Eugène Delacroix

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Eugène Delacroix
Félix Nadar 1820-1910 portraits Eugène Delacroix restored.jpg
Eugène Delacroix (fotograf oleh Nadar)
KelahiranFerdinand Victor Eugène Delacroix
(1798-04-26)26 April 1798
Charenton-Saint-Maurice, Île-de-France, Perancis
Meninggal dunia13 Ogos 1863(1863-08-13) (umur 65)
Paris, Perancis
WarganegaraPerancis
Terkenal keranaSeni lukisan, litografi
Karya terkenalLa Liberté guidant le peuple, 1830
Gerakan politikRomantisisme

Ferdinand Victor Eugène Delacroix Perancis: [ø.ʒɛn də.la.kʁwa]; 26 April 1798 – 13 Ogos 1863) merupakan seorang pelukis Romantisis dari Perancis yang dianggap sebagai pelopor gaya seni ini dalam kalangan pelukis Perancis.[1]

Riwayat hidup[sunting | sunting sumber]

Eugène Delacroix lahir pada 26 April 1798 di Charenton-Saint-Maurice di Île-de-France berdekatan kota Paris. Beliau merupakan anak bongsu daripada empat adik-beradik.

Beliau mendapat pengajian awalnya di Lycée Louis-le-Grand dan Lycée Pierre Corneille di Rouen[2] di mana beliau mendalami seni lukisan kelasik serta memenangi banyak anugerah pencapaian. Beliau memulakan latihan pakarnya bersama Pierre-Narcisse Guérin pada 1815. Beliau mula masyhur dengan lukisan pertamanya La Barque de Dante yang diterima masuk pertunjukan Salon de Paris pada tahun 1822, meskipun tidak begitu diterima khalayak ramai pada ketika itu.

Beliau mula menjadi tersohor dengan lukisan La liberté guidant le peuple ("Kebebasan Memimpin Rakyat", 1830) yang menggambarkan semangat dan keazaman rakyat dalam kejadian Revolusi Julai yang menggulingkan Raja Charles X sambil mereka diiringi figura perlambangan kebebasan (Liberté ) yang mengibarkan bendera Perancis. Lukisan ini dipamerkan kepada Presiden Louis Napoleon (Napoleon III) di muzium Louvre, Paris; ia pernah dipindahlan seketika di Louvre-Lens in Lens, Pas-de-Calais dari Disember 2012 sehingga tahun 2014.[3]

Pada 1832, Delacroix merantau ke Sepanyol dan Afrika Utara bersama diplomat Charles-Edgar de Mornay dalam suatu misi perhubungan dengan negara Maghribi berikutan penjajahan pihak Perancis di Algeria. Beliau mengambil peluang kerja ini untuk keluar dari Paris seketika untuk mempelajari budaya asing yang dilihatnya sebagai "primitif" dan senang-lenang.[4] Di sana, beliau menghasilkan lebih daripada 100 buah lukisan yang menumpukan kepada kehidupan seharian masyarakat Afrika Utara; karya-karya tersebut menjadi faktor penarik kepada bidang kajian Orientalisme dalam kalangan cendekiawan Barat kontemporari ketika itu.[5]

Gaya seni[sunting | sunting sumber]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Noon, Patrick, et al., Crossing the Channel: British and French Painting in the Age of Romanticism, p. 58, Tate Publishing, 2003. ISBN 1-85437-513-X
  2. ^ "Lycée Pierre Corneille de Rouen – The Lycée Corneille of Rouen". ac-rouen.fr. 
  3. ^ "Louvre museum gets a sister". USAToday. 23 December 2012. Dicapai December 23, 2012. 
  4. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan wellington_xv tidak disediakan
  5. ^ Jobert, page 140.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]