Mohamed Khaled Nordin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Yang Amat Berhormat Dato'
Mohamed Khaled Nordin
Khalednordin.jpg
Menteri Besar Johor
Memegang jawatan
14 Mei 2013
Raja Sultan Ibrahim Ismail
Didahului oleh Abdul Ghani Othman
Ahli Dewan Undangan Johor
untuk N43 Permas
Memegang jawatan
6 Mei 2013
Didahului oleh Munusamy Mareemuthu
Majoriti 5,752 (PRU-13)
Menteri Pengajian Tinggi
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Didahului oleh Mustapa Mohamed
Digantikan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin
Idris bin Jusoh
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P159 Pasir Gudang, Johor
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 5 Mei 2013
Digantikan oleh Normala Abdul Samad
Butiran peribadi
Lahir (1958-11-30) 30 November 1958 (umur 59)
Muar, Johor, Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Parti politik Barisan Nasional Logo.svg Barisan Nasional
UMNO (Malaysia).svg UMNO
Kediaman Saujana
Pekerjaan Ahli politik

Dato' Mohamed Khaled Nordin (lahir 30 November 1958) adalah seorang ahli politik yang berasal dari Johor. Beliau dilantik Menteri Besar Johor pada tahun 2013. Sebelum ini beliau adalah Menteri Pengajian Tinggi (2008-2013). Beliau juga merupakan naib ketua UMNO Johor dan ahli parlimen Pasir Gudang (P. 159).

Biodata[sunting | sunting sumber]

Mohamed Khaled bin Nordin telah dilahirkan di Muar, Johor pada 30 November 1958. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Ledang Muar. Beliau bersekolah menengah di Sekolah Tinggi Muar sebelum meneruskan pengajian ke Maktab Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Y.B. Dato' Seri kemudiannya melanjutkan pengajian ke Universiti Malaya dan dianugerahkan Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang pada tahun 1982.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

YAB Dato' telah mendirikan rumahtangga dengan Datin Paduka Rosni Omar tahun 1986. Beliau mempunyai hobi membaca dan amat meminati sukan renang.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau memulakan kerjayanya di PETRONAS sebagai Pegawai Undang-Undang pada tahun 1982. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Wilayah Persekutuan (1983-1986) dan Setiausaha Politik kepada Menteri Kebajikan Masyarakat (1986-1987).

Politik[sunting | sunting sumber]

Y.B. Dato' Seri mula bergiat aktif dalam arena politik pada tahun 1978 setelah menjadi ahli UMNO Cawangan Wadihana, Johor Bahru. Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa UMNO cawangan tersebut.

Beliau kini merupakan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Malaysia. Y.B. Dato' Seri turut memikul tanggungjawab sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Johor dan Ketua UMNO Bahagian Pasir Gudang.

Selain itu, Y.B. Dato' Seri juga pernah dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Johor Bahru (1993), Exco Pemuda UMNO Malaysia (1993), Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1995), Timbalan Ketua UMNO Bahagian Johor Bahru (1998) dan Ketua Penerangan UMNO Negeri (1998).

YB. Dato' Seri turut bergiat aktif dalam sosial. Beliau merupakan Presiden Belia Negeri Johor dan Presiden Persatuan Ragbi Johor. Beliau juga telah dilantik sebagai Yang Di Pertua Koperasi Pemandu Teksi Johor dan Penaung Badan Kebajikan Islam Kampung Melayu Majidee.

Pilihan raya Malaysia 1999, 2004, 2008[sunting | sunting sumber]

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 1999 Khaled Nordin telah dipilih sebagai wakil rakyat setelah memenangi kerusi Parlimen Johor Bahru. Setelah itu beliau telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Kerja Raya sehingga tahun 2004.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2004 Khaled Nordin telah bertukar ke kerusi Parlimen Pasir Gudang dan berjaya menewaskan calon Parti Keadilan Rakyat, A. Razak Ahmad dengan majoriti 31,121 undi. Beliau memperolehi 38,123 undi berbanding lawannya yang mendapat 7003 undi. Selepas kemenangannya itu, beliau telah dilantik sebagai Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi sehingga Mac 2008.

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008, Mohamed Khaled Bin Nordin bertanding menggunakan tiket Barisan Nasional . Beliau telah bertanding di kawasan parlimen Pasir Gudang , negeri Johor. Mohamed Khaled Bin Nordin telah menang dengan mendapat undi sebanyak 35849. Calon lawan ialah Md Rizan Bin Mohd Saman dari PKR mendapat 18,568 undi - Kalah . Peratus pengundi yang keluar ialah 76.7 %. Undi rosak sebanyak 1211.

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Johor Bahru, Johor[1]
Tahun Kerajaan Undian Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1990 Mohamed Khaled Nordin (UMNO) 24,980 58.47% Jaafar Onn (S46) 16,814 39.35% 43,856 8,166 67.54%
Ismail Wanjor (BEBAS) 930 2.18%
1995 Mohamed Khaled Nordin (UMNO) 40,141 79.76% Zahrah Mohd Yusof (S46) 6,023 11.97% 52,424 34,118 70.56%
Tan Tien Lim (PBS) 4,165 8.28%
1999 Mohamed Khaled Nordin (UMNO) 38,707 73.23% A. Razak Ahmad (PRM) 14,149 26.77% 54,588 24,558 70.13%
Parlimen Malaysia: Pasir Gudang, Johor[1][2]
Tahun Kerajaan Undian Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2004 Mohamed Khaled Nordin (UMNO) 38,123 84.48% A. Razak Ahmad (PKR) 7,002 15.52% 46,178 31,121 75.49%
2008 Mohamed Khaled Nordin (UMNO) 35,849 65.88% Md Rizan Mohd Saman (PKR) 18,568 34.12% 55,891 17,281 76.71%
Dewan Undangan Negeri Johor: Permas[1][2][3]
Tahun Kerajaan Undian Prts Pembangkang Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2013 Mohamed Khaled Nordin (UMNO) 23,952 55.79% Syed Othman Abdullah (PAS) 18,200 42.39% 42,932 5,752 86.90%

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". SPR. Dicapai 27 May 2010.  Percentage figures exclude informal votes. Independent and third party candidates not listed.
  2. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2017.  Results only available from the 2004 election.
  3. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. SPR. Dicapai 24 March 2017. Results only available for the 2013 election.


Penyandang Terdahulu Menteri Besar Johor
2013 – kini
Penyandang Kemudian
Abdul Ghani Othman Masih menyandang
Penyandang Terdahulu Menteri Pengajian Tinggi
2008 – 2013
Penyandang Kemudian
Mustapha bin Mohammad Idris bin Jusoh
Penyandang Terdahulu Menteri Pembangunan Usahawan Dan Koperasi
2004-2008
Penyandang Kemudian
Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz
Dato' Noh bin Omar