Amerika Syarikat
| |||||
Cogan kata: In God We Trust (rasmi) (Kepada Tuhan Kami Percaya) E Pluribus Unum (tradisional) (Daripada banyak, satu) | |||||
Lagu kebangsaan: The Star-Spangled Banner (Panji Berhias Bintang) | |||||
Ibu negara | Washington, D.C. 38°53′N 77°01′W / 38.883°N 77.017°W | ||||
Bandar terbesar | Bandar Raya New York 40°43′N 74°00′W / 40.717°N 74.000°W | ||||
Bahasa rasmi | Inggeris (di peringkat persekutuan)[a] | ||||
Bahasa umum | Bahasa Inggeris Bahasa Perancis Bahasa Hawaii Bahasa Sepanyol | ||||
Malaysia Bahasa kebangsaan | Malaysia [Bahasa Inggeris]] (de facto)[b] | ||||
Kumpulan etnik (2016) | 77.1% Putih 13.3% Kulit hitam | ||||
Agama |
| ||||
Kerajaan | Republik berperlembagaan persekutuan | ||||
• Presiden | Joe Biden (D) | ||||
Kamala Harris (D) | |||||
Mike Johnson (R) | |||||
John Roberts | |||||
Badan perundangan | Kongres | ||||
Senat | |||||
Dewan Perwakilan | |||||
Kemerdekaan dari Kerajaan Great Britain | |||||
4 Julai 1776 | |||||
3 September 1783 | |||||
21 Jun 1788 | |||||
Keluasan | |||||
• Jumlah | 9,826,675 km2 (3,794,100 bt2)[c] (ke-3/ke-4) | ||||
6.76 | |||||
Populasi | |||||
• Perkiraan 2023 | 334,233,854 | ||||
• Bancian Penduduk 2020 | 331,449,281 | ||||
85/sq mi (32.8/km2) (ke-179) | |||||
KDNK (PPP) | 2024 | ||||
• Jumlah | ▲ USD28.781 trillion[3] (ke-2) | ||||
▲ USD85,373[3] (ke-8) | |||||
KDNK (nominal) | 2024 | ||||
• Jumlah | ▲ USD28.781 trilion[3] (pertama) | ||||
▲ USD85,373[3] (ke-6) | |||||
Gini (2021) | 39.8 sederhana | ||||
HDI (2022) | ▲ 0.927[4] sangat tinggi · ke-20 | ||||
Mata wang | Dolar Amerika Syarikat ($) ( USD ) | ||||
Zon waktu | ({{{time_zone}}}) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC−4 sampai −10 | ||||
Format tarikh | mm/dd/yyyy (AD) | ||||
Arah memandu | Kanan | ||||
Kod panggilan | +1 | ||||
Kod ISO 3166 | US | ||||
DPT internet | .us .edu .mil .gov | ||||
↑ a. Bahasa Inggeris merupakan bahasa rasmi di sekurang-kurangnya 28 negeri—terdapat sumber yang memberikan jumlah yang lebih besar kerana berbeza takrifan "rasmi".[5] Bahasa Inggeris dan bahasa Hawaii ialah bahasa rasmi di negeri Hawaii. ↑ b. Bahasa Inggeris merupakan bahasa de facto kerajaan Amerika dan satu-satunya bahasa yang dituturkan oleh 80% warga AS yang berusia lima tahun ke atas. Bahasa Sepanyol ialah bahasa kedua terbesar. |
Amerika Syarikat (Jawi: اميريکا شريکت , bahasa Inggeris: United States of America ; disingkatkan kepada A.S. atau AS) ialah sebuah negara yang terletak di Amerika Utara. Ia sebuah republik berperlembagaan persekutuan terdiri daripada 50 negeri, sebuah daerah persekutuan, lima wilayah yang tidak diperbadankan, 326 tanah rizab Indian, dan sembilan pulau kecil terpencil. Dengan keluasan hampir 3.8 juta batu persegi (9.8 juta kilometer persegi), negara ini merupakan negara keempat atau ketiga terbesar di dunia. Negara ini berfungsi sempadan darat dengan Kanada di utara dan Mexico di selatan serta sempadan maritim dengan Bahamas, Cuba, Rusia dan banyak lagi. Dengan populasi lebih daripada 334 juta orang, ia adalah negara ketiga paling ramai penduduk di dunia. Ibu negara Amerika Syarikat ialah Washington, D.C., dan bandar yang paling padat sekaligus menjadi pusat kewangannya adalah Bandar raya New York.
Orang asli yang berasal dari benua Asia telah beribu-ribu tahun lamanya menduduki kawasan yang menjadi tanah besar Amerika Syarikat. Kependudukan kaum peribumi ini banyak berkurangan akibat wabak penyakit dan peperangan selepas bersemuka dengan orang Eropah. Entiti yang mendahului Amerika Syarikat moden ditubuhkan oleh 13 jajahan British yang terletak di Pantai Timur Amerika Syarikat Pada 4 Julai 1776, para penduduk jajahan ini mengeluarkan Perisytiharan Kemerdekaan yang mengisytiharkan hak mereka untuk menentukan kebebasan diri serta penubuhan sebuah persatuan koperasi. Negeri-negeri pemberontak itu mengalahkan Empayar British dalam Revolusi Amerika, iaitu perang kemerdekaan jajahan pertama yang berjaya.[6] Perlembagaan Amerika Syarikat masa kini diterima pada 17 September 1787; diikuti oleh ratifikasi pada tahun berikutnya yang menjadikan negeri-negeri berkenaan bergabung sebagai sebuah republik tunggal yang dipimpin oleh kerajaan pusat yang berwibawa. Perakuan Hak yang merangkumi pindaan perlembagaan yang menjamin sebilangan besar hak dan kebebasan awam asasi, diratifikasi pada tahun 1791.
Pada abad ke-19, Amerika Syarikat banyak memperoleh tanah jajahan Perancis, Sepanyol, United Kingdom, dan Rusia. Perselisihan pendirian pemilikan hamba abdi antara negeri-negeri Selatan berasas tani dan Utara berasas industri mengenai hak-hak negeri serta peluasan mencetuskan Perang Saudara Amerika pada 1860-an. Kemenangan pihak Utara mengelakkan perpecahan negara yang berkekalan serta menjadi penyumbang larangan perhambaan di Amerika Syarikat. Menjelang 1870-an, ekonomi negara menjadi yang terbesar di dunia.[7] Perang-perang menentang Empayar Sepanyol dan kuasa dunia besar yang Pertama memantapkan taraf negara ini sebagai sebuah kuasa ketenteraan yang disegani. Ekoran Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menjadi dan sebuah anggota tetap Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Selepas berakhirnya perang tersebut, Amerika Syarikat sahaja yang tinggal kekuasaan terbesar. Negara ini memenuhi 40% perbelanjaan ketenteraan sedunia di samping menjadi sebuah kuasa ekonomi, politik dan kebudayaan di dunia.[8]
Penamaan
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1507, ahli kartografi Jerman, Martin Waldseemüller menghasilkan sehelai peta dunia yang menamakan kawasan di hemisfera Barat sebagai "America" sempena pengembara dan ahli kartografi Itali, Amerigo Vespucci.[9]
Nama yang diberikan untuk entiti pecahan tiga belas bekas jajahan British ini mula diungkapkan dalam suatu surat bertarikh 2 Januari 1776 diutuskan Stephen Moylan kepada Lt. Kol. Joseph Reed, juruiring George Washington semasa meletusnya Perang Revolusi Amerika.[10][11][12] Nama ini kemudiannya diterapkan dalam konteks rasmi dalam Perisytiharan Kemerdekaan gabungan tersebut, “unanimous Declaration of the thirteen United States of America” (Perisytiharan sebulat suara tiga belas Negeri Amerika bersatu) yang diterima oleh “Representatives of the United States of America” (Perwakilan Negeri-Negeri Amerika bersatu) pada 4 Julai tahun sama.[13]
Pada 15 November 1777, Kongres Benua Kedua menerima Perkara-Perkara Pergabungan (Articles of Confederation) yang menyatakan, "The Stile of this Confederacy shall be 'The United States of America'" (Nama Pergabungan ini ialah ‘Negeri-Negeri Amerika Bersatu’.) Perjanjian Perancis-Amerika pada tahun 1778 memakai nama "United States of North America" (Negeri-Negeri Amerika Utara Bersatu), tetapi mulai 11 Julai 1778, "United States of America" dalam bil pertukaran negara, dan semenjak itulah menjadi nama rasmi negara ini.[14]
Padanan dalam bahasa Melayu
[sunting | sunting sumber]Penamaan negara ini dalam bahasa Melayu mula dicetuskan di Hindia Timur Belanda pada awal abad ke-20 melalui nama "Amerika Serikat" - "serikat" atau "sarekat"[15] kata pinjaman Arab: شَرِكَة, rumi: syarikah yang bermaksud "perkumpulan (perhimpunan, gabungan, dan sebagainya)".[15][16] Bahasa Indonesia masih mengekalkan nama berejaan "serikat" ini, namun bahasa-bahasa Melayu baku se-Nusantara lain termasuk Bahasa Malaysia mengolah komponen ini kepada "syarikat" (lalu menjadi "Amerika Syarikat") mengikut kata Arab asal tersebut.[16]
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Peribumi Amerika dan Pendatang Eropah
[sunting | sunting sumber]Kaum peribumi Amerika Syarikat (termasuk di Alaska) dipercayai berhijrah dari Asia, sekitar 12,000–40,000 tahun dahulu.[17] Ada di antara mereka yang berjaya mendirikan pertanian canggih, seni bina hebat dan masyarakat kenegaraan, seperti ketamadunan Mississippi pra-Columbus. Semenjak datangnya orang Eropah untuk menduduki benua Amerika, jutaan peribumi Amerika mati akibat wabak penyakit diimpot seperti cacar air.[18]
Pada tahun 1492, seorang pengembara dari Genoa upahan kerajaan Sepanyol, Christopher Columbus, menemui beberapa pulau di Karibia dalam percubaan mencari laluan pelayaran baru ke Asia, lantas berhubung dengan orang asli buat julung kalinya. Pada 2 April 1513, rombongan pelayar takluk Sepanyol pimpinan Juan Ponce de León mendarat di tempat yang dinamainya "La Florida"—catatannya menandakan ketibaan rasmi orang Eropah di tanah besar AS. Petempatan Sepanyol di kawasan ini disusuli oleh kawasan barat daya AS yang menarik ribuan dari jajahan Mexico. Pedagang bulu Perancis menubuhkan kota kara Perancis Baru di sekitar Tasik-Tasik Besar Amerika Utara; lama-kelamaan, empayar Perancis menuntut sebahagian besar pedalaman benua ini sampai sejauh Teluk Mexico. Orang Inggeris mula-mula berjaya mendirikan petempatan iaitu Koloni Virginia di Jamestown pada tahun 1607, disusuli Koloni Plymouth oleh golongan Pilgrim pada tahun 1620. Pada tahun 1628, Koloni Teluk Massachusetts menerima piagamnya sehingga menarik gelombang penghijrah; pada tahun 1634, New England diduduki oleh kira-kira 10,000 orang Puritan. Mulai akhir 1610-an hingga zaman Revolusi Amerika, kira-kira 50,000 banduan dihantar ke koloni British di Amerika.[19] Mulai tahun 1614, orang Belanda menduduki sekitar hilir Sungai Hudson, termasuklah New Amsterdam di Pulau Manhattan.
Pada tahun 1674, Belanda menyerahkan wilayahnya di Amerika kepada England, maka wilayah Belanda Baru diberi nama baru iaitu New York. Ramai lagi penghijrah baru, terutamanya ke kawasan Selatan, merupakan kuli kontrak—kira-kira dua pertiga semua pendatang Virginia dari tahun 1630 hingga 1680.[20] Menjelang awal abad ke-18, hamba abdi dari Afrika menjadi sumber utama tenaga buruh terikat. Ekoran pembahagian Carolina (1729) dan penjajahan Georgia (1732), tertubuhnya 13 jajahan British yang bakal membentuk Amerika Syarikat. Kesemua jajahan tersebut ada berperintah sendiri lantikan undi kebanyakan warga lelaki yang bebas, kuat berpegang pada hak orang Inggeris kuno sambil berkerajaan sendiri, sehingga merangsang semangat republikanisme. Perdagangan hamba Afrika tidak dilarang di kesemua jajahan itu. Oleh sebab kadar kelahiran tinggi, kadar kematian rendah, dan kedatangan penghijrah yang mantap, bilangan penduduk jajahan-jajahan semakin ramai. Pergerakan kebangkitan Kristian pada 1730-an dan 1740-an, dikenali sebagai Kebangkitan Besar memupuk minat terhadap agama dan kebebasan beragama. Dalam Perang Perancis dan Indian, tentera British merampas Kanada dari Perancis, tetapi kawasan penutur bahasa Perancis masih terpencil siasahnya dari jajahan-jajahan selatan. Kesemua 13 jajahan itu diduduki oleh 2.6 juta orang pada tahun 1770, bersamaan satu pertiga penduduk Britain, tidak termasuk kaum peribumi (Indian); kira-kira seperlima penduduk Amerika ini adalah hamba berkulit hitam.[21] Walaupun terpaksa membayar cukai kepada kerajaan British, penduduk koloni Amerika tidak mendapat perwakilan di Parlimen Great Britain.
Kemerdekaan dan perluasan
[sunting | sunting sumber]Ketegangan antara penduduk koloni Amerika dan British ketika zaman Revolusi Amerika pada 1760-an dan awal 1770-an, membawa kepada Perang Revolusi Amerika yang berlarutan dari tahun 1775 hingga 1781. Pada 14 Jun 1775, Kongres Benua Kedua yang bersidang di bandar Philadelphia menubuhkan Tentera Benua yang diketuai oleh George Washington. Kongres menerima Perisytiharan Kemerdekaan dirangka terutamanya oleh Thomas Jefferson menyatakan "setiap manusia diciptakan sama taraf" yang diberi "hak-hak yang tidak boleh dinafikan" yang ditandatangan pada 4 Julai 1776; pada tarikh inilah Amerika Syarikat menyambut kemerdekaan sendiri setiap tahun. Pada tahun 1777, Fasal-Fasal Gabungan menubuhkan sebuah pemerintahan gabungan lemah yang bertahan sehingga tahun 1789.
Setelah British tewas kepada angkatan Amerika dengan bantuan Perancis, Great Britain akhirnya akur kepada kemerdekaan Amerika Syarikat dan kedaulatan negeri-negeri berkenaan atas wilayah Amerika sebelah barat Sungai Mississippi. Sebuah konvensyen perlembagaan diaturkan pada tahun 1787 oleh pihak yang ingin menubuhkan kerajaan kebangsaan yang kukuh dengan kuasa mengenakan cukai. Perlembagaan Amerika Syarikat diratifikasi pada tahun 1788, maka Senat dan Dewan Perwakilan sulung republik baru ini, serta presidennya, George Washington, menyandang tugas masing-masing pada tahun 1789. Perakuan Hak yang melarang sekatan terhadap kebebasan peribadi serta menjamin berbagai-bagai perlindungan undang-undang oleh kerajaan persekutuan, diterima pada tahun 1791.
Pendirian terhadap perhambaan semakin berubah; terdapat satu fasal dalam Perlembagaan yang mempertahankan perdagangan hamba Afrika sehingga tahun 1808. Negeri-negeri Utara mengharamkan amalan perhambaan pada tahun 1780 hingga 1804, maka tinggal negeri-negeri Selatan sahaja sebagai negeri hamba yang mempertahankan "institusi khusus" ini. Kebangkitan Besar Kedua yang bermula sekitar tahun 1800, menjadikan evangelikalisme penggerak pergerakan pembaharuan seperti faham penghapusan.
Keinginan Amerika Syarikat untuk meluas ke arah barat mencetuskan serantaian peperangan yang berlarutan dengan kaum Indian. Pembelian Louisiana dari wilayah tuntutan Perancis di bawah kepimpinan Presiden Thomas Jefferson pada tahun 1803 sedikit sebanyak menggandakan keluasan negara. Perang 1812 yang diisytiharkan terhadap Britain atas bermacam-macam ketidakpuasan hati antara kedua-dua pihak, sehingga berakhir dengan seri, mengukuhkan lagi semangat kebangsaan AS. Serangan mendadak tentera AS terhadap Florida berulang-ulang akhirnya memaksa Sepanyol untuk menyerahkan negeri itu dan wilayah Pantai Teluk lain yang dituntutnya pada tahun 1819. Penghalauan warga peribumi secara besar-besaran di rantau selatan pada 1830-an yang diberi nama "Jejak Bertangisan" (Trail of Tears) merupakan contoh dasar penyingkiran Indian yang merampas tanah yang diduduki oleh orang peribumi. Amerika Syarikat mengilhakkan Republik Texas pada tahun 1845. Pada masa yang sama, pegangan “Takdir Nyata” (Manifest Destiny) yang membenarkan peluasan tanah semakin mendapat sambutan hangat.[22] Perjanjian Oregon 1846 dengan Britain membawa kepada penguasaan wilayah yang kini menjadi Barat Laut Amerika Syarikat. Kemenangan AS dalam perang Mexico memaksa Mexico menyerahkan negeri California dan sebahagian besar kawasan Barat Daya Amerika pada tahun 1848. Kerubut Emas California pada tahun 1848–49 mendorong lagi penghijrahan ke arah barat, dimudahkan lagi oleh pembinaan landasan kereta api baru yang pada masa yang sama memburukkan lagi perselisihan dengan peribumi Amerika. Sepanjang setengah abad lebih, hampir 40 juta ekor bison Amerika disembelih untuk kulit dan dagingnya serta memudahkan peluasan landasan kereta api. Kemerosotan populasi bison ini yang menjadi sumber utama untuk kehidupan kaum Indian dataran, menyebabkan kewujudan budaya peribumi teruk terjejas.
Perang Saudara dan pengindustrian
[sunting | sunting sumber]Perselisihan antara negeri hamba dan “negeri bebas” memuncak dengan perbalahan mengenai hubungan antara kerajaan negeri dan persekutuan, serta kekecohan gara-gara berleluasanya perhambaan ke negeri-negeri baru. Abraham Lincoln, calon Parti Republikan yang menentang keras perhambaan, dipilih untuk menjadi presiden pada tahun 1860. Sebelum beliau sempat mengangkat sumpah, tujuh negeri hamba mengisytiharkan pemisahan dari AS (walaupun dianggap tidak sah di sisi undang-undang oleh kerajaan persekutuan) lalu membentuk Negeri-negeri Gabungan Amerika. Selepas Fort Sumter diserang oleh Gabungan, bermulalah Perang Saudara Amerika dan empat lagi negeri hamba yang menyertai Gabungan itu. Pengisytiharan Pembebasan oleh Lincoln pada tahun 1863 mengisytiharkan kebebasan kaum hamba di negeri-negeri Gabungan. Selepas kemenangan Kesatuan pada tahun 1865, tiga pindaan dibuat pada Perlembagaan AS untuk untuk menjamin kebebasan bagi hampor empat juga orang Amerika Afrika yang diperhambakan selama ini,[23] serta memberikan kewarganegaraan dan hak mengundi kepada mereka. Peperangan itu dan peleraiannya membawa kepada meningkatnya lagi kuasa persekutuan AS.[24]
Selepas peperangan, kejadian pembunuhan Lincoln meradikalkan dasar-dasar Pembinaan Semula parti Republikan yang bertujuan menyepadukan dan membina semula negeri-negeri Selatan sambil menjamin hak-hak kaum hamba yang baru dibebaskan. Namun demikian, peleraian kepada pertikaian pilihanraya presiden 1876 oleh Kompromi 1877 menamatkan proses Pembinaan Semula; disusuli oleh undang-undang Jim Crow yang melucutkan hak mengundi kaum Afrika. Di Utara, proses pembandaran dan kemasukan penghijrah beramai-ramai dari Eropah Selatan dan Timur mempercepat pengindustrian negara ini. Gelombang penghijrahan yang berkekalan hingga tahun 1929, menyediakan tenaga kerja yang mencukupi sambil mengubah wajah budaya Amerika. Pembangunan prasarana negara mendorong lagi pembangunan ekonomi. Pembelian Alaska dari Rusia pada tahun 1867 melengkapkan peluasan tanah besar negara. Pembunuhan beramai-ramai Wounded Knee pada tahun 1890 merupakan konflik bersenjata besar terakhir dalam rantaian Perang Indian. Pada tahun 1893, pemerintahan beraja peribumi di Kerajaan Hawaii di Lautan Pasifik, digulingkan oleh rampasan kuasa yang diterajui oleh penduduk Amerika; AS mengilhakkan kepulauan tersebut pada tahun 1898. Pada tahun yang sama, kemenangan perang terhadap Sepanyol menunjukkan bahawa AS merupakan sebuah kuasa dunia sambil membolehkan negara itu mengilhakkan Puerto Rico, Guam, dan Filipina.[25] Filipina mencapai kemerdekaan setengah abad kemudian; Puerto Rico dan Guam kekal sebagai wilayah AS.
Perang Dunia dan Kemelesetan Besar
[sunting | sunting sumber]Pada saat meletusnya Perang Dunia Pertama pada tahun 1914, Amerika Syarikat mengambil pendirian berkecuali. Ramai warga Amerika bersimpati dengan British dan Perancis, tetapi ramai juga yang tidak setuju AS campur tangan.[26] Pada tahun 1917, Amerika Syarikat Pihak Berikat untuk membantu menumpaskan Kuasa Pusat. Selepas perang, Senat tidak meratifikasi Persetiaan Versailles yang menubuhkan Liga Bangsa-Bangsa, sebaliknya mengamalkan dasar unilateralisme yang hampir-hampir memencilkan negara daripada hal-ehwal dunia.[27] Pada tahun 1920, pergerakan hak wanita menjayakan pindaan perlembagaan yang memberikan hak mengundi kepada wanita. Kemakmuran yang dinikmati pada 1920-an berakhir dengan Kejatuhan Wall Street 1929 yang mencetuskan Kemelesetan Besar. Setelah dipilih menjadi presiden pada tahun 1932, Franklin D. Roosevelt bertindak melaksanakan dasar-dasar New Deal yang menguatkan campur tangan kerajaan dalam ekonomi. Kejadian Dust Bowl pada tengah 1930-an menyebabkan ramai komuniti petani kemiskinan lalu mencetuskan gelombang baru penghijrahan ke arah barat.
Amerika Syarikat yang kekal berkecuali pada awal Perang Dunia Kedua apabila Jerman Nazi menyerang Poland pada September 1939, mula membekalkan bahan mentah kepada Pihak Berikat mulai Mac 1941 menerusi rancangan Lend-Lease. Pada 7 Disember 1941, Empayar Jepun melancarkan serangan mengejut terhadap Pearl Harbor, sehingga mendorong AS untuk menyertai Pihak Berikat untuk menentang kuasa Paksi sambil menahan ribuan orang keturunan Jepun dalam negara.[28] Penglibatan AS dalam peperangan mendorong pelaburan modal sambil memperbesar kapasiti industri. Amerika Syarikat menjadi satu-satunya negara penempur utama yang menjadi lebih kaya ekoran perang ini, berbanding negara-negara lain yang kemiskinan.[29] Persidangan Pihak Berikat di Bretton Woods dan Yalta menggariskan sistem pertubuhan antarabangsa baru yang meletakkan AS dan Kesatuan Soviet sebagai tumpuan utama hal ehwal dunia. Selepas kejayaan perang di Eropah, sebuah persidangan antarabangsa diadakan di San Francisco pada tahun 1945, untuk menerbitkan Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu yang berkuatkuasa selepas perang.[30] AS yang membangunkan senjata nuklear pertama di dunia, menggunakannya untuk meledak bandaraya-bandaraya Hiroshima dan Nagasaki pada bulan Ogos. Jepun menyerah kalah pada 2 September, maka berakhirnya peperangan.[31]
Perang Dingin dan politik bantah-membantah
[sunting | sunting sumber]Selepas Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat dan Kesatuan berebut-rebut untuk kekuasaan dalam Perang Dingin, mendominasi hal-ehwal ketenteraan Eropah melalui NATO dan Pakatan Warsaw. AS memupuk demokrasi liberal dan kapitalisme, manakala pihak Soviet memupuk fahaman komunisme dan ekonomi terancang pusat. Kedua-dua pihak memberikan sokongan kepada kerajaan diktator serta melibatkan diri dalam perang proksi. Tentera Amerika melawan angkatan China Komunis dalam Perang Korea pada tahun 1950–53. Jawatankuasa Kegiatan Bukan Amerika White House menjalankan siasatan berturut-turut terhadap unsur-unsur subversi haluan kiri, sementara Senator Joseph McCarthy menjadi tokoh sentimen anti-komunis utama.
Pelancaran penerbangan manusia pertama di angkasa oleh pihak Soviet pada tahun 1961 mendorong seruan Presiden John F. Kennedy agar AS menjadi negara pertama yang mendaratkan manusia di bulan; ini tercapai pada tahun 1969. Kennedy juga berdepan dengan pertempuran nuklear yang hebat dengan kuasa Soviet di Cuba. Sementara itu, AS menikmati peluasan ekonomi yang mapan. Sebuah pergerakan hak awam yang dilambangkan dan dipimpin oleh kaum Amerika Afrika seperti Rosa Parks, Martin Luther King, Jr., dan James Bevel, menggunakan cara tanpa keganasan untuk melawan pengasingan dan diskriminasi kaum. Ekoran pembunuhan John F. Kennedy pada tahun 1963, Akta Hak Awam 1964 dan Akta Hak Mengundi 1965 diluluskan di bawah kepimpinan Presiden Lyndon B. Johnson. Johnson dan penggantinya, Richard Nixon, meluaskan perang proksi di Asia Tenggara ke dalam Perang Vietnam yang tidak menyebelahi AS. Berleluasanya pergerakan budaya saingan yang didorong oleh penentangan terhadap Perang Vietnam, nasionalisme kulit hitam, dan revolusi seks. Betty Friedan, Gloria Steinem, dan lain-lain menerajui gelombang feminisme baru yang memperjuangkan kesaksamaan politik, sosial dan ekonomi untuk kaum wanita.
Kesan skandal Watergate pada tahun 1974, Nixon menjadi presiden AS pertama yang meletak jawatan supaya mengelak daripada dicabar atas tuduhan menyekat proses kehakiman dan salah guna kuasa, lalu menyerahkan jawatannya kepada Naib Presiden Gerald Ford. Pentadbiran Jimmy Carter pada akhir 1970-an dibelenggui oleh stagflasi dan krisis tebusan Iran. Pemilihan Ronald Reagan selaku presiden pada tahun 1980 mengarak perubahan haluan politik AS ke arah kanan, yang dicerminkan dalam perubahan besar dalam keutamaan percukaian dan perbelanjaan. Penggal kedua beliau menyaksikan skandal Iran-Contra dan makin eratnya hubungan diplomatik bersama Kesatuan Soviet. Keruntuhan Soviet akhirnya menamatkan Perang Dingin.
Terkini
[sunting | sunting sumber]Di bawah kepimpinan George H. W. Bush, AS memainkan peranan utama dalam Perang Teluk dengan kelulusan PBB. Peluasan ekonomi terlama dalam sejarah moden AS—dari Mac 1991 hingga Mac 2001—melingkungi zaman pentadbiran Bill Clinton dan gelembung dot-com.[32] Kejadian tuntutan mahkamah awam dan skandal seks menyebabkan Clinton dicabar pada tahun 1998, tetapi beliau berjaya mengharunginya dan mengekalkan jawatannya. Pilihan raya presiden 2000, antara yang paling sengit dalam sejarah AS, dileraikan oleh keputusan Mahkamah Agung AS bahawa George W. Bush, anak kepada George H. W. Bush, menjadi presiden.
Pada 11 September 2001, pengganas al-Qaeda menghempas World Trade Center di Bandar raya New York dan The Pentagon dekat Washington D.C., menyebabkan hampir tiga ribu orang terkorban. Sebagai tindak balas, kepimpinan Bush melancarkan Perang Terhadap Keganasan sedunia. Pada Oktober 2001, tentera AS mengetuai serangan terhadap Afghanistan untuk menggulingkan kerajaan Taliban serta memburu kem latihan al-Qaeda; sehingga kini, mereka masih melawan pemberontak Taliban dalam perang gerila. Pada tahun 2002, kerajaan Bush mula menggesa perubahan rejim di Iraq atas sebab-sebab yang penuh kontroversi.[33] Tanpa sokongan NATO atau mandat PBB untuk campur tangan ketenteraan, Bush menganjurkan “campuran pihak yang rela” (campuran kerelaan); angkatan campuran menyerang Iraq pada tahun 2003 dan berjaya menggulingkan diktator Saddam Hussein. Pada tahun 2005, Taufan Katrina mengakibatkan kemusnahan berleluasa di sepanjang rantau Pantai Teluk, sehingga meranapkan bandar New Orleans. Pada 4 November 2008, dalam kemelesetan ekonomi, Barack Obama dilantik sebagai presiden keturunan Afrika pertama di AS. Pada tahun 2010, beliau menyelia pelaksanaan pembaharuan penjagaan kesihatan dan sistem kewangan secara besar-besaran. Kejadian tumpahan minyak Deepwater Horizon di Teluk Mexico yang bermula pada April 2010 menjadi bencana minyak masa aman yang terbesar dalam sejarah dunia.[34]
Geografi
[sunting | sunting sumber]Keluasan daratan tanah besar Amerika Syarikat kira-kira 1.9 bilion ekar (770 juta hektar). Negeri Alaska yang terpisah dari tanah besar dengan Kanada, ialah negeri terbesar dengan keluasan 365 juta ekar (150 juta hektar). Negeri Hawaii yang menduduki sebuah kepulauan di tengah-tengah Pasifik di barat daya Amerika Utara, ada lebih 4 juta ekar tanahnya (1.6 juta hektar).[35] Amerika Syarikat merupakan negara ketiga atau keempat terbesar dari segi jumlah keluasan (daratan dan perairan), mengekori Rusia dan Kanada, dan berada di hadapan atau belakang China. Ketidaktentuan kedudukan ini disebabkan oleh pengiraan dua wilayah yang dipertikai antara China dan India, serta cara pengiraan jumlah keluasan Amerika Syarikat: CIA World Factbook menyatakan 3,794,101 batu persegi (9,826,675 km2),[36] tetapi Bahagian Statistik PBB menyatakan 3,717,813 bt2 (9,629,091 km2),[37] and the Encyclopædia Britannica gives 3,676,486 bt2 (9,522,055 km2).[38] Untuk keluasan daratan sahaja, Amerika Syarikat adalah ketiga terluas di belakang Rusia dan China, tetapi di hadapan Kanada.[39]
Dataran persisiran hadap laut Atlantik memberikan laluan kepada hutan daun luruh yang jauh di pedalaman, dan bukit-bukau beralun di Piedmont. Pergunungan Appalachian memisahkan hadap laut timur dengan Tasik-Tasik Besar dan tanah rumput Midwest. Sungai Mississippi–Missouri, sistem sungai keempat terpanjang di dunia, mengalir dari utara ke selatan di tengah-tengah negara. Kawasan prairie yang rata dan subur di Great Plains terbentang ke arah barat, tetapi dicelah oleh sebuah kawasan tanah tinggi di tenggaranya. Pergunungan Rocky, di pinggir barat Great Plains, menganjur rentas negara dari utara hingga selatan, mencecah altitud 14,000 kaki (4,300 m) di negeri Colorado. Jauh di barat lagi terletaknya Lembangan Besar yang berbatu-batuan dan kawasan gurun seperti Mojave. Banjaran gunung Sierra Nevada dan Cascade menjangkau sampai ke pantai Pasifik. Pada ketinggian 20,320 kaki (6,194 m), Gunung McKinley di Alaska ialah puncak tertinggi di negara dan juga Amerika Utara. Gunung berapi hidup banyak terdapat di seluruh kepulauan Alexander dan Aleut di Alaska, dan juga kepulauan Hawaii. Gunung berapi super yang terletak di bawah Taman Negara Yellowstone di Pergunungan Rocky merupakan sifat gunung berapi terbesar di benua ini.[40]
Disebabkan keluasan dan kepelbagaian geografinya, Amerika Syarikat merangkumi pelbagai jenis iklim. Di timur meridian ke-100, ciri-ciri iklimnya terdiri daripada kebenuaan lembap di utara hingga subtropika lembap di selatan. Hujung selatan negeri Florida beriklim tropika, begitu juga dengan negeri Hawaii. Rantau Great Plains di barat meridian ke-100 itu beriklim separa gersang. Kebanyakan pergunungan Barat beriklim alp. Iklim gersang dialami di Lembangan Besar, kawasan gurun di Barat Daya, Mediterranean di kawasan pantai California, dan kelautan di pantai Oregon dan Washington, dan Alaska selatan. Sebahagian besar negeri Alaska beriklim kutub atau subartik. Cuaca melampau tidak jarang dialami — negeri-negeri di tepi Teluk Mexico terdedah kepada ribut taufan, dan kebanyakan puting beliung di dunia berlaku dalam negara ini, terutamanya Tornado Alley di Midwest.[41]
Ekologi Amerika Syarikat merupakan "megadiversiti": kira-kira 17,000 spesies tumbuhan pembuluh terdapat di tanah besar AS dan Alaska, manakala lebih 1,800 spesies tumbuhan berbunga ditemui di Hawaii, yang mana sebahagian kecilnya terdapat di tanah besar.[42] Amerika Syarikat adalah rumah kepada lebih daripada 400 mamalia, 750 burung, dan 500 spesies reptilia dan amfibia[43] Kira-kira 91,000 spesies serangga berjaya diperihalkan di AS.[44] Akta Haiwan Terancam 1973 melindungi spesies-spesies terancam dan habitatnya yang dipantau oleh Perkhidmatan Ikan dan Hidupan Liar Amerika Syarikat. Terdapat 58 taman negara dan ratusan lagi taman dan hutan simpanan yang diuruskan oleh pihak berkuasa persekutuan.[45] Keseluruhannya, kerajaan memiliki 28.8% keluasan daratan negara.[46] Kebanyakan kawasan berkenaan adalah terlindung, tetapi sebahagiannya dipajakkan untuk tujuan penggalian minyak dan gas, perlombongan, pembalakan, atau penternakan lembu; 2.4% digunakan untuk tujuan ketenteraan.[46]
Kerajaan
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat ialah negara persekutuan terlama yang wujud di dunia. Ia mengamalkan sistem kerajaan republik berperlembagaan dan demokrasi berperwakilan, "yang mana pemerintahan majoriti dilembutkan oleh hak minoriti yang dilindungi oleh undang-undang."[47] Kerajaan AS dikawal oleh sistem sekatan dan imbangan yang ditakrifkan oleh Perlembagaan AS, iaitu dokumen perundangan tertinggi di negara. Lazimnya dalam sistem persekutuan AS, rakyat tertakluk kepada tiga peringkat kerajaan, iaitu persekutuan, negeri dan tempatan; tanggungjawab kerajaan tempatan dipecahkan kepada kerajaan kaunti dan perbandaran. Selalunya, pegawai eksekutif dan perundangan dipilih oleh rakyat mengikut undian terbanyak di setiap daerah. Perwakilan berkadar tiada di peringkat persekutuan, dan jarang sekali ditemui di peringkat bawahan.
Kerajaan persekutuan AS terdiri daripada tiga cabang:
- Perundangan: Kongres dwidewan yang terdiri daripada Senat dan Dewan Perwakilan, menggubal undang-undang persekutuan, mengisytiharkan peperangan, meluluskan perjanjian, memegang kuasa kewangan dan kuasa pencabaran untuk melucutkan jawatan ahli kerajaan.
- Eksekutif: Presiden ialah panglima besar tentera, boleh memveto rang undang-undang sebelum digubal, dan melantik ahli-ahli Kabinet (setelah direstui oleh Senat) dan pegawai-pegawai lain yang mentadbir dan menguatkuasakan undang-undang dan dasar-dasar kerajaan persekutuan.
- Kehakiman: Mahkamah Agung dan mahkamah-mahkamah persekutuan bawahan, yang dilantik para hakimnya oleh presiden dengan kelulusan Senat, mentafsir undang-undang serta mengubah undang-undang yang didapati tidak mengikut perlembagaan.
Dewan Perwakilan ada 435 orang ahli mengundi, setiap seorang mewakili sebuah daerah kongres untuk penggal dua tahun. Kerusi-kerusi Dewan diagih-agihkan mengikut jumlah penduduk setiap negeri sepuluh tahun sekali. Mengikut banci 2000, tujuh negeri mempunyai minimum seorang wakil, manakala California, negeri paling ramai penduduknya, ada 53 wakil. Senat mempunyai 100 orang ahli, iaitu dua orang senator dari setiap negeri, yang dipilih oleh seluruh penduduk negeri untuk penggal enam tahun; satu pertiga kerusi Senat dipertandingkan dalam pilihan raya berselang tahun. Presiden berkhidmat untuk penggal empat tahun dan boleh dipilih tidak lebih daripada dua kali. Presiden tidak dipilih secara undian terus, sebaliknya menerusi sistem badan pemilih tak langsung, yang mana undian-undian penentu diagih-agihkan mengikut negeri. Mahkamah Agung yang diketuai oleh Ketua Hakim Amerika Syarikat, mempunyai sembilan ahli yang berkhidmat sepanjang hayat.
Kerajaan negeri juga lebih kurang sama strukturnya; hanya negeri Nebraska ada badan perundangan ekadewan. Gabenor (ketua eksekutif) setiap negeri dipilih secara terus oleh rakyat. Sesetengah hakim negeri dan pegawai kabinet dilantik oleh gabenor negeri masing-masing, manakala yang lain pula dipilih oleh pengundi.
Semua undang-undang dan prosedur kerajaan tertakluk kepada kajian semula kehakiman. Mana-mana undang-undang yang didapati menyalahi Perlembagaan dijadikan tidak sah. Teks asal Perlembagaan menetapkan struktur dan tanggungjawab kerajaan persekutuan serta hubungannya dengan setiap negeri. Perkara Satu melindungi hak "writ besar" habeas corpus, manakala Perkara Tiga menjamin hak mendapatkan perbicaraan juri untuk semua kes jenayah. Pindaan-pindaan pada Perlembagaan memerlukan kelulusan tiga perempat negeri. Perlembagaan AS telah dipinda sebanyak 27 kali; sepuluh pindaan terawal yang membentuk Perakuan Hak, dan Pindaan Keempat Belas membentuk landas utama hak individu warga AS.
Oleh kerana calon pilihan raya sebahagian besarnya dibiayai oleh sekumpulan kecil megadonor ("megadonor"), sistem kerajaan Amerika sering dipanggil "korporatokrasi" atau oligarki, di mana orang kaya benar-benar mengendalikan negara dan memutuskan siapa yang akan dipilih, bukan pengundi.[48][49][50][51]
Parti, ideologi, dan politik
[sunting | sunting sumber]Politik Amerika Syarikat mengetengahkan sistem dua parti sepanjang sejarahnya. Untuk jawatan terpilih di kebanyakan peringkat, pilihan raya pendahuluan tadbiran negeri memilih calon parti utama untuk pilihan raya umum seterusnya. Sejak pilihan raya umum 1856, parti-parti utama adalah Parti Demokrat yang ditubuhkan pada tahun 1824, dan Parti Republikan yang ditubuhkan pada tahun 1854. Sejak Perang Saudara, hanya seorang calon presiden parti ketiga—bekas presiden Theodore Roosevelt yang bertanding sebagai ahli Progresif dalam 1912—telah memenangi sebanyak 20% undian awam.
Dalam budaya politik AS, Parti Republikan dilihat sebagai parti haluan kanan tengah atau "konservatif", manakala Parti Demokrat berhaluan kiri tengah atau "liberal". Negeri-negeri Timur Laut dan Pantai Barat, dan sesetengah negeri Tasik-Tasik Besar, iaitu "negeri biru", dianggap cenderung kepada fahaman liberal, berbanding dengan "negeri merah" di Selatan dan sebahagian Dataran Besar dan Banjaran Rocky yang agak konservatif.
Pembahagian politik
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat ialah sebuah kesatuan persekutuan 50 negeri. 13 negeri asal merupakan pewaris 13 koloni yang memberontak pemerintahan British. Pada awal sejarah negara, tiga negeri baru terhasil dalam wilayah yang dipecahkan daripada tuntutan negeri-negeri sedia ada, iaitu: Kentucky dari Virginia; Tennessee dari Carolina Utara; dan Maine dari Massachusetts. Kebanyakan negeri-negeri lain dibuka dalam wilayah yang diperoleh menerusi peperangan atau pembelian oleh kerajaan AS. Vermont, Texas, dan Hawaii pula pernah menjadi republik bebas sebelum menganggotai kesatuan. Ketika Perang Saudara Amerika, Virginia Barat berpecah dari negeri Virginia. Semua negeri tidak berhak untuk berpisah dari kesatuan.
Hampir seluruh daratan AS diduduki oleh negeri-negerinya; selebihnya dilingkungi oleh Daerah Columbia, daerah persekutuan yang mana terletaknya ibu negara, Washington D.C.; dan Atol Palmyra, sebuah wilayah gabungan yang tiada penduduknya di Lautan Pasifik. AS juga memiliki lima wilayah seberang laut utama, iaitu: Puerto Rico dan Kepulauan Virgin Amerika Syarikat di Karibia; dan Samoa Amerika, Guam, dan Kepulauan Mariana Utara di Lautan Pasifik. Sesiapa yang lahir di wilayah-wilayah utama tersebut (kecuali Samoa Amerika) memegang kewarganegaraan AS. Warga AS yang tinggal di wilayah-wilayah tersebut diberikan kebanyakan hak dan tanggungjawab yang sama dengan yang tinggal di negeri-negeri, cuma mereka mungkin dilepaskan daripada cukai pendapatan persekutuan, tidak boleh mengundi presiden, ataupun hanya mempunyai perwakilan tanpa kuasa undi di Kongres.[52]
Hubungan luar dan tentera
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat kuat berpengaruh dalam bidang ekonomi, politik dan ketenteraan di seluruh dunia. Ia merupakan sebuah anggota tetap Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu; di Bandar raya New York terletaknya Ibu Pejabat UN. AS menganggotai kumpulan G8, G20, dan Pertubuhan Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD). Hampir kesemua negara di dunia membuka kedutaan di Washington, D.C., dan juga konsulat di seluruh negara. Begitu juga, hampir semua negara menempatkan misi diplomatik AS. Negara-negara yang tiada hubungan diplomatik dengan AS termasuk Cuba, Iran, Korea Utara, Bhutan, Sudan, dan Republik China (Taiwan).
AS menjalin "hubungan istimewa" dengan United Kingdom[53] di samping hubungan erat dengan Kanada, Australia, New Zealand, Jepun, Korea Selatan dan Israel. Ia juga bekerjasama erat dengan ahli-ahli NATO yang lain mengenai isu-isu ketenteraan dan keselamatan, dan dengan negara-negara jirannya menerusi Pertubuhan Negara-Negara Amerika dan perjanjian perdagangan bebas seperti Perjanjian Perdagangan Bebas Amerika Utara bersama Kanada dan Mexico. Pada tahun 2008, AS menghulurkan perbelanjaan bersih $25.4 bilion untuk bantuan pembangunan rasmi, iaitu yang terbanyak di dunia. Bagaimanapun, sebagai kongsian pendapatan negara kasar, sumbangan AS sebanyak 0.18% itu adalah yang tercorot di kalangan 22 negara penderma. Sebaliknya, jumlah huluran persendirian oleh rakyat Amerika cukup membanggakan.[54]
Presiden memegang jawatan selaku panglima besar semua angkatan bersenjata negara yang melantik para pemimpinnya, Setiausaha Pertahanan dan Ketua Turus Bersama. Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat mentadbir angkatan-angkatan bersenjata, termasuk Tentera Darat, Laut, Marin, dan Udara. Pasukan Pengawal Pantai dikelola oleh Jabatan Keselamatan Tanah Air pada masa aman dan Jabatan Tentera Laut ketika perang. Pada tahun 2008, angkatan bersenjata dianggotai oleh 1.4 juta kakitangan yang aktif bertugas. Termasuk sekali Tentera simpanan dan Pengawal Negara, jumlah kakitangan tentera negara adalah 2.3 juta orang. Jabatan Pertahanan juga mengambil tenaga sekitar 700,000 orang awam, tidak termasuk kontraktor.[55]
Khidmat tentera di AS adalah secara sukarela, tetapi kerahan tentera boleh dilaksanakan sewaktu perang melalui Selective Service System. Tentera AS boleh diatur kedudukan beramai-ramai dengan secepat mungkin oleh armada pesawat pengangkutan Tentera Udara, kapal induk pesawat Tentera Laut, dan Unit Ekspedisi Marin di laut dengan armada Tentera Laut di Atlantik dan Pasifik. Tentera AS mengendalikan 865 pangkalan dan kemudahan di luar negara,[56] serta mengaturkan lebih 1.4 juta askar di negara asing dan juga di laut, termasuk 25 negara yang mempunyai lebih daripada 100 kakitangan aktif.[57] Betapa luasnya kehadiran tentera AS di serata dunia telah menyebabkan AS dianggap seolah-olah menjaga "empayar pangkalan."[58]
Jumlah perbelanjaan ketenteraan AS pada tahun 2008, iaitu lebih $600 bilion, adalah lebih 41% perbelanjaan ketenteraan sedunia dan lebih besar daripada jumlah perbelanjaan ketenteraan 14 negara terbesar seterusnya. Perbelanjaan per kapita $1,967 lebih kurang sembilan kali purata dunia; pada 4% KDNK, kadar itu adalah yang kedua tertinggi antara 15 negara yang paling banyak perbelanjaan ketenteraannya, mengekori Arab Saudi.[59]
Ekonomi
[sunting | sunting sumber]Petanda ekonomi | ||
---|---|---|
Pengangguran | 9.6% (September 2010) | [60] |
Pertumbuhan KDNK | 2.0% (3Q 2010) [-2.6% (2009)] |
[61] |
Inflasi indeks harga pengguna | 1.1% (September 2009 – September 2010) | [62] |
Kemiskinan | 14.3% (2009) | [63] |
Hutang negara | $13.61 trillion (October 8, 2010) | [64] |
Nilai bersih isi rumah | $54.2 trillion (4Q 2009) | [65] |
Amerika Syarikat mengamalkan ekonomi campuran kapitalis yang dijana oleh kekayaan sumber alam, prasarana yang cukup maju, dan daya keluaran tinggi.[66] Menurut Kumpulan Wang Antarabangsa (IMF), KDNK AS pada $14.4 trilion bersamaan dengan 24% keluaran dunia kasar pada kadar tukaran pasaran, dan hampir 21% keluaran dunia kasar pada pariti kuasa beli (PPP).[67] Ia menikmati KDNK kebangsaan tertinggi di dunia, meskipun kurang sekitar 5% daripada KDNK Kesatuan Eropah pada PPP pada tahun 2008.
Amerika Syarikat merupakan pengimport barangan terbesar dan pengeksport ketiga terbesar, biarpun eksport per kapita agak rendah. Pada tahun 2008, jumlah defisit perdagangan AS adalah $696 bilion.[68] Antara rakan-rakan dagang utamanya ialah Kanada, China, Mexico, Jepun, dan Jerman.[69] Pada tahun 2007, kenderaan merupakan komoditi import dan eksport terbesar negara ini.[70] Jepun dan China merupakan negara pemegang hutang negara AS terbesar di luar negara.[71]
Pada tahun 2009, sektor swasta dianggarkan menyumbangkan 55.3% ekonomi negara, diikuti 24.1% dari kegiatan kerajaan persekutuan dan 20.6% yang selebihnya dari kerajaan negeri dan tempatan (termasuk pindah milik dari persekutuan).[72] Ekonomi AS adalah pasca industri, yang mana sektor perkhidmatan menyumbangkan 67.8% KDNK. Namun demikian, AS kekal sebagai kuasa perindustrian.[73] Bidang perniagaan terbesar dari segi penerimaan perniagaan kasar ialah perdagangan borong dan runcit; dari segi pendapatan bersih pula ialah perkilangan.[74] Bidang perkilangan pula diterajui oleh produk kimia.[75] AS ialah pengeluar minyak ketiga terbesar di dunia, dan juga pengimport terbesarnya.[76] Ia merupakan pengeluar nombor satu tenaga elektrik dan nuklear, dan juga gas asli cecair, sulfur, fosfat, dan garam. Sungguhpun pertanian hanya menyumbangkan kurang 1% KDNK,[73] namun AS merupakan pengeluar terbesar bagi tanaman jagung[77] dan kacang soya.[78] Bursa Saham New York ialah bursa saham yang terbesar di dunia dari segi nilai jumlah dagangan dalam dolar.[79][80] Coca-Cola dan McDonald's merupakan antara jenama-jenama paling terkenal di dunia.[81]
Pada Ogos 2010, tenaga buruh AS terdiri daripada 154.1 juta orang. Sektor kerajaan paling ramai tenaga kerjanya dengan 21.2 juta orang, manakala sektor swasta yang paling ramai pekerjanya ialah kesihatan dan bantuan sosial, dengan 16.4 juta.[60] Kira-kira 12% pekerja menyertai kesatuan sekerja, berbanding 30% di Eropah Barat.[82] Bank Dunia meletakkan AS di tangga teratas dari segi kemudahan mengambil dan memecat pekerja.[83] Pada tahun 2009, AS menikmati daya keluaran per orangan ketiga tertinggi di dunia, di belakang Luxembourg dan Norway; ia juga keempat paling produktif per jam, di belakang dua negara tersebut dan Belanda.[84] Berbanding dengan Eropah, kadar cukai pendapatan harta dan korporat di AS agak tinggi, manakala cukai penggunaannya lebih rendah.[85]
Pendapatan dan pembangunan insan
[sunting | sunting sumber]Menurut Biro Banci Amerika Syarikat, median pendapatan isi rumah sebelum cukai pada tahun 2007 adalah $49,777. Mengikut kaum pula, isi rumah Asia-Amerika mendapat median $65,469 manakala isi rumah Afrika-Amerika pula $32,584.[63] Dengan menggunakan kadar tukaran pariti kuasa beli, median keseluruhan bersamaan dengan kelompok paling mewah di negara-negara maju. Setelah banyak merosot pada pertengahan abad ke-20, kadar kemiskinan AS telah mendatar sejak awal 1970-an, dengan 11–15% warga AS di bawah ambang kemiskinan setiap tahun, dan 58.5% pernah mengalami kemiskinan selama sekurang-kurangnya setahun di antara usia 25 hingga 75 tahun.[86][87] Pada tahun 2009, 43.6 juta orang Amerika berada dalam kemiskinan.[63]
Sumbangan kebajikan AS adalah antara yang paling kurang memuaskan di kalangan negara maju, sekadar mengurangkan kemiskinan relatif dan mutlak pada kadar yang kurang daripada min negara kaya,[88][89] namun perbelanjaan sosial swasta dan awam per kapita lebih tinggi daripada negara-negara Nordik.[90] Walaupun kebajikan AS berkesan dalam mengurangkan kemiskinan di kalangan warga emas,[91] namun golongan muda pula kurang menerima bantuan.[92] Kajian kesejahteraan kanak-kanak yang dijalankan oleh UNICEF di 21 negara berindustri pada tahun 2007, meletakkan AS di tangga kedua terakhir.[93]
Sains dan teknologi
[sunting | sunting sumber]AS merupakan peneraju penyelidikan sains dan inovasi teknologi sejak akhir abad ke-19. Pada tahun 1876, Alexander Graham Bell menerima paten pertama AS untuk ciptaan telefon beliau.[94] Makmal Thomas Edison membangunkan ciptaan peti nyanyi, mentol lampu tahan lama pertama, dan kamera filem pertama yang berdaya maju. Nikola Tesla mempelopori arus ulang-alik, motor AC, dan radio. Pada awal abad ke-20, perusahaan kereta Ransom E. Olds dan Henry Ford melariskan sistem barisan pemasangan. Pada tahun 1903, Wright bersaudara melakar sejarah dengan menjayakan penerbangan berkuasa terkawal dan berterusan yang pertama dengan jentera yang lebih berat daripada udara.[95]
Kebangkitan Nazi pada 1930-an menyebabkan ramai saintis Eropah seperti Albert Einstein dan Enrico Fermi berhijrah ke AS. Ketika Perang Dunia Kedua, Projek Manhattan membangunkan senjata nuklear, maka bermulanya Zaman Atom. Perlumbaan Angkasa mencetuskan perkembangan pesat dalam sains roket, sains bahan, dan komputer. AS banyak memberikan sumbangan kepada pembangunan ARPANET dan pewarisnya, iaitu Internet. Kini, sejumlah besar dana penyelidikan dan pembangunan, iaitu 64%, dihulurkan oleh sektor swasta.[96] Rakyat AS amat banyak memiliki barangan pengguna berteknologi,[97] dan kira-kira separuh jumlah isi rumah di seluruh AS mendapat kemudahan Internet jalur lebar.[98] negara ini merupakan pembangun dan penanam utama makanan ubah suai genetik yang menghasilkan separuh daripada tanaman bioteknologi sedunia.[99]
Pengangkutan
[sunting | sunting sumber]Kereta merupakan kaedah pengangkutan peribadi seharian yang paling meluas di AS. Pada tahun 2003, terdapat 759 buah kereta bermotor per 1,000 orang AS, berbanding 472 buah perseribu penduduk di Kesatuan Eropah pada tahun berikutnya.[101] Kira-kira 40% kenderaan persendirian di AS ialah van, SUV, atau lori ringan.[102] Orang dewasa AS biasanya (termasuk pemandu dan penumpang kereta) menghabiskan 55 minit memandu sepanjang 29 batu (47 km) setiap hari.[103]
Seluruh industri penerbangan awam AS adalah milik swasta, tetapi kebanyakan lapangan terbang utama adalah milik awam. Empat sistem penerbangan terbesar di dunia dari segi jumlah angkutan penumpang adalah dari AS; Southwest Airlines adalah nombor satu.[104] Antara 30 lapangan terbang penumpang yang paling sibuk di dunia, 16 terletak di AS, termasuk yang paling sibuk sekali, iaitu Lapangan Terbang Antarabangsa Hartsfield-Jackson Atlanta.[105] Walaupun kereta api banyak digunakan untuk mengangkut barang-barangan, namun tidak ramai sangat penumpang yang memilih pengangkutan rel, baik dalam bandar mahupun antara bandar.[106] Pengangkutan alihan massa hanya menyumbangkan 9% jumlah perjalanan kerja AS, berbanding 38.8% di Eropah.[107] Penggunaan basikal di negara ini juga amat sedikit, jauh kurang berbanding di Eropah.[108]
Tenaga
[sunting | sunting sumber]Pasaran tenaga Amerika Syarikat sebanyak 29,000 jam terawatt setahun. Penggunaan tenaga per kapita adalah 7.8 tan kesamaan minyak setahun, berbanding 4.2 tan di Jerman dan 8.3 tan di Kanada. Pada tahun 2005, 40% tenaga AS berpunca dari petroleum, 23% dari arang, dan 22% dari gas asli; yang selebihnya dibekalkan oleh kuasa nuklear dan sumber tenaga boleh baharu.[110] AS merupakan pengguna petroleum terbesar di dunia.[111] Berpuluh tahun lamanya, kuasa nuklear telah memainkan peranan yang agak kecil jika dibandingkan dengan negara maju yang lain; antara sebab-sebabnya ialah persepsi awam ekoran kemalangan Three Mile Island pada tahun 1979.
Demografi
[sunting | sunting sumber]Mengikut Biro Banci Amerika Syarikat, penduduk AS berjumlah 347,014,000,[112] termasuk kira-kira 11.2 juta pendatang haram.[113] Selaku negara ketiga paling ramai penduduk di dunia, mengekori China dan India, AS ialah satu-satunya negara berindustri yang mengunjurkan pertumbuhan penduduk yang besar.[114] Dengan kadar kelahiran 13.82 per 1,000, 30% di bawah purata dunia, kadar pertumbuhan penduduknya adalah 0.98%, iaitu agak tinggi berbanding di Eropah Barat, Jepun dan Korea Selatan.[115] Dalam tahun fiskal 2009, sejumlah 1.1 juta pendatang telah dianugerahkan hak residensi yang sah.[116] Mexico menjadi negara asal terbesar penduduk baru ke AS sejak 20 tahun lalu; sejak tahun 1998, China, India, dan Filipina turut mengisi empat negara yang paling ramai rakyatnya yang menetap di AS.[117]
AS mempunyai kependudukan yang pelbagai etnik; 31 kelompok keturunan di negara ini mencatat lebih sejuta orang ahlinya.[118] Kaum kulit putih adalah kelompok ras terbesar di AS; keturunan Jerman, Ireland, dan Inggeris merupakan tiga daripada empat kelompok keturunan terbesar di negara ini.[118] Orang Amerika Afrika merupakan minoriti ras terbesar dan kelompok keturunan ketiga terbesar di AS.[118][119] Orang Amerika Asia merupakan minoriti ras kedua terbesar di negara; dua kelompok etnik Amerika Asia terbesar ialah Cina dan Filipina.[118] Pada tahun 2008, terdapat sekitar 4.9 juta penduduk AS yang berdarah peribumi atau orang asli Alaska (termasuk 3.1 juta yang tulen) dan juga 1.1 juta berdarah orang asli Hawaii atau Pulau Pasifik (0.6 juta yang tulen).[119]
Pecahan ras/etnik di AS (2008)[119] | |
---|---|
Putih | 79.8% |
Hitam | 12.8% |
Asia | 4.5% |
Indian dan Orang Asli Alaska | 1.0% |
Orang Asli Hawaii dan Pulau Pasifik | 0.2% |
Dua atau lebih ras | 1.7% |
Hispanik (mana-mana ras) | 15.4% |
Pertumbuhan penduduk orang Amerika Hispanik dan Latino merupakan arah aliran demografi yang besar. 46.9 juta rakyat AS berketurunan Hispanik[119] ditentukan oleh Biro Banci sebagai berkongsi "keetnikan" yang tersendiri; 64% orang AS Hispanik ini berketurunan Mexico.[120] Dari tahun 2000 hingga 2008, jumlah penduduk Hispanik di negara ini meningkat 32%, berbanding dengan penduduk bukan Hispanik yang naik 4.3% sahaja.[119] Pertumbuhan ini banyak berpunca daripada penghijrahan; pada tahun 2007, 12.6% penduduk AS adalah kelahiran luar negara; 54% daripada kelahiran luar itu berasal dari Amerika Latin.[121] Kesuburan juga menjadi faktor; purata 3.0 bayi dilahirkan oleh seorang ibu Hispanik, berbanding 2.2 untuk kulit hitam bukan Hispanik dan 1.8 untuk kulit putih bukan Hispanik (di bawah kadar gantian 2.1).[114] Kelompok minoriti (seperti yang ditakrifkan oleh Biro Banci, semuanya selain kulit putih bukan kacukan, bukan Hispanik) membentuk 34% jumlah penduduk AS, tetapi diunjurkan akan menjadi majoriti menjelang tahun 2042.[122]
Kira-kira 82% rakyat AS tinggal di kawasan bandar (seperti yang ditakrifkan oleh Biro Banci, termasuk subbandar);[36] lebih kurang separuh daripada mereka tinggal di bandar yang melebihi 50,000 orang penduduknya.[123] Pada tahun 2008, 273 petempatan tertubuh diduduki lebih 100,000 orang, sembilan bandaraya diduduki lebih sejuta orang, dan empat bandar raya global diduduki lebih 2 juta orang (Bandar Raya New York, Los Angeles, Chicago, dan Houston).[124] Terdapat 52 kawasan metropolitan (kota raya) yang diduduki oleh lebih sejuta orang.[125]
Bahasa
[sunting | sunting sumber]Bahasa di AS (2007)[126] | |
---|---|
Inggeris (sahaja) | 225.5 juta |
Sepanyol, termasuk kreol | 34.5 juta |
Cina | 2.5 juta |
Perancis, termasuk kreol | 2.0 juta |
Tagalog | 1.5 juta |
Vietnam | 1.2 juta |
Jerman | 1.1 juta |
Korea | 1.1 juta |
Bahasa Inggeris merupakan bahasa kebangsaan de facto Amerika Syarikat. Walaupun tiadannya bahasa rasmi yang ditetapkan oleh kerajaan persekutuan, namun terdapat undang-undang yang menyelaras penggunaan bahasa Inggeris, seperti keperluan naturalisasi AS. Pada tahun 2007, sekitar 226 juta, atau 80% penduduk yang berumur lima tahun ke atas hanya bertutur bahasa Inggeris di rumah. Bahasa Sepanyol yang dituturkan oleh 12% penduduk di rumah, merupakan bahasa yang kedua terlaris di AS, dan mata pelajaran bahasa kedua yang paling banyak diajar di negara.[126][127] Ada sesetengah warga AS yang menggesa agar bahasa Inggeris dijadikan bahasa rasmi negara, seperti yang dilakukan di sekurang-kurangnya 28 negeri.[5] Kedua-dua bahasa Hawaii dan Inggeris dijadikan bahasa rasmi oleh undang-undang negeri Hawaii.[128]
Di New Mexico, ada undang-undang yang memperuntukkan penggunaan bahasa Inggeris dan Sepanyol, begitu juga dengan Louisiana untuk bahasa Inggeris dan Perancis, biarpun kedua-dua negeri itu tidak menetapkan bahasa rasmi.[129] Negeri-negeri lain pula ada yang mewajibkan penerbitan dokumen kerajaan dalam versi bahasa Sepanyol, termasuk borang mahkamah, misalnya California.[130] Empat wilayah kepulauan AS memberikan pengakuan rasmi kepada bahasa peribumi masing-masing di samping bahasa Inggeris: bahasa-bahasa Samoa dan Chamorro masing-masing diiktiraf oleh Samoa Amerika dan Guam; bahasa-bahasa Caroline dan Chamorro diakui oleh Kepulauan Mariana Utara; bahasa Sepanyol menjadi bahasa rasmi Puerto Rico.
Agama
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat secara rasminya merupakan negara sekular; Pindaan Pertama Perlembagaan Amerika Syarikat menjamin kebebasan mengamalkan agama serta melarang pembentukan apa jua pemerintahan berdasarkan agama. Dalam kaji selidik tahun 2002, 59% orang Amerika menyatakan bahawa agama memainkan "peranan yang amat penting dalam kehidupan mereka," jauh lebih besar daripada mana-mana negara kaya yang lain.[131] Mengikut kaji selidik tahun 2007 pula, 78.4% dewasa mengakui beragama Kristian,[1] iaitu merosot daripada 86.4% pada tahun 1990.[2] 51.3% orang Kristian di AS menganut pelbagai mazhab Protestan, manakala Katolik Rom merupakan mazhab tunggal terbesar dengan 23.9%. Peratusan orang yang mengaku bukan Kristian pada tahun 2007 adalah 4.7%, iaitu meningkat daripada 3.3% in 1990.[2] Antara agama-agama bukan Kristian yang utama di AS ialah Yahudi (1.7%), Buddha (0.7%), Islam (0.6%), Hindu (0.4%), dan Universalisme Unitarian (0.3%).[1] Kaji selidik itu juga melaporkan bahawa 16.1% orang AS mengaku agnostik, ateis, atau sekadar tidak beragama, iaitu kenaikan daripada 8.2% pada tahun 1990.[1][2]
Pendidikan
[sunting | sunting sumber]Pendidikan awam di Amerika Syarikat dikendali oleh kerajaan negeri dan tempatan di bawah kawal selia Jabatan Pendidikan Amerika Syarikat menerusi sekatan terhadap geran persekutuan. Di kebanyakan negeri, kanak-kanak diwajibkan menghadiri sekolah mulai umur enam atau tujuh tahun (tadika atau darjah satu) hingga lapan belas tahun (sekitar darjah ke-12 (tingkatan enam), akhir sekolah tinggi); sesetengah negeri membenarkan pelajar berhenti persekolahan pada umur 16 atau 17 tahun.[133] Sekitar 12% kanak-kanak berdaftar di sekolah swasta mubaligh mahupun sekular. Cuma lebih 2% kanak-kanak bersekolah di rumah.[134]
Amerika Syarikat mempunyai banyak institusi pengajian tinggi yang kompetitif, baik awam mahupun swasta, dan juga kolej masyarakat yang mengamalkan dasar kemasukan terbuka. 84.6% orang Amerika yang berusia 25 tahun ke atas berkelulusan sekolah tinggi, 52.6% menghadiri kolej, 27.2% meraih ijazah sarjana muda, dan 9.6% memegang ijazah sarjana ke atas.[135] Kadar celik huruf amnya adalah kira-kira 99%.[36][136] Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu memberikan Indeks Pendidikan 0.97 kepada AS.[137]
Kesihatan
[sunting | sunting sumber]Jangka hayat ketika lahir di Amerika Syarikat adalah 77.8 tahun[138] setahun singkat berbanding purata di Eropah Barat, dan ketinggalan tiga atau empat tahun di belakang Norway, Switzerland, dan Kanada.[139] Sejak dua dekad lalu, AS merosot daripada tangga ke-11 kepada ke-42 dalam kedudukan jangka hayat sedunia.[140] Kadar kematian bayi pada 6.37 perseribu meletakkan AS di tangga ke-42 daripada 221 negara, di belakang seluruh Eropah Barat.[141] Kira-kira satu pertiga penduduk dewasa AS mengalami obesiti dan satu pertiga lagi sekadar terlebih berat badan;[142] kadar kegemukan AS yang tertinggi dalam dunia berindustri, telah melipat lebih dua kali ganda dalam suku abad yang lalu.[143] Penyakit kencing manis jenis 2 yang berkaitan dengan obesiti, dilihat sudah menjadi wabak oleh para pakar jagaan kesihatan.[144]
Sistem penjagaan kesihatan AS jauh lebih banyak berbelanja daripada mana-mana negara lain, baik diukur dalam perbelanjaan per kapita mahupun peratusan KDNK.[146] Pada tahun 2000, Pertubuhan Kesihatan Sedunia meletakkan sistem kesihatan AS sebagai di tangga teratas dalam keresponsifan, tetapi ke-37 keseluruhannya. AS ialah peneraju inovasi perubatan. Pada tahun 2004, sektor bukan industri berbelanja tiga kali ganda berbanding Eropah per kapita dalam penyelidikan bioperubatan.[147]
Budaya
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat merupakan negara berbilang budaya yang terdiri daripada pelbagai kelompok, tradisi dan nilai hidup etnik.[148][149] Walaupun budaya arus perdana dikuasai oleh unsur-unsur Eropah yang dibawa oleh kaum pendatang dari Eropah, namun ia cukup dipengaruhi oleh unsur-unsur Afrika yang dibawa oleh kaum hamba abdi sebelum negara ini merdeka,[148][150] ditambah pula oleh kedatangan penghijrah dari Asia dan Amerika Latin yang memeriahkan lagi senario wadah tumpuan kebudayaan di AS. Masyarakat AS adalah antara yang paling individualistik di dunia[151]; imej kendiri, pandangan sosial dan jangkaan budaya orang Amerika sangat berhubung kait rapat dengan pekerjaan mereka.[152]
Media, hiburan dan seni persembahan
[sunting | sunting sumber]Amerika Syarikat nyata menjadi sebuah gergasi dalam arena perfileman sedunia[153], apatah lagi menjadi tempat terciptanya teknologi wayang gambar bergerak yang terawal di dunia, hasil usaha Thomas Edison dengan Kinetoscope. Industri perfileman AS banyak tertumpu di Hollywood, California, sehingga masyarakat dunia menyamakan nama Hollywood dengan erti industri perfileman AS dan hasil filemnya. Antara penggiat filem AS yang dijulang nama sebagai ikon dunia termasuk pelakon Marilyn Monroe dan John Wayne, serta sutradara dan penerbit filem seperti George Lucas dan Steven Spielberg, tambahan pula tokoh inovasi dalam animasi seperti Walt Disney.
Orang Amerika antara yang paling banyak meluangkan masa di depan kaca televisyen di dunia;[154] iaitu selama purata lima jam sehari pada tahun 2006.[155] Bidang penyiaran TV di negara ini dikuasai oleh sektor swasta, terutamanya empat rangkaian penyiaran TV terbesar iaitu ABC, CBS, Fox dan NBC. Orang AS juga gemar mendengar radio pada purata dua jam setengah sehari.[156]
Amerika Syarikat turut memberikan pengaruh yang sangat besar dalam seni muzik moden, kerana di sinilah terciptanya bermacam-macam genre muzik yang menjadi ikutan ramai seperti jazz, rock and roll, funk, rhythm and blues (R&B) dan hip-hop. Muzik pop AS berakar umbi dalam acara-acara pementasan Broadway yang masih mengekalkan keutuhan semenjak teater pertama dibuka di Manhattan pada abad ke-19. Bintang pop kelahiran AS seperti Elvis Presley, Bob Dylan, Michael Jackson, dan Madonna menempah nama sebagai selebriti bertaraf dunia.[157] Sungguhpun dikaitkan dengan genre-genre muzik yang moden, namun AS tetap melahirkan karya-karya muzik klasikal yang boleh dikatakan cukup keAmerikaan berbanding muzik klasikal Eropah, terutamanya dari Charles Ives, Henry Cowell dan John Cage; tidak lupa juga Aaron Copland dan George Gershwin yang menzahirkan adunan muzik popular dan klasikal.
Kesusasteraan dan kesenian
[sunting | sunting sumber]Pada abad ke-18 dan ke-19, Amerika Syarikat berusaha membina keunggulan sebagai pusat kesusasteraan bahasa Inggeris, dengan hasil-hasil mahakarya sastera yang dibawakan kepada penggemar buku dan puisi oleh Edgar Allan Poe, Mark Twain, Emily Dickinson dan sebagainya. Pada abad ke-20, kemeriahan sastera AS diteruskan oleh William Faulkner dan Ernest Hemingway yang disebut-sebut sebagai sasterawan yang paling berpengaruh pada abad itu.[158] Setakat ini, 11 warganegara AS memenangi Hadiah Nobel dalam Kesusasteraan.
Seni lukis AS pada mulanya kuat dipengaruhi oleh Eropah, tidak kira lukisan realistik yang menguasai daya cipta para pelukis sebelum senja abad ke-19, mahupun seni moden yang diperkenalkan oleh sebuah pameran seni luar biasa di New York pada tahun 1913.[159] Pergerakan kesenian yang besar-besar seperti ekspresionisme abstrak dari Jackson Pollock dan Willem de Kooning, dan seni pop dari Andy Warhol dan Roy Lichtenstein banyak berkembang di AS. AS terkenal juga sebagai tempat kelahiran bahantara komik dalam bentuk jaluran dalam akhbar mahupun buku komik, yang turut melahirkan beraneka jenis wira cereka kegilaan ramai seperti Superman, Batman dan Spider-Man.
Masakan
[sunting | sunting sumber]Kepelbagaian budaya AS turut dicerminkan oleh keanekaan makanan dan minuman yang melambangkan identiti negara ini. Resipi-resipi yang diimport dari Eropah hasil kedatangan penghijrah sebelum atau selepas merdeka, telah disesuaikan sedikit sebanyak sehingga dikira sebagai masakan Amerika, contohnya piza dan pasta dari Itali, taco dan burrito dari Mexico, ataupun hamburger dan hot dog dari Jerman. Kaum Amerika-Afrika turut menyerikan lagi masakan AS dengan ayam goreng, roti jagung dan sebagainya. Sesetengah hidangan ini turut diperdagangkan sebagai makanan segera yang dipasarkan oleh rantaian restoran seperti McDonald's dan KFC ke seluruh dunia, tetapi pada masa yang sama juga menyumbang kepada masalah obesiti yang menjadi-jadi di kalangan warga AS.[160] Pemasaran juga banyak menyumbang kepada kepentingan jus oren dan susu sebagai minuman sarapan.[161]
Sukan
[sunting | sunting sumber]Bola sepak Amerika[162] (Inggeris: American football, sukan seakan ragbi), besbol, bola keranjang dan hoki ais merupakan sukan berpasukan profesional yang paling ramai peminatnya di Amerika Syarikat. Bola sepak (soccer) juga ramai penggemar tetapi ketinggalan di belakang keempat-empat sukan tersebut, walaupun AS pernah menjadi tuan rumah Piala Dunia FIFA 1994. Untuk sukan individu, orang AS paling menggemari golf, tenis dan sukan bermotor seperti NASCAR. AS juga digeruni kerana pencapaian atlit-atlitnya dalam Sukan Olimpik sejak bermulanya temasya pertama pada tahun 1896, di mana mereka meraih lebih 2,500 butir pingat setakat ini.[163][164]
Unit ukuran
[sunting | sunting sumber]Negara ini masih menggunakan unit adat Amerika Syarikat yang banyak diwarisi daripada unit imperial British seperti ela, batu, dan darjah Fahrenheit, tetapi juga memakai sukatan isipadu gelen dan pain yang tersendiri. Amerika Syarikat, berserta Burma dan Liberia, belum lagi menerima sistem metrik secara rasmi. Namun begitu, unit metrik semakin laris penggunaannya dalam bidang sains, perubatan, dan banyak lagi bidang industri.[165]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Pelancongan di Amerika Syarikat
- Cuti umum di Amerika Syarikat
- Ketenteraan di Amerika Syarikat
- Jabatan Kerajaan Amerika Syarikat
- Daftar kapal perang tentera laut Amerika Syarikat
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b c d "Religious Composition of the U.S." (PDF). U.S. Religious Landscape Survey. Pew Forum on Religion & Public Life. 2007. Dicapai pada 2008-10-23.
- ^ a b c d "American Religious Identification Survey". CUNY Graduate Center. 2001. Dicapai pada 2007-06-17.
- ^ a b c d "World Economic Outlook Database, April 2024 Edition. (United States)". Tabung Kewangan Antarabangsa. 16 April 2024. Dicapai pada 16 April 2024.
- ^ "Human Development Report 2023/24" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 13 March 2024. Dicapai pada 13 March 2024.
- ^ a b Feder, Jody (2007-01-25). "English as the Official Language of the United States—Legal Background and Analysis of Legislation in the 110th Congress" (PDF). Ilw.com (Congressional Research Service). Dicapai pada 2007-06-19.
- ^ Dull, Jonathan R. (2003). "Diplomacy of the Revolution, to 1783," p. 352, chap. in A Companion to the American Revolution, ed. Jack P. Greene and J. R. Pole. Maiden, Mass.: Blackwell, pp. 352–361. ISBN 1-4051-1674-9.
- ^ Maddison, Angus (2006). "Historical Statistics for the World Economy". The Groningen Growth and Development Centre, Economics Department of the University of Groningen. Dicapai pada 2008-11-06.
- ^ Cohen, Eliot A. "History and the Hyperpower". Foreign Affairs. "Country Profile: United States of America". BBC News. 2008-04-22. Dicapai pada 2008-05-18.
- ^ "Cartographer Put 'America' on the Map 500 years Ago". USA Today. 2007-04-24. Dicapai pada 2008-11-30.
- ^ DeLear, Byron (July 4, 2013) Who coined 'United States of America'? Mystery might have intriguing answer. "Historians have long tried to pinpoint exactly when the name 'United States of America' was first used and by whom ... This latest find comes in a letter that Stephen Moylan, Esq., wrote to Col. Joseph Reed from the Continental Army Headquarters in Cambridge, Mass., during the Siege of Boston. The two men lived with Washington in Cambridge, with Reed serving as Washington's favorite military secretary and Moylan fulfilling the role during Reed's absence." Christian Science Monitor (Boston, MA).
- ^ Touba, Mariam (November 5, 2014) Who Coined the Phrase 'United States of America'? You May Never Guess "Here, on January 2, 1776, seven months before the Declaration of Independence and a week before the publication of Paine's Common Sense, Stephen Moylan, an acting secretary to General George Washington, spells it out, 'I should like vastly to go with full and ample powers from the United States of America to Spain' to seek foreign assistance for the cause." New-York Historical Society Museum & Library
- ^ Fay, John (July 15, 2016) The forgotten Irishman who named the 'United States of America' "According to the NY Historical Society, Stephen Moylan was the man responsible for the earliest documented use of the phrase 'United States of America'. But who was Stephen Moylan?" IrishCentral.com
- ^ "The Charters of Freedom". National Archives. Dicapai pada 2007-06-20.
- ^ McClure, James (2008-06-12). "A Primer: The 'First Capital' Debate". YDR.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-06-22. Dicapai pada 2010-07-26.
- ^ a b "serikat". Kamus Besar Bahasa Indonesia. Badan Pengembangan dan Pembinaan Bahasa, Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan Republik Indonesia. 2016.
- ^ a b "Mengapa namanya bukan Negeri-negeri Bersatu Amerika?". Mingguan Malaysia. 25 September 2011.
- ^ "Peopling of Americas". Smithsonian Institution, National Museum of Natural History. 2004. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-11-28. Dicapai pada 2007-06-19.
- ^ Meltzer, D.J. (1992). "How Columbus Sickened the New World: Why Were Native Americans So Vulnerable to the Diseases European Settlers Brought With Them?". New Scientist: 38.
- ^ "British Convicts Shipped to American Colonies". Butler, James Davie, American Historical Review 2. Smithsonian Institution, National Museum of Natural History. 1896. Dicapai pada 2007-06-21.
- ^ Russell, David Lee (2005). The American Revolution in the Southern Colonies. Jefferson, N.C., and London: McFarland, p. 12. ISBN 0-7864-0783-2.
- ^ Blackburn, Robin (1998). The Making of New World Slavery: From the Baroque to the Modern, 1492–1800. London and New York: Verso, p. 460. ISBN 1-85984-195-3.
- ^ Morrison, Michael A. (1999). Slavery and the American West: The Eclipse of Manifest Destiny and the Coming of the Civil War. Chapel Hill: University of North Carolina Press, pp. 13–21. ISBN 0-8078-4796-8.
- ^ "1860 Census" (PDF). U.S. Census Bureau. Ms. 7 menyatakan jumlah penduduk hamba pada 3,953,760 orang.
- ^ De Rosa, Marshall L. (1997). The Politics of Dissolution: The Quest for a National Identity and the American Civil War. Edison, NJ: Transaction, p. 266. ISBN 1-56000-349-9.
- ^ Gates, John M. (August 1984). "War-Related Deaths in the Philippines". Pacific Historical Review. College of Wooster. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-06-29. Dicapai pada 2007-09-27.
- ^ Foner, Eric, and John A. Garraty (1991). The Reader's Companion to American History. New York: Houghton Mifflin, p. 576. ISBN 0-395-51372-3.
- ^ McDuffie, Jerome, Gary Wayne Piggrem, and Steven E. Woodworth (2005). U.S. History Super Review. Piscataway, NJ: Research & Education Association, p. 418. ISBN 0-7386-0070-9.
- ^ Burton, Jeffrey F., (Julai 2000). "A Brief History of Japanese American Relocation During World War II". Confinement and Ethnicity: An Overview of World War II Japanese American Relocation Sites. National Park Service.CS1 maint: extra punctuation (link) CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Kennedy, Paul (1989). The Rise and Fall of the Great Powers. New York: Vintage, p. 358. ISBN 0-679-72019-7.
- ^ "The United States and the Founding of the United Nations, August 1941 – October 1945". U.S. Dept. of State, Bureau of Public Affairs, Office of the Historian. 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-12. Dicapai pada 2007-06-11.
- ^ Pacific War Research Society (2006). Japan's Longest Day. New York: Oxford University Press. ISBN 4-7700-2887-3.
- ^ Voyce, Bill (2006-08-21). "Why the Expansion of the 1990s Lasted So Long". Iowa Workforce Information Network. Dicapai pada 2007-08-16.
- ^ "Many Europeans Oppose War in Iraq". USA Today. 2003-02-14. Dicapai pada 2008-09-01.Springford, John (2003). "'Old' and 'New' Europeans United: Public Attitudes Towards the Iraq War and US Foreign Policy" (PDF). Centre for European Reform. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2004-03-28. Dicapai pada 2008-09-01.
- ^ "BP Oil Spill Is Now The Largest Ever In Gulf". CBS/Associated Press. 2010-07-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-25. Dicapai pada 2010-07-01.
- ^ Lubowski, Ruben, Marlow Vesterby, and Shawn Bucholtz (2006-07-21). "AREI Chapter 1.1: Land Use". Economic Research Service. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-08-08. Dicapai pada 2009-03-09.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b c "United States". The World Factbook. CIA. 2009-09-30.
- ^ "Population by Sex, Rate of Population Increase, Surface Area and Density" (PDF). Demographic Yearbook 2005. UN Statistics Division.
- ^ "United States". Encyclopedia Britannica.
- ^ "World Factbook: Area Country Comparison Table". Yahoo Education. Dicapai pada 2007-02-28.
- ^ O'Hanlon, Larry. "Supervolcano: What's Under Yellowstone?". Discovery Channel. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-25. Dicapai pada 2007-06-13.
- ^ Perkins, Sid (2002-05-11). "Tornado Alley, USA". Science News. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-07-01. Dicapai pada 2006-09-20.
- ^ Morin, Nancy. "Vascular Plants of the United States" (PDF). Plants. National Biological Service. Dicapai pada 2008-10-27.
- ^ "Global Significance of Selected U.S. Native Plant and Animal Species". SDI Group. 2001-02-09. Dicapai pada 2009-01-20.
- ^ "Numbers of Insects (Species and Individuals)". Smithsonian Institution. Dicapai pada 2009-01-20.
- ^ "National Park Service Announces Addition of Two New Units". National Park Service. 2006-02-28. Dicapai pada 2006-06-13.
- ^ a b "Federal Land and Buildings Ownership". Republican Study Committee. 2005-05-19. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2010-05-24. Dicapai pada 2009-03-09.
- ^ Scheb, John M., and John M. Scheb II (2002). An Introduction to the American Legal System. Florence, KY: Delmar, p. 6. ISBN 0-7668-2759-3.
- ^ Confessions of an Economic Hit Man, by John Perkins
- ^ https://www.cambridge.org/core/journals/perspectives-on-politics/article/testing-theories-of-american-politics-elites-interest-groups-and-average-citizens/62327F513959D0A304D4893B382B992B
- ^ https://www.counterpunch.org/2014/04/15/the-contradictions-of-the-american-electorate/
- ^ https://www.bbc.com/news/blogs-echochambers-27074746
- ^ Raskin, James B. (2003). Overruling Democracy: The Supreme Court Vs. the American People. London and New York: Routledge, pp. 36–38. ISBN 0-415-93439-7.
- ^ "Obama Highlights U.S.-Britain Special Relationship". Xinhua News Agency. 2009-03-03. Dicapai pada 2010-11-03.
- ^ Shah, Anup (2009-04-13). "US and Foreign Aid Assistance". GlobalIssues.org. Dicapai pada 2009-10-11.
- ^ "The Air Force in Facts and Figures (Armed Forces Manpower Trends, End Strength in Thousands)" (PDF). Air Force Magazine. Mei 2009. Dicapai pada 2009-10-09.
- ^ "Base Structure Report, Fiscal Year 2008 Baseline" (PDF). Department of Defense. Dicapai pada 2009-10-09.
- ^ "Active Duty Military Personnel Strengths by Regional Area and by Country (309A)" (PDF). Department of Defense. 2010-03-31. Dicapai pada 2010-10-07.
- ^ Ikenberry, G. John. "Illusions of Empire: Defining the New American Order". Foreign Affairs. Kreisler, Harry, and Chalmers Johnson (2004-01-29). "Conversations with History". University of California at Berkeley. Dicapai pada 2007-06-21.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "The Fifteen Major Spender Countries in 2008". Stockholm International Peace Research Institute. Dicapai pada 2009-10-09.
- ^ a b "Employment Situation Summary". U.S. Dept. of Labor. 2010-10-08. Dicapai pada 2010-10-08.
- ^ "Gross Domestic Product". Bureau of Economic Analysis. 2010-10-29. Dicapai pada 2010-11-03. Change is based on chained 2005 dollars. Quarterly growth is expressed as an annualized rate.
- ^ "Consumer Price Index: September 2010". Bureau of Labor Statistics. 2010-10-15. Dicapai pada 2010-10-16.
- ^ a b c "Income, Poverty, and Health Insurance Coverage in the United States: 2009" (PDF). U.S. Census Bureau. 2010-09-16. Dicapai pada 2010-09-16.
- ^ "Debt Statistics". U.S. Dept. of the Treasury. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-18. Dicapai pada 2010-10-13.
- ^ "Flow of Funds Accounts of the United States" (PDF). U.S. Federal Reserve. 2010-03-11. Dicapai pada 2010-05-31.
- ^ Wright, Gavin, and Jesse Czelusta, "Resource-Based Growth Past and Present", in Natural Resources: Neither Curse Nor Destiny, ed. Daniel Lederman and William Maloney (World Bank, 2007), p. 185. ISBN 0-8213-6545-2.
- ^ "World Economic Outlook Database". International Monetary Fund. 2009. Dicapai pada 2010-04-27.
- ^ "May trade deficit falls to lowest in almost 10 years". USATODAY.com. 10 Julai 2009.
- ^ "Top Ten Countries with which the U.S. Trades". U.S. Census Bureau. Ogos 2009. Dicapai pada 2009-10-12.
- ^ "Table 1267—U.S. Exports and General Imports by Selected SITC Commodity Groups". U.S. Census Bureau. Dicapai pada 2009-10-12.
- ^ "Japan surpasses China as largest holder of U.S. Treasury securities". Xinhua. 2010-02-16. Dicapai pada 2010-04-04.
- ^ "Government Spending Overview". usgovernmentspending.com. Dicapai pada 2009-05-09.
- ^ a b "USA Economy in Brief". U.S. Dept. of State, International Information Programs. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-12. Dicapai pada 2008-03-12.
- ^ "Table 724—Number of Tax Returns, Receipts, and Net Income by Type of Business and Industry: 2005". U.S. Census Bureau. Dicapai pada 2009-10-12.
- ^ "Table 964—Gross Domestic Product in Current and Real (2000) Dollars by Industry: 2006". U.S. Census Bureau. May 2008. Dicapai pada 2009-10-12.
- ^ "Rank Order—Oil (Production)". The World Factbook. CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-05-12. Dicapai pada 2009-10-12."Rank Order—Oil (Consumption)". The World Factbook. CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-04. Dicapai pada 2009-10-12."Crude Oil and Total Petroleum Imports Top 15 Countries". U.S. Energy Information Administration. 2009-09-29. Dicapai pada 2009-10-12.
- ^ "Corn". U.S. Grains Council. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-01-12. Dicapai pada 2008-03-13.
- ^ "Soybean Demand Continues to Drive Production". Worldwatch Institute. 2007-11-06. Dicapai pada 2008-03-13.
- ^ "New Release/Ultra Petroleum Corp.,". NYSE Euronext. 2007-07-03. Dicapai pada 2007-08-03.
- ^ Carta dan Sebut Harga NYSE , TradingView, Dicapai pada 19 Oktober 2017.
- ^ "Sony, LG, Wal-Mart among Most Extendible Brands". Cheskin. 2005-06-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-03-12. Dicapai pada 2007-06-19.
- ^ Fuller, Thomas (2005-06-15). "In the East, Many EU Work Rules Don't Apply". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-06-16. Dicapai pada 2007-06-28.
- ^ "Doing Business in the United States (2006)". World Bank. Dicapai pada 2007-06-28.
- ^ "Total Economy Database, Summary Statistics, 1995–2010". The Conference Board Total Economy Database. The Conference Board. September 2010. Dicapai pada 2009-09-20.
- ^ Gumbel, Peter (2004-07-11). "Escape from Tax Hell". Time. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-07. Dicapai pada 2007-06-28.
- ^ DeNavas-Walt, Carmen, Bernadette D. Proctor, and Jessica Smith (2008). "Income, Poverty, and Health Insurance Coverage in the United States: 2007" (PDF). U.S. Census Bureau. Dicapai pada 2008-11-13.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Hacker, Jacob S. (2006). The Great Risk Shift: The New Economic Insecurity and the Decline of the American Dream. New York: Oxford University Press. ISBN 0195335341.
- ^ Smeeding, T. M. (2005). "Public Policy: Economic Inequality and Poverty: The United States in Comparative Perspective." Social Science Quarterly 86, 955–983.
- ^ Kenworthy, L. (1999). "Do Social-Welfare Policies Reduce Poverty? A Cross-National Assessment" Social Forces 77(3), 1119–1139. Bradley, D., E. Huber, S. Moller, F. Nielsen, and J. D. Stephens (2003). "Determinants of Relative Poverty in Advanced Capitalist Democracies" American Sociological Review 68(1), 22–51.
- ^ Fishback, Price V. (Mei 2010). "Social Welfare Expenditures in the United States and the Nordic Countries: 1900–2003". NBER Working Paper series. 15982.
- ^ Orr, D. (November–December, 2004). "Social Security Isn't Broken: So Why the Rush to 'Fix' It?" In C. Sturr and R. Vasudevan, eds. (2007). Current Economic Issues. Boston: Economic Affairs Bureau.
- ^ Starr, Paul (2008-02-25). "A New Deal of Their Own". American Prospect. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-05-05. Dicapai pada 2008-07-24.
- ^ UNICEF (2007). "Child Poverty in Perspective: An Overview of Child Well-Being in Rich Countries" (PDF). BBC. Dicapai pada 2007-09-10.
- ^ "Cuaderno del laboratorio de Alexander Graham Bell, 1875-1876". World Digital Library. 1875–1876. Dicapai pada 2013-07-23.CS1 maint: date format (link)
- ^ Benedetti, François (2003-12-17). "100 Years Ago, the Dream of Icarus Became Reality". Fédération Aéronautique Internationale (FAI). Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-12. Dicapai pada 2007-08-15.
- ^ "Research and Development (R&D) Expenditures by Source and Objective: 1970 to 2004". U.S. Census Bureau. Dicapai pada 2007-06-19.
- ^ "Media Statistics: Televisions (per capita) by Country". NationMaster. 2003. "Media Statistics > Personal Computers (per capita) by Country". NationMaster. 2003. "Media Statistics > Radios (per capita) by Country". NationMaster. 2003. Dicapai pada 2007-06-03.
- ^ "Download 2007 Digital Fact Pack". Advertising Age. 2007-04-23. Dicapai pada 2007-06-10.
- ^ "ISAAA Brief 39-2008: Executive Summary—Global Status of Commercialized Biotech/GM Crops: 2008" (PDF). International Service for the Acquisition of Agri-Biotech Applications. m/s. 15. Dicapai pada 2010-07-16.
- ^ "Interstate FAQ (Question #3)". Federal Highway Administration. 2006. Dicapai pada 2009-03-04.
- ^ "Car Free Day 2006: Nearly One Car per Two Inhabitants in the EU25 in 2004". Europa, Eurostat Press Office. 2006-09-19. Dicapai pada 2007-08-15.
- ^ "Household, Individual, and Vehicle Characteristics". 2001 National Household Travel Survey. U.S. Dept. of Transportation, Bureau of Transportation Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-08-15.
- ^ "Daily Passenger Travel". 2001 National Household Travel Survey. U.S. Dept. of Transportation, Bureau of Transportation Statistics. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-29. Dicapai pada 2007-08-15.
- ^ "Scheduled Passengers Carried (2008 data)". International Air Transport Association (IATA). Dicapai pada 2009-06-27.
- ^ "Passenger Traffic 2006 Final". Airports Council International. 2007-07-18. Dicapai pada 2007-08-15.
- ^ "Intercity Passenger Rail: National Policy and Strategies Needed to Maximize Public Benefits from Federal Expenditures". U.S. Government Accountability Office. 2006-11-13. Dicapai pada 2007-06-20.
- ^ Renne, John L., and Jan S. Wells (2003). "Emerging European-Style Planning in the United States: Transit-Oriented Development (p. 2)" (PDF). Rutgers, The State University of New Jersey. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2014-09-12. Dicapai pada 2007-06-11.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ Pucher, John, and Lewis Dijkstra (2000). "Making Walking and Cycling Safer: Lessons from Europe" (PDF). Transportation Quarterly. Transportation Alternatives. Dicapai pada 2007-08-15.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ "BP Statistical Review of World Energy" (XLS). British Petroleum. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-06. Dicapai pada 2010-02-22.
- ^ "Diagram 1: Energy Flow, 2007" (PDF). EIA Annual Energy Review 2007. U.S. Dept. of Energy, Energy Information Administration. Dicapai pada 2008-06-25.
- ^ "Rank Order—Oil (Consumption)". The World Factbook. CIA. 2007-09-06. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-05-04. Dicapai pada 2007-09-14.
- ^ "U.S. POPClock Projection". U.S. Census Bureau. Perangkaan dikemas kini secara automatik.
- ^ Camarota, Steven A., and Karen Jensenius (2008). "Homeward Bound: Recent Immigration Enforcement and the Decline in the Illegal Alien Population" (PDF). Center for Immigration Studies. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2008-08-09. Dicapai pada 2008-08-06.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ a b "Executive Summary: A Population Perspective of the United States". Population Resource Center. 2000. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-06-04. Dicapai pada 2007-12-20.
- ^ "Rank Order—Birth Rate". The World Factbook. CIA. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-03-09. Dicapai pada 2009-10-11.
- ^ “U.S. Legal Permanent Residents: 2009”. Office of Immigration Statistics Annual Flow Report.
- ^ "Persons Obtaining Legal Permanent Resident Status by Region and Country of Birth: Fiscal Years 1998 to 2007 (Table 3)". U.S. Dept. of Homeland Security. Dicapai pada 2008-09-06.
- ^ a b c d "Ancestry 2000" (PDF). U.S.Census Bureau. 2004. Dicapai pada 2007-06-13.
- ^ a b c d e "Annual Estimates of the Population by Sex, Race, and Hispanic Origin for the United States: April 1, 2000 to July 1, 2008 (NC-EST2008-03)". U.S. Census Bureau, Population Division. 2009-05-01. Dicapai pada 2009-07-23.
- ^ "B03001. Hispanic or Latino Origin by Specific Origin". 2007 American Community Survey. U.S. Census Bureau. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-12. Dicapai pada 2008-09-26.
- ^ "Tables 41 and 42—Native and Foreign-Born Populations" (PDF). Statistical Abstract of the United States 2009. U.S. Census Bureau. Dicapai pada 2009-10-11.
- ^ "An Older and More Diverse Nation by Midcentury". U.S. Census Bureau. 2008-08-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-08-22. Dicapai pada 2008-09-06.
- ^ "United States—Urban/Rural and Inside/Outside Metropolitan Area (GCT-P1. Population, Housing Units, Area, and Density: 2000)". U.S. Census Bureau. 2000-04-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2020-02-12. Dicapai pada 2008-09-23.
- ^ "Table 1: Annual Estimates of the Resident Population for Incorporated Places Over 100,000, Ranked by July 1, 2008 Population: April 1, 2000 to July 1, 2008" (PDF). 2008 Population Estimates. U.S. Census Bureau, Population Division. 2009-07-01. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-07-24. Dicapai pada 2009-10-11.
- ^ "Table 5. Estimates of Population Change for Metropolitan Statistical Areas and Rankings: July 1, 2007 to July 1, 2008" (PDF). 2008 Population Estimates. U.S. Census Bureau. 2009-03-19. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2013-04-24. Dicapai pada 2009-10-11.
- ^ a b "Table 53—Languages Spoken at Home by Language: 2007" (PDF). Statistical Abstract of the United States 2010. U.S. Census Bureau. Dicapai pada 2009-09-21.
- ^ "Foreign Language Enrollments in United States Institutions of Higher Learning" (PDF). MLA. 2002. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2008-08-03. Dicapai pada 2006-10-16.
- ^ "The Constitution of the State of Hawaii, Article XV, Section 4". Hawaii Legislative Reference Bureau. 1978-11-07. Dicapai pada 2007-06-19.
- ^ Dicker, Susan J. (2003). Languages in America: A Pluralist View. Clevedon, UK: Multilingual Matters. m/s. 216, 220–25. ISBN 1853596515.
- ^ "California Code of Civil Procedure, Section 412.20(6)". Legislative Counsel, State of California. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-07-22. Dicapai pada 2007-12-17. "California Judicial Council Forms". Judicial Council, State of California. Dicapai pada 2007-12-17.
- ^ "Among Wealthy Nations...U.S. Stands Alone in its Embrace of Religion". Pew Global Attitudes Project. Pew Research Center. 2002-12-19. Dicapai pada 2008-10-23.
- ^ Rosenstone, Steven J. (2009-12-17). "Public Education for the Common Good". University of Minnesota. Diarkibkan daripada yang asal pada 2014-08-01. Dicapai pada 2009-03-06.
- ^ "Ages for Compulsory School Attendance..." U.S. Dept. of Education, National Center for Education Statistics. Dicapai pada 2007-06-10.
- ^ "Statistics About Non-Public Education in the United States". U.S. Dept. of Education, Office of Non-Public Education. Dicapai pada 2007-06-05.
- ^ "Educational Attainment in the United States: 2003" (PDF). U.S. Census Bureau. Dicapai pada 2006-08-01.
- ^ Untuk butiran lanjut mengenai kecelikan huruf di AS, rujuk A First Look at the Literacy of America’s Adults in the 21st century, U.S. Department of Education (2003).
- ^ "Human Development Indicators" (PDF). United Nations Development Programme, Human Development Reports. 2005. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2007-06-20. Dicapai pada 2008-01-14.
- ^ "Health, United States, 2006" (PDF). Centers for Disease Control and Prevention, National Center for Health Statistics. 2006. Dicapai pada 2007-08-15.
- ^ Eberstadt, Nicholas, and Hans Groth (2007-04-19). "Healthy Old Europe". International Herald Tribune. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-04-23. Dicapai pada 2007-06-19.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
- ^ MacAskill, Ewen (2007-08-13). "US Tumbles Down the World Ratings List for Life Expectancy". Guardian. London. Dicapai pada 2007-08-15.
- ^ "Rank Order—Infant Mortality Rate". The World Factbook. CIA. 2007-06-14. Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-02-07. Dicapai pada 2007-06-19.
- ^ "Prevalence of Overweight and Obesity Among Adults: United States, 2003–2004". Centers for Disease Control and Prevention, National Center for Health Statistics. Dicapai pada 2007-06-05.
- ^ Schlosser, Eric (2002). Fast Food Nation. New York: Perennial. m/s. 240. ISBN 0060938455.
- ^ "Fast Food, Central Nervous System Insulin Resistance, and Obesity". Arteriosclerosis, Thrombosis, and Vascular Biology. American Heart Association. 2005. Dicapai pada 2007-06-17.
- ^ "2007 Facts & Figures". Texas Medical Center. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-06-23. Dicapai pada 2008-11-07.
- ^ OECD Health Data 2000: A Comparative Analysis of 29 Countries [CD-ROM] (OECD: Paris, 2000). Lihat juga "The U.S. Healthcare System: The Best in the World or Just the Most Expensive?" (PDF). University of Maine. 2001. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2003-04-06. Dicapai pada 2006-11-29.
- ^ Groves, Trish, T (2008). "Stronger European Medical Research". British Medical Journal. 336 (7640): 341–342. doi:10.1136/bmj.39489.505208.80. ISSN 0959-8138. PMC 2244738. PMID 18276671.
- ^ a b Adams, J. Q., and Pearlie Strother-Adams (2001). Dealing with Diversity. Chicago: Kendall/Hunt. ISBN 0-7872-8145-X.
- ^ Thompson, William, and Joseph Hickey (2005). Society in Focus. Boston: Pearson. ISBN 0-205-41365-X.
- ^ Holloway, Joseph E. (2005). Africanisms in American Culture, 2d ed. Bloomington: Indiana University Press, pp. 18–38. ISBN 0-253-34479-4. Johnson, Fern L. (1999). Speaking Culturally: Language Diversity in the United States. Thousand Oaks, Calif., London, and New Delhi: Sage, p. 116. ISBN 0-8039-5912-5.
- ^ "Individualism". Clearly Cultural. Dicapai pada 2009-02-28.
- ^ Eichar, Douglas (1989). Occupation and Class Consciousness in America. Westport, CT: Greenwood Press. ISBN 0313261113.
- ^ "World Culture Report 2000 Calls for Preservation of Intangible Cultural Heritage". UNESCO. 2000-11-17. Dicapai pada 2007-09-14. "Summary: Does Globalization Thwart Cultural Diversity?". World Bank Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-17. Dicapai pada 2007-09-14.
- ^ "Media Statistics > Television Viewing by Country". NationMaster. Dicapai pada 2007-06-03.
- ^ "Broadband and Media Consumption". eMarketer. 2007-06-07. Dicapai pada 2007-06-10.
- ^ "TV Fans Spill into Web Sites". eMarketer. 2007-06-07. Dicapai pada 2007-06-10.
- ^ Biddle, Julian (2001). What Was Hot!: Five Decades of Pop Culture in America. New York: Citadel, p. ix. ISBN 0-8065-2311-5.
- ^ Quinn, Edward (2006). A Dictionary of Literary and Thematic Terms. Infobase, p. 361. ISBN 0-8160-6243-9. Seed, David (2009). A Companion to Twentieth-Century United States Fiction. Chichester, West Sussex: John Wiley and Sons, p. 76. ISBN 1-4051-4691-5. Meyers, Jeffrey (1999). Hemingway: A Biography. New York: Da Capo, p. 139. ISBN 0-306-80890-0.
- ^ Brown, Milton W. (1988 1963). The Story of the Armory Show. New York: Abbeville. ISBN 0-89659-795-4.
- ^ "Fast Food, Central Nervous System Insulin Resistance, and Obesity". Arteriosclerosis, Thrombosis, and Vascular Biology. American Heart Association. 2005. Dicapai pada 2007-06-09. "Let's Eat Out: Americans Weigh Taste, Convenience, and Nutrition" (PDF). U.S. Dept. of Agriculture. Dicapai pada 2007-06-09.
- ^ Smith, Andrew F. (2004). The Oxford Encyclopedia of Food and Drink in America. New York: Oxford University Press, pp. 131–32. ISBN 0-19-515437-1. Levenstein, Harvey (2003). Revolution at the Table: The Transformation of the American Diet. Berkeley, Los Angeles, and London: University of California Press, pp. 154–55. ISBN 0-520-23439-1.
- ^ Krane, David K. (2002-10-30). "Professional Football Widens Its Lead Over Baseball as Nation's Favorite Sport". Harris Interactive. Dicapai pada 2007-09-14. Maccambridge, Michael (2004). America's Game: The Epic Story of How Pro Football Captured a Nation. New York: Random House. ISBN 0-375-50454-0.
- ^ "All-Time Medal Standings, 1896–2004". Information Please. Dicapai pada 2007-06-14. "Distribution of Medals—2008 Summer Games". Fact Monster. Dicapai pada 2008-09-02.
- ^ "All-Time Medal Standings, 1924–2006". Information Please. Dicapai pada 2007-06-14. "Olympic Medals". Vancouver Organizing Committee. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-25. Dicapai pada 2010-03-02.
- ^ "Appendix G: Weights and Measures". The World Factbook. CIA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-04-06. Dicapai pada 2010-04-01.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Ketahui lebih lanjut tentang Amerika Syarikat di Wikipedia: | |
Takrifan dari Wikikamus | |
Imej dan media dari Commons | |
Sumber pembelajaran dari Wikiversity | |
Berita dari Wikiberita | |
Petikan dari Wikipetikan | |
Teks sumber dari Wikisumber | |
Buku teks dari Wikibuku |
- Pemerintah
- Official U.S. Government Web Portal Pintu utama tapak sesawang pemerintah
- House Tapak web rasmi Dewan Perwakilan AS
- Senate Tapak web rasmi Senat AS
- White House Tapak web rasmi Presiden AS
- Fakta dan data
- "United States". CIA World Factbook (ed. 2024). Agensi Perisikan Pusat.
- InfoUSA Diarkibkan 2011-10-09 di Wayback Machine Portal sumber Agensi Penerangan AS
- Library of Congress Tapak web rasmi Perpustakaan Kongres AS