.

Setelah diijabkabul, Tengku Syahran mula berubah sikap. Egonya menjadi terlalu tinggi dan tidak mengikut perjanjian yang telah ditetapkan. Zahlia rasa tertipu dengan tindakan Tengku Syahran. Kini, timbul pelbagi konflik dalam rumah tangganya. Sebenarnya, mereka berkahwin secara kontrak dan sedikit sebanyak telah mengundang rasa cinta, kasih, sayang dan kerinduan.[1]

Pelakon utama

[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu

[sunting | sunting sumber]

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]