Burung simbang besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Burung Simbang Besar)
Burung simbang besar
Burung jantan dewasa, dengan kantung tekak kembung
Pengelasan saintifik
Alam:
Filum:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
F. minor
Nama binomial
Fregata minor
(Gmelin, 1789)
Sinonim

Pelecanus minor Gmelin 1789
Tachypetes palmerstoni

Fregata minor

Burung simbang besar ialah burung laut sebaran dalam famili burung simbang. Populasi penyarangannya terdapat di Lautan Pasifik (termasuk Kepulauan Galapagos) dan Lautan India, serta juga di Lautan Atlantik Selatan. Nama saintifiknya Fregata minor.

Burung simbang Besar ialah burung laut yang besar (sehingga 105 cm panjangnya) tetapi ringan, dengan bulu yang sebahagian besarnya berwarna hitam. Spesies ini menonjolkan dimorfisme seks, iaitu terdapat perbezaan rupa yang ketara antara kedua-dua jantina burung ini. Burung betina adalah lebih besar saiznya berbanding dengan burung jantan dewasa dan mempunyai leher dan dada yang berwarna putih. Bulu skapula burung jantan berwarna hijau-ungu dan berkilau.

Pada musim pembiakan, burung jantan boleh mengembangkan kantung gulanya yang menarik warna merahnya. Burung simbang besar makan ikan yang ditangkapnya dari permukaan lautan semasa terbang (kebanyakannya ikan terbang) dan kurang mengamalkan kleptoparasitisme, berbanding dengan burung simbang yang lain. Ia makan di perairan pelagik yang tidak melewati 80 km (50 mi) dari koloni pembiakan atau kawasan bertenggeknya.

Taksonomi[sunting | sunting sumber]

Nama saintifik untuk Burung simbang besar telah dinamai sebagai Fregata minor kerana ketika ia ditemui buat kali pertama, ia salah dianggap sebagai burung undan dan justera, dinamai sebagai Pelecanus minor oleh ahli alamiah Jerman, Johann Friedrich Gmelin, pada 1789. Disebabkan peraturan taksonomi, nama spesiesnya sebagai minor dikekalkan, walaupun ia kemudian digolongkan ke dalam genus yang berasingan. Ini telah mengakibatkan percanggahan antara perkataan minor (Latin untuk 'lebih kecil') dan nama amnya. Di Hawaii, spesies ini juga dikenali sebagai Iwa.

Burung simbang besar merupakan salah satu daripada lima spesies burung simbang yang amat berkait dan membentuk genus (Fregata) serta famili (Fregatidae) tersendiri. Saudaranya yang paling rapat di dalam kumpulan ini ialah Burng Simbang Pulau Krismas (F. andrewsii).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Fregata minor". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2004. 2004. Unknown parameter |downloaded= ignored (bantuan); Unknown parameter |assessors= ignored (bantuan){{cite iucn}}: error: malformed |id= identifier (help) Masukan pangkalan data memberikan justifikasi tentang mengapa spesies ini paling kurang membimbangkan.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai burung Burung merpati
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z