Bilal

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bilal atau muazzin (Bahasa Arab: مؤذن, mu’aḏḏin) adalah gelaran yang diberikan kepada orang yang melaungkan azan (seruan untuk menandakan masuknya waktu solat).

Dalam sejarah Islam laungan pertama Azan dilaungkan ketika pembukaan kembali kota suci Makkah al-Mukarramah, di mana ketika itu laungan azan dilaungkan oleh seorang pemuda yang bernama Bilal bin Rabah.[1] Pemuda beriman yang berkulit hitam itu berasal dari Habsyah (Ethiopia).

  1. ^ Buku Katan Kamus Melayu, m/s 132