Sharnaaz Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Sharnaaz Ahmad
Kelahiran Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad
(1985-08-29) 29 Ogos 1985 (umur 32)
Georgetown, Pulau Pinang, Malaysia
Warganegara Malaysia
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2009—kini

Sharnaaz Ahmad bin Basir Ahmad atau lebih dikenali sebagai Sharnaaz Ahmad (dilahirkan pada 29 Ogos 1985) ialah seorang pelakon lelaki yang popular di Malaysia. Beliau mula menceburkan diri dalam dunia lakonan pada tahun 2009 menerusi watak kecil dalam drama bersiri Tari Tirana arahan pengarah Shahrulezad Mohammedin sebelum diberi watak yang lebih besar dalam drama bersiri komedi K.I.T.A. dan Dottie pada tahun 2010. Biarpun bermula menerusi watak ringan, nama Sharnaaz mula meniti bibir peminat apabila pengarah Micheal Ang memberi peluang kepadanya membawa watak serius sebagai Afandi dalam telefilem Ungunya Cinta. Kini beliau cukup dikenali dengan watak-watak antagonis serta antihero dan dicalonkan dalam beberapa anugerah atas bakat lakonannya.

Kerjaya lakonan[sunting | sunting sumber]

Sharnaaz adalah anak kepada Datuk Basir Ahmad, seorang usahawan di Pulau Pinang. Basir yang merupakan kenalan rapat kepada keluarga P. Ramlee juga pernah menyertai beberapa kugiran ketika era pop yeh yeh 60an[1]. Selepas menamatkan pengajian di Kolej Polytech MARA pada tahun 2008 dalam jurusan perakauan perniagaan, beliau mula berjinak-jinak dalam dunia lakonan. Watak pertamanya adalah menerusi drama bersiri Tari Tirana. Ketika awal pembabitannya, Sharnaaz sering ditipu oleh agensi lakonan yang menjanjikan pelbagai watak namun mereka membatalkan disaat akhir. Akibatnya, Sharnaaz mula hampir putus asa sebelum mengambil keputusan untuk membina keyakinan diri dan penampilan tubuh badan. Sharnaaz juga menyertai syarikat pengurusan Groom Works pada tahun 2010 [2]. Hasilnya, setelah itu beliau berjaya muncul sebagai watak utama dalam drama bersiri K.I.T.A. arahan Micheal Ang dan bergandingan dengan pelakon komedi Scha Al-Yahya yang menjadi titik mula namanya dikenali. Kerana populariti yang makin meningkat, Sharnaaz berpeluang memegang watak utama dalam filem pertamanya, Seru arahan Pierre Andre. Pada awal tahun 2011, namanya mula mendapat perhatian umum malah turut tersenarai dalam kategori Artis Baharu Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010.

Kerjaya seni lakonnya berkembang dalam waktu yang agak singkat dan kehadirannya sebagai pelakon pelapis amat diperlukan kerana kemampuan bakat lakonannya dalam menjelmakan pelbagai watak dari komedi ke antagonis dan dramatik. Sehingga tahun 2013, beliau muncul dalam drama-drama arahan Micheal Ang seperti Kum Kum', Pontianak Kampung Batu dan Patah Seribu yang digandingkan bersama bekas kekasihnya iaitu Shila Amzah, sehingga beliau digelar anak emas pengarah tersebut. Gandingan tersebut begitu mantap dan serasi bahkan mampu menitiskan airmata penonton. Beliau juga muncul dalam drama arahan pengarah lain demi mencari kelainanan seperti drama Ariana Mikhail, Bukan Bidadari dan telefilem Di Bawah Langitmu.

Setelah dilamar pengarah hebat Kabir Bhatia untuk muncul dalam filem Sembunyi: Amukan Azazil, beliau sekali lagi diberi peluang untuk muncul dalam filem Juvana sebagai Lan Todak yang akhirnya menjadi era kemuncak kerjayanya sebagai aktor. Lakonannya dalam watak antagonis seorang pelajar sekolah menengah dibawah hukuman juvana yang mempunyai masalah psikologi itu menjadi sebutan dan disifatkan antara watak jahat paling ikonik dalam sinema perfileman Melayu [3]. Pada tahun 2013, nama Sharnaaz akhirnya mendapat tempat di mata pengkritik apabila lakonan mantapnya sebagai suami panas baran dalam telefilem Di Bawah Langitmu bersama aktres Nora Danish membolehkannya bersaing dalam kategori Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) Anugerah Skrin. Dalam majlis sama, beliau juga turut dicalonkan untuk kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) menerusi lakonan sebagai Lan Todak (filem Juvana). Biarpun tewas kepada pelakon-pelakon yang lebih berpengalaman, namun sejak itu namanya sudah diangkat sebaris dengan nama-nama besar dunia lakonan Malaysia.

Pada tahun 2014, nama Sharnaaz cukup sinonim dengan kejayaan drama bersiri 60 episod berjudul Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang mencipta fenomena tersendiri sebagai antara drama bersiri paling ramai penonton pada tahun itu.

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Catatan
2011 Seru Jeff
2013 Juvana Lan Todak
Sembunyi: Amukan Azazil Atan
2014 Dollah Superstar Shah Dazzlee
Gila Baby Roy
2015 Darah Panas Ady
2016 Juvana 3: Perhitungan Terakhir Lan Todak Kemunculan khas
2017 Sindiket Inspektor Rudy
TBA Jebat Jebat Pos produksi

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Dalca Mami Georgetown Astro Prima
2010 Ungunya Cinta Astro Ria
2011 Kum Kum
Pontianak Kampung Batu
2012 Rahsia Hati
Warkah Cinta Mat Rock
Patah Seribu Astro Ria
2014 Bintang Hati TV2
Perempuan Di Bawah Lindungan Kaabah
2015 Hidupku, Solatku, Matiku Astro Maya HD

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2009 Tari Tirana TV3
2010 K.I.T.A Astro Ria
Dottie
2012 Kasih Alia
Ariana Mikhail TV9
Bicara Hati Astro Prima
Bukan Bidadari
2013 Ruby
Mira Sofia
2013 - 14 Bukan Kerana Aku Tak Cinta Jebat Astro Mustika HD
2014 Setitis Kasih Darmia
Suamiku Encik Sotong Astro Ria
Danny The Series
Mukhlis TV2
2015 Mencintaimu
Ku Tinggalkan Cinta Di Okinawa Astro Mustika HD
2016 BOMBA Hero
Awak Sangat Nakal Johan Rizqin Astro Ria
2017 Mr. Hijab Rem TV3

Televisyen[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Saluran TV Catatan
2015 Harta Dalam Stor S2 Dirinya sendiri Astro Ria Artis jemputan
2016 Gempak Superstar Pengacara Astro Ria bersama Scha Al-Yahya
Maharaja Lawak Mega 2016 Chief Lawak Astro Warna bersama Johan (Jonaz)
2017 Perang Jantina Pengacara Astro Ria bersama Siti Elizad

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2011 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-24 Artis Baru Lelaki Popular Sharnaaz Ahmad Dicalonkan
2012 Anugerah Blokbuster Hero Popular Seru Dicalonkan
2013 Anugerah Melodi Artis Sensasi Sharnaaz Ahmad Dicalonkan
Anugerah Skrin ke-17 Pelakon Lelaki Terbaik Drama Di Bawah Langit Mu Dicalonkan
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Filem Juvana Dicalonkan
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Sembunyi: Amukan Azazil Dicalonkan
2014 Anugerah Drama Festival KL Pelakon Lelaki Pilihan Ruby Dicalonkan
Barisan Pelakon Drama Pilihan Dicalonkan
Hero & Heroin Drama Pilihan (bersama Siti Saleha) Dicalonkan
Anugerah Astro On the Go Fan Choice Favourite Fuyooo Actor Bukan Kerana Aku Tak Cinta Dicalonkan
Festival Filem Malaysia ke-26 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Juvana Dicalonkan
2015 Anugerah MeleTOP Era Pelakon TV MeleTOP Sharnaaz Ahmad Dicalonkan
Anugerah Drama Festival KL Pelakon Lelaki Drama Pilihan Setitis Kasih Darmia Dicalonkan
Barisan Pelakon Pilihan Dicalonkan
Hero & Heroin Pilihan (bersama Nelydia Senrose) Menang
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-28 Pelakon TV Lelaki Popular Sharnaaz Ahmad Dicalonkan
Artis Paling Kontroversi Menang
Gandingan Serasi Di Layar (bersama Nelydia Senrose) Dicalonkan
Anugerah Melodi Artis Lelaki Pilihan Dicalonkan
Artis Sensasi Menang
Anugerah Lawak Warna[4] Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (Filem) Gila Baby Dicalonkan
Pelakon Komedi Lelaki Terbaik (TV)[5] Suamiku Encik Sotong Menang
Anugerah Skrin 2015 Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Filem) Gila Baby Menang
2016 Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-29 Pelakon TV Lelaki Popular Sharnaaz Ahmad Menang
Pelakon Filem Lelaki Popular Darah Panas Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]