Dazrin Kamarudin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Dazrin Kamarudin
Kelahiran (1988-05-10) 10 Mei 1988 (umur 30)
Klebang, Melaka, Malaysia
KediamanKuala Lumpur, Malaysia
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2010-kini
Ketinggian5 ft 11 in (1.8 m)
PasanganNur Fazulin Razali (k. 2017)[1]

Dazrin Kamarudin (dilahirkan pada 10 Mei 1988) merupakan seorang pelakon lelaki Malaysia, berasal dari Klebang, Melaka. Beliau juga merupakan Juara Fear Factor Malaysia Musim 1 bersama Hairul Azreen.[2] Pada April 2016, beliau ialah antara 10 pelakon yang menyertai program Gempak Superstar.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Dazrin memulakan kerjaya awal beliau sebagai model catwalk sebelum menjadi pelakon. Penampilan pertama dalam kerjayanya sebagai pelakon ialah menerusi watak sampingan dalam telefilem Mencintaimu pada 2010. Diikuti oleh watak pembantu sebagai Ichiro dalam telefilem Geisha Melayu Terakhir lakonan Scha Al-Yahya.

Kerjaya filem Dazrin bermula pada 2011 menerusi filem dokumentari seram, Seru arahan bersama Pierre Andre dan Woo Ming Jin lakonan Sharnaaz Ahmad, Awal Ashaari, Nisha Dirr, Bella Dally dan Nora Danish.

Pada 2013, beliau bersama pelakon Hairul Azreen menyertai rancangan realiti Fear Factor Malaysia yang dihoskan oleh Aaron Aziz. Hasilnya, beliau dan Hairul dinobatkan sebagai juara.[3][4][5][6]

Beliau pernah menjadi pengacara rancangan In Trend di TV2 dan Planet Joget di TV1.[perlu rujukan] Dazrin muncul bersama Farid Kamil dalam filem aksi fantasi Apokalips X arahan Mamat Khalid, beliau kembali bekerja di bawah arahan Mamat menerusi filem Lebuhraya Ke Neraka yang ditayangkan pada April 2017.

Gempak Superstar[sunting | sunting sumber]

Persembahan[sunting | sunting sumber]

Dazrin merupakan salah seorang peserta Gempak Superstar 2016 dan tersingkir di konsert minggu kedua. Sepanjang persembahannya di Gempak Superstar, beliau menyanyikan lagu:

  1. Minggu 1: "Hanya Aku" (nyanyian asal Hyper Act)
  2. Minggu 2: "Harus Terpisah" (nyanyian asal Cakra Khan)

Carta penyingkiran[sunting | sunting sumber]

Minggu: 1 (10/Apr) 2 (17/Apr)
Kedudukan Peserta Keputusan
10 Dazrin Kekal Tersingkir

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan anak kedua daripada tiga orang adik-beradik (seorang kakak dan seorang adik perempuan) dan berdarah kacukan Melayu dan Cina. Pada 6 Mei 2016, Dazrin telah menamatkan zaman bujang beliau dengan Ketua Pramugari sebuah syarikat penerbangan berpangkalan di Jeddah, Arab Saudi bernama Nur Fazulin Razali atau Zulin berusia 33 tahun ketika itu. Pasangan ini telah berkenalan hampir dua tahun lalu.[1] Pasangan mempelai itu dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Razali Din dengan mas kahwin RM500 dengan wang hantaran yang dirahsiakan jumlahnya pada majlis yang berlangsung kira-kira pukul 12 tengah hari. Kedua-dua pengantin memakai persalinan warna `Rose Golden’ dengan hantaran sebanyak tujuh dulang bagi pihak pengantin perempuan dan berbalas sembilan oleh keluarga pengantin lelaki. Majlis itu turut disaksikan kira-kira 200 tetamu terdiri ahli keluarga dan sahabat terdekat kedua-dua mempelai selain rakan artis.[2][7]

Beliau sebelum ini pernah bertunang dengan pelakon Amyra Rosli (kini berkahwin dengan Amar Baharin).[8]

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Peranan Pengarah Catatan
2011 Seru Pierre Andre
Woo Ming Jin
Filem pertama
2014 Apokalips X Chin Long Mamat Khalid
2017 Lebuhraya Ke Neraka Dazrin
2019 XX Ray 3 Rosman Aziz M. Osman Pos-produksi

Drama[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV
2012 Memberku Hawa Ezral TV3
Bicara Hati Faizal Astro Prima
Adam & Hawa Johan Astro Mustika HD
2013 Jodoh Azlan Astro Ria
Cinta Pandang Kedua Zairul Hasmat TV9
Dia Suamiku Johari Astro Prima
Tanah Kubur Musim 9: Semabuk Arak Musa Astro Oasis
2014 Syurga Di Wajahmu Engku Lokman TV1
Miranda Ammar TV3
Cerita Cinta Kita Dr Khairudin
Dosa Seorang Suami Airisz
2015 Cinta Yang Tertinggal Firdaus TVi
Keluarga Karaoke Noh Astro Mustika HD
Quddus Quddus / Rayyan TV2
Hantu Kampung Manggis Safar TV1
Bukan Isteri Sempurna Danish Arham/Daniel Arman TV3
Kasih Jasmin Zahim TV1
Keluarga Pontimau Rayyan TV3
2016 Love You Mr. Arang Haziq
Singgahsana Cinta Tengku Naufal TV1
2017 Jangan Ikut Aku Hantu Kimchi TV3
My Darling, Inspektor Daniel Danish Astro Ria

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Saluran TV Catatan
2011 Geisha Melayu Terakhir Ichiro Astro Ria
2012 Setahun Setengah Mencari Cinta Ruzair Astro Warna
Mencintaimu Zakir TV3
2013 Nur Aidilfitri Shazril TV AlHijrah
Chef Jelita Aliff TV9
2014 30 Hari Cinta Fendy TVi
Suami Muda Alif TV2
Takkan Melupakanmu Yazid TV3
Penantian Kamarul
2015 Apabila Adam & Hawa Bertemu Salleh Adam TV2
2016 Saksi Inspektor Rizal
2017 Menantu Material Hypp Sensasi
Licin Joe TV1
Dunia Kecilku Yusri
2018 Gerak Khas Raya Zakuan TV2 Episod: Sarah

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan
2014
Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-27
Artis Baru Lelaki Popular N/A Dicalonkan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Mohd Al Qayum Azizi (3 April 2017). "Dazrin Kamarudin Nikah Ketua Pramugari 6 Mei". mStar. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2017. Dicapai 11 Julai 2017. 
  2. ^ a b Nursuraya Zulkifli (6 Mei 2017). "Dengan sekali lafaz, Dazrin sah bergelar suami". Utusan Online. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2017. Dicapai 11 Julai 2017. 
  3. ^ Ana Ghoib (2 April 2013). Hairul, Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia Malaysian Review. Dicapai pada 8 April 2014.
  4. ^ Nor Atieyah Yusof (2 April 2013). Hairul, Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia Sinar Harian. Dicapai pada 8 April 2013.
  5. ^ Muzaffar Mustafa (30 Mac 2013). Hairul & Dazrin juara Fear Factor Selebriti Malaysia Astro Awani. Dicapai pada 8 April 2014.
  6. ^ Dazrin & Hairul Menang Fear Factor Selebriti Malaysia mStar Online. Dicapai pada 8 April 2013.
  7. ^ "Pelakon Dazrin pilih Ketua Pramugari sebagai isteri". Utusan Online. 7 Mei 2017. Diarkibkan daripada yang asal pada 12 Julai 2017. Dicapai 11 Julai 2017. 
  8. ^ Muhammad Adnan (10 Jun 2015). Lima bulan Dazrin terseksa gagal kahwin Amyra Rosli mSTAR Online. Dicapai pada 11 Jun 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]