Bila Aidil Ada Fitri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Bila Aidil Ada Fitri
GenreDrama
Berdasarkan daripada
Raya = Aidil + Fitri oleh Yumi Hyra
Ditulis olehSiti Jasmina
PengarahOsman Ali
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"So Fine" oleh Mark Adam
Negara asalMalaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod15
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Julian Jayaseelan Victor
  • Osman Ali
PenerbitYus Yusop
PenyuntingFareha Johari
Tempoh siaran45 minit
Syarikat penerbitan
Nuansa Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Oasis (Slot Raihana)
Siaran asal14 Mei 2018 – 13 Jun 2018
Kronologi
MengikutiTok Adi
Diikuti olehPencuri Cinta Kelas Satu

Bila Aidil Ada Fitri merupakan sebuah siri televisyen Malaysia 2018 adaptasi novel Raya = Aidil + Fitri karya Yumi Hyra. Siri arahan Osman Ali ini diterbitkan oleh Nuansa Sdn Bhd. Ia dibintangi oleh Ungku Ismail Aziz dan Siti Saleha. Drama ini disiarkan Slot Raihana di Astro Oasis bermula 14 Mei 2018 sehingga 13 Jun 2018.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

"She is loveable." - Datin Mariam

Loveablelah sangat! Hanya Fitri Syafia saja yang berani mengunci tuan rumah di luar rumah dalam keadaan separuh bogel. Siapa yang tak bengang? Aidil Harith memang bengang, tapi pertemuan yang tak dijangka antara Fitri Syafia dengan Aidil Harith membuatkan hari-hari yang mendatang meriah seperti suasana Hari Raya Aidilfitri! Permintaan Datin Mariam yang merupakan mom Aidil untuk menjadikan Fitri sebagai PA selama sebulan menambahkan lagi perisa kepada hubungan ceria kedua-duanya.

"Encik Aidil yang tak adil! Muka ketat macam cicak tersepit di celah pintu!" - Fitri

Ada ke patut samakan muka kacak Aidil dengan cicak? Fitri ni memang suka buat hati Aidil huru-hara!

"Budak kecik! Mulut macam popcorn!" - Aidil

Fitri tak kisah, sebab memang mulut dia macam tu. Dia boleh tersengih dan lagi seronok menyakat Aidil. Dah macam hobi, tapi kalau sekali Aidil senyum, terus Fitri lemah lutut.

"Aidil, Fitri... macam hari raya Aidilfitri. Tak ada korang, tak rayalah." - Ayman

Tiba-tiba ada lelaki lain yang lebih cepat menghantar rombongan meminang Fitri pada 1 Syawal. Masihkah ada peluang untuk Aidil dan Fitri bersatu seperti Hari Raya Aidilfitri?

Pelakon dan watak[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Dibantu oleh[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Drama Bila Aidil Ada Fitri". MyInfotaip. 12 Mei 2018.