Cristina Suzanne Stockstill

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Jerman. Nama yang diberikan ialah Cristina Suzanne dan nama keluarganya ialah Stockstill.
Cristina Suzanne Stockstill
Cristina Suzanne Stockstill CEO.jpg
Cristina Suzanne sebagai Nina dalam filem CEO (2014).
Kelahiran Cristina Suzanne Stockstill
22 Januari 1985 (31 tahun)
Johor Bahru, Johor, Malaysia
Etnik Melayu-Jerman-Amerika
Pekerjaan Pelakon, model
Tahun aktif 2003 - kini
Agama Islam

Cristina Suzanne Stockstill (juga dikenali sebagai Cristina atau Crissie) Lahir 22 Januari 1985) ialah seorang model dan pelakon yang berasal dari Johor Bahru, Johor. Di awal persekolahanya iaitu Convent Johor Bahru. Namun begitu, di penghujung alam persekolahan beliau berpindah, Methodist Girls' School Kuantan Pahang. Beliau telah berjaya mendapat pengiktirafan Pelakon Wanita Terbaik Filem menerusi penglibatannya dalam filem KIL bersempena majlis Anugerah Skrin 2013. Selepas memenangi anugerah tersebut, beliau menyertai 19 delegasi Malaysia ke Festival Filem Asia Pasifik ke-56 yang berlangsung di Makau dan The ASEAN International Film Festival And Awards (AIFFA) 2015 .Pada acara Festival Filem Malaysia ke-26, beliau mendapat pengiktirafan Pelakon Harapan Wanita Terbaik.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Beliau merupakan kacukan Amerika dan Melayu.

Kerjaya sebagai pramugari[sunting | sunting sumber]

Sejak berusia 18 tahun, beliau mengamalkan sikap berdikari dan hidup bersederhana dengan melakukan pelbagai pekerjaan termasuklah bertugas sebagai penyambut tetamu hotel, pelayan restoran sebelum berkhidmat sebagai seorang pramugari.

.

Beliau terpilih untuk bekerja sebagai seorang pramugari untuk syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) dan Qatar Airways. Kerjayanya dalam bidang penerbangan ini telah membuka mata dan fikirannya terhadap banyak perkara seperti menghormati semua orang tanpa mengira pangkat atau darjat.

Kerjaya dalam bidang lakonan[sunting | sunting sumber]

Babak dalam filem KIL.

Beliau memulakan kariernya sewaktu berlakon untuk telefilem Cermin Pada Bulan hasil arahan Erma Fatima. Sewaktu itu, beliau berumur 19 tahun. Beliau memegang watak sebagai Jay untuk telefilem tersebut. Beliau melibatkan diri dalam program Pilih Kasih 2 kerana didorong oleh ibunya sendiri. Beliau menggunakan nama Cristina Suzanne dalam program realiti tersebut. Beberapa tahun kemudian, beliau ditawarkan oleh pengarah, Osman Ali untuk membintangi drama Bicara Hati. Drama ini adalah cetusan daripada novel hasil nukilan Damya Hanna. Untuk memahami watak Zahlia, beliau sendiri membaca novel tersebut untuk mendapatkan personaliti Zahlia.

Di samping itu, beliau telah berlakon dalam satu pementasan teater bersama Beto Kusyairy yang bertajuk Ramlee Festasi. Pementasan ini diadakan di Stor Dewan Bahasa dan Pustaka pada 14 hingga 16 Disember 2012 dan pada tahun 2013 teater itu dipentaskan sekali lagi. Beliau telah banyak belajar daripada penuntut jurusan lakonan untuk menambahkan keyakinan diri serta penghayatan ketika berlakon.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Menelusuri kehidupan hariannya, Crissie lebih gemar menghabiskan masa dirumah dan di Studio melukis miliknya. Sekiranya tidak terikat dengan pengambaran mahupun sesi fotografi. Antara aktiviti yang sering dilakukan adalah mendengar lagu, bermain guitar, melukis, membaca dan bersenam.

Pencapaian[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Nota Hasil
2013 Best On-Screen Chemistry Award Beliau telah menerima pencalonan ini bersama Redza Minhat hasil daripada peranan mereka berdua sebagai pelakon utama dalam filem KIL. Anugerah ini dicalonkan oleh pihak Shout! Awards 2013.[1] Dicalonkan
Hot Chick Award Anugerah ini diterimanya buat pertama kali pada acara Shout! Awards 2013 tetapi tewas kepada lima pesaing yang lain.[1] Dicalonkan
Pelakon Wanita Terbaik Filem Beliau berjaya mengalahkan empat pesaing yang lain dalam kategori yang sama. Beliau telah menerima penganugerahan ini melalui Anugerah Skrin 2013 yang berlangsung pada 29 November 2013 di Stadium Malawati, Shah Alam. Menang
2014 Pelakon Harapan Wanita Terbaik Beliau menerima anugerah ini melalui acara Festival Filem Malaysia ke-26 yang berlangsung di Auditorium Tunku Puan Chik, Seremban.[2] Menang
2016 Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Jwanita Dicalonkan

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Terbitan
2006 My Indie Rock Darling Redeoscape
2013 KIL Zara Grand Brilliance Sdn. Bhd. / Flux Visual Lab
2014 CEO Nina ARAfilm Sdn. Bhd.
Sejoli: Misi Cantas Cinta Watak Undangan Grand Brilliance
2015 Jwanita Julaika Nuansa Sdn. Bhd./ Ehsan Production Sdn. Bhd.
2016 7ujuh Yasmin Grand Brilliance Sdn. Bhd.

Drama[sunting | sunting sumber]

Telefilem[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Watak Siaran TV Terbitan
2011 Dia Bukan Maryam TV9 Global Station
Kasih Najihah Umairah Rumah Karya Citra
2012 Bicara Hati Zahlia Astro Prima Tarantella Pictures
Projek Pop The Series Alis 8TV 8TV / Phuture Phlow Films
Memberku Hawa Nora TV3 Kotex Malaysia
2014 Baby Ana Milik Siapa Ana TV3 Radius One Production
2015 Puteri Bukan Nama Sebenar Laila a.k.a Puteri TV3 Filmscape Production
Cinta Nasi Ambeng Hani TV1 Tenview (M) Sdn. Bhd.
Silir Kasih Bella TV2 Unomedia Sdn. Bhd.
Oh My English! Class of 2015 Miss Nurul Astro TVIQ/Astro Maya HD Red Communications Sdn. Bhd.
2016 Cinta 100kg
TV3 Playground Production Sdn. Bhd.
Tahun Tajuk Watak Siaran TV Terbitan
2006 Cermin Pada Bulan Jay TV3 Rumah Karya Citra (M) Sdn. Bhd.
2012 Sentuhan Isabella Munirah TV2 Nuansa Sdn. Bhd.


Kopi dan Dia Liyana TV9 Wayang Works
2014 Nostalgila Kid Astro First Garang Pictures
Mr. Istikharah Mastura TV3 Al-Hidayah Productions Sdn. Bhd.
2015 Pelangi Kita TV AlHijrah Al-Hidayah Productions Sdn. Bhd.
Ally Akashah Kamila TV9 SRS Production Sdn. Bhd.
2016 Choral Speaking Shima TV3 Nuansa Sdn. Bhd.
Teater
Tahun Tajuk Watak Terbitan
2012 Ramlee Festasi Iman Yusof Jabatan Warisan Negara / DBP / Projek BB
Filem web
Tahun Tajuk Watak Terbitan
2014 Khalilah Khalilah Garang Pictures / Big EyEs Entertainment
2015 Road To Ramlee Deanna Samsung Malaysia
Finding SANDRA Sandra Nestlé (Malaysia) Bhd.
Suku Laila Sunsilk Malaysia/ Kus Semangat Aktor Sdn. Bhd.

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Tahun Tajuk Lagu Artis Komposer OST
2014 Istiqarah Cinta Cristina Suzanne dan Amyra Rosli Aidil AF3 Mr. Istikharah
Denganmu Cristina Suzanne dan Farouk Farouk Roman dan Amylea Baby Ana Milik Siapa

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Mohd Al Qayum Azizi (19 Oktober 2013). "Shout Awards 2013: Johan & Zizan Ungguli Empat Pencalonan". The Star. Dicapai pada 30 November 2013. 
  2. Kemalia Othman (4 November 2014). "Usah Pandang Rendah Bakat Cristina Suzanne". The Star. Dicapai pada 2 Disember 2014.  Check date values in: |access-date= (bantuan)

Pautan luar[sunting | sunting sumber]