Kranberi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Kranberi
Cranberry bog.jpg
Semak kranberi berbuah yang separa tenggelam
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
(tanpa pangkat): Angiosperma
(tanpa pangkat): Eudikot
(tanpa pangkat): Asterid
Order: Ericale
Keluarga: Ericaceae
Genus: Vaccinium
Subgenus: Oxycoccus
Spesies

Vaccinium erythrocarpum
Vaccinium macrocarpon
Vaccinium microcarpum
Vaccinium oxycoccos

Kranberi adalah kumpulan tumbuhan renek kerdil malar hijau yang menjalar dalam subgenus Oxycoccus genus Vaccinium. Di Britain, nama "kranberi" mungkin merujuk kepada spesies asli Vaccinium oxycoccos, sementara di Amerika Utara pula ia mungkin merujuk kepada Vaccinium macrocarpon. Vaccinium oxycoccos ditanam di Eropah Tengah dan Utara, sementara Vaccinium macrocarpon ditanam di seluruh utara Amerika Syarikat, Kanada dan Chile.[1] Dalam beberapa kaedah pengelasan, Oxycoccus dianggap sebagai sebuah genus yang tersendiri.[2] Mereka boleh didapati dalam rawa (tanah bencah) berasid di serata kawasan beriklim sejuk Hemisfera Utara.

Pokok kranberi bercirikan renek dan menjalar sepanjang 2 meter (7 ka) dengan ketinggian 5 hingga 20 sentimeter (2.0 hingga 7.9 in)[3] dengan batang yang tidak berkayu tebal dan daun malar hijau yang kecil. Bunganya berwarna merah jambu gelap, dengan ranggi atau kelopak melenting serta stilus dan stamen yang terdedah sepenuhnya dan menunjuk ke hadapan. Pokok ini disenyawakan oleh lebah. Buahnya bercirikan beri yang bersaiz lebih besar daripada daun tumbuhan; ia pada mulanya berwarna hijau terang tetapi kemudiannya bertukar menjadi merah apabila masak. Buah ini boleh dimakan, dengan rasa masam yang melebihi rasa manisnya.

Kranberi merupakan tanaman dagangan utama beberapa negeri Amerika Syarikat dan provinsi tertentu di Kanada (lihat penanaman dan penggunaannya di bawah). Kebanyakan kranberi yang dituai ini diproses menjadi pelbagai produk seperti jus, sos, jem, dan buah kering, dengan baki selebihnya dijual segar kepada pengguna. Sos kranberi merupakan kuah sampingan kepada hidangan ayam belanda panggang yang secara tradisinya dimakan pada malam Krismas di United Kingdom dan Amerika Syarikat serta majlis makan malam sewaktu Hari Kesyukuran di Amerika Syarikat dan Kanada.[4]

The Cranberry Harvest on the Island of Nantucket, lukisan Eastman Johnson, 1880.

Nama asal pokok ini iaitu cranberry berasal daripada craneberry ("beri jenjang") yang dinamakan oleh para peneroka awal Eropah di benua Amerika berdasarkan pemerhatian mereka bahawa bunga, tangkai dan kelopak pokok ini menyerupai leher, kepala, dan paruh burung jenjang. Nama lain yang digunakan di timur laut Kanada adalah mossberry ("beri lumut") Nama asal bahasa Inggeris yang diberikan untuk spesies Vaccinium oxycoccos adalah fenberry yang datangnya daripada habitat spesies ini di fen (tanah berpaya). Pada abad ke-17, kranberi yang tumbuh di sekitar kawasan New England kadangkalanya dipanggil bearberry / bearberries ("beri beruang") kerana beruang sering dilihat memakan beri ini.

Kegunaan dalam makanan[sunting | sunting sumber]

Buah kranberi kering

Nilai nutrisi[sunting | sunting sumber]

Buah kranberi, mentah (Vaccinium macrocarpon)
Nilai pemakanan per 100 g (3.5 oz)
Tenaga 46 kcal (190 kJ)
Karbohidrat 12.2 g
- Gula 4.04 g
- Serabut diet 4.6 g
Lemak 0.13 g
Protein 0.39 g
Air 87.13 g
Vitamin A setara 3 μg (0%)
Vitamin A 623 IU
- beta-karotena 36 μg (0%)
- lutein dan zeaxantin 91 μg
Tiamina (vit. B1) 0.012 mg (1%)
Riboflavin (vit. B2) 0.02 mg (2%)
Niasin (vit. B3) 0.101 mg (1%)
Asid pantotenik (B5) 0.295 mg (6%)
Vitamin B6 0.057 mg (4%)
Folat (vit. B9) 1 μg (0%)
Vitamin C 13.3 mg (16%)
Vitamin E 1.2 mg (8%)
Vitamin K 5.1 μg (5%)
Kalsium 8 mg (1%)
Besi 0.25 mg (2%)
Magnesium 6 mg (2%)
Mangan 0.36 mg (17%)
Fosforus 13 mg (2%)
Kalium 85 mg (2%)
Natrium 2 mg (0%)
Zink 0.1 mg (1%)
Link to USDA Database entry
Peratusan dianggarkan
menggunakan syor A.S. untuk orang dewasa.
Sumber: USDA Nutrient Database

Buah kranberi biasanya dimasak menjadi manisan buah atau jem yang dikenali sebagai sos kranberi. Bahan makanan ini dihidangkan secara tradisinya dengan ayam belanda panggang sebagai makanan utama pada malam Krismas di England, serta keraian Hari Kesyukuran di Kanada dan Amerika Syarikat. Beri ini juga digunakan dalam kuih-muih (mufin, skon, kek dan roti), di mana ia sering digabungkan dengan buah oren atau kulitnya. Kranberi kurang biasanya juga digunakan untuk menambah rasa masam kepada masakan berlauk seperti sup dan stu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "How Cranberries Grow: "Cranberries 101" - An Introduction". Cape Cod Cranberry Growers' Association. 2014. Dicapai pada 11 November 2014. 
  2. ^ Steven Clemants. "Vaccinium oxycoccos: Small Cranberry, Technical Page". Brooklyn Botanic Garden. 
  3. ^ "About Cranberries". Cranberry Institute. Diarkibkan daripada original pada 9 Januari 2010. Dicapai pada 13 November 2009. 
  4. ^ Carol Cloud Bailey (19 November 2009). "Garden Tips: Give thanks for cranberries, grown with a taste of Florida". TCPalm.com. Scripps Interactive Newspapers Group. Dicapai pada 20 November 2009.