Bohemianisme

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search

Bohemianisme [bo-hé-mi-a-nis-mĕ] merupakan suatu amalan gaya hidup yang tidak konvensional dan seringkalinya berkelompok dengan orang sefahaman serta giat dalam pelbagai jurusan seni termasuk muzik, lukisan, sastera atau kerohanian. Masyarakat yang terlibat dalam lingkungan sebegini sering dikaitkan dengan sudut pandangan yang tidak selari dengan pendapat politik umum yang sering diungkapkan melalui gaya hidup mereka; termasuk percintaan bebas, berjimat cermat malah juga hidup dalam keadaan bersederhana atau miskin.

Konsep ini mula muncul di Perancis pada awal abad ke-19 ketika para seniman dan pencipta di negara tersebut mula bertumpu dalam kalangan masyarakat Romani cenderung berkos rendah; ia datang daripada gelaran Bohémien yang diberikan kepada masyarakat minoriti ini yang disilap anggap datang ke Perancis pada melalui Bohemia (bahagian barat Republik Czech moden) pada abad ke-15.[1] Perkataan "bohemian" yang muncul dalam bahasa Inggeris kemudiannya menggambarkan gaya hidup pelukis, penulis, wartawan, pemuzik dan pelakon yang cenderung miskin dan diasingkan masyarakat di kota-kota besar Eropah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Harper, Douglas (November 2001). "Bohemian etymology". Online Etymology Dictionary. Dicapai pada 27 Disember 2008.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]