Bilal bin Al-Harith

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Bilal bin Al-Harith Al-Mazani (بلال بن الحارث المزني, meninggal pada kira-kira tahun 682) ialah seorang sahabat Nabi Muhammad. Nama penuh beliau ialah Bilal bin Al-Harith bin 'Asim bin Sa'id bin Qurrah bin Khaladah bin Tha'labah Abu Abdul Rahman Al-Mazani.

Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Beliau berjumpa Nabi Muhammad dalam utusan daripada Muzainah pada tahun 627 TM, dan pemegang panji untuk Muzainah dalam peristiwa Pembukaan Kota Mekah pada 630 TM. Berkenaan Ibnu al-Harith ada diriwayatkan dalam himpunan hadis, Sunan Abu Daud, Kitab 19:

Nabi Muhammad SAW telah memperuntukkan untuk Bilal bin Al-Harith Al-Muzani lombong Al-Qabiliyah, dataran yang tinggi dan yang rendah. Perawi hadis, Ibnu An-Nadhri, menambah: "juga Jarsa dan Dzat An-Nusub." Kemudian lafaz mereka berdua sama: "dan tempat yang sesuai untuk ditanami di Baitulmaqdis". Dan (Rasulullah) tidak memberikan kepadanya hak seorang Muslim. Nabi SAW menuliskan surat:

"Ini adalah apa yang Rasulullah SAW berikan kepada Bilal bin Al-Harith Al-Muzani. Beliau telah memberikan kepadanya lombong Al-Qabaliyah yang berada pada belah tinggi dan yang rendah, dan tempat yang sesuai untuk ditanami di Quds. Dan beliau tidak memberikan kepadanya hak seorang Muslim."[1][2][3]

Beliau kemudiannya berpindah dan tinggal di Basrah (kini di Iraq), dan meninggal dunia pada tahun 682 Masihi dalam zaman kekalifahan Muawiyah I.[4]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Perawi hadis ini, Abu Uwais, kata: dan telah menceritakan kepada aku Thaur bin Zaid, dari Ikrimah dari Abdullah bin Abbas dari Nabi SAW seperti itu. Ibnu An-Nadhir menambahkan: Ubai bin Kaab telah menuliskan hal tersebut.
  2. ^ Kitab al-Kharaj, Wal-Fai' wal-Imarah, Sunan Abu-Dawud, Kitab 19. Bahasa Indonesia boleh dilihat sini.
  3. ^ Sunan Abu Daud, kitab 20, hadith 136. Sunnah.com. Dicapai 21 Ogos 2019.
  4. ^ Asad al-Ghabah fi Ma'rifah as-Sahabah oleh 'Izz ad-Din bin Muhammad, lebih dikenali sebagai Ibnu al-Athir al-Jazari

Pautan luar[sunting | sunting sumber]