Buah kering

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kismis yang dihasilkan daripada pengeringan buah anggur jenis Muscat

Buah-buahan kering dihasilkan apabila sebahagian besar kandungan air asal dalam buah disingkirkan secara semulajadi sama ada melalui penjemuran di bawah cahaya matahari, alat pengering khas atau penyahhidrat. Antara buah yang diproseskan melalui cara sebegini adalah kismis, prun (plum kering), buah tin, aprikot, pic, epal dan pir.

Kaedah pengeringan buah dilakukan sejak alaf ke-4 SM di Mesopotamia yang dianggap begitu berguna kerana rasa manis, nilai gizi produk akhir serta jangka hayat penyimpanannya yang lebih panjang.

Gambaran penuaian anggur dalam Kuil Nakht di Mesir. Kebanyakan anggur yang dituai seperti dalam lukisan ini akan dikeringkan menjadi kismis.

Buah-buahan lain turut dijemur panas pada cahaya matahari seperti kranberi, beri biru, ceri, strawberi dan mangga dengan penambahan bahan pemanis (contohnya sirap sukrosa) sebagai bahan pengawet sebelum dikeringkan. Beberapa produk yang dijual sebagai buah kering, seperti betik dan nanas sebenarnya merupakan manisan buah yang dihasilkan daripada buah-buahan asal.

Lukisan buah tin dalam bakul, Pompeii: Buah tin kering amat digemari pada zaman Rom Kuno.

Rujukan[sunting | sunting sumber]


Pautan luar[sunting | sunting sumber]