Caliph Buskers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Caliph Buskers
Nama asalBlackout
Berasal dariKuala Lumpur, Malaysia
GenrePop rock
Tahun aktif2014–kini
Syarikat rakaman
KRU Music
Faithful Music
Warner Music Malaysia
AhliZaki Ismail
Fendy Adlun
Nirwan Zainalabidin
Khairul Azmi Saat
Nadira Rubiana

Caliph Buskers ialah sebuah kumpulan muzik Malaysia yang berstatus kumpulan muzik orang kurang upaya (OKU) cacat penglihatan.[1] Kumpulan ini ditubuhkan pada 2014 dengan barisan ahli kumpulan terdiri daripada Zaki Ismail (bes), Fendy Adlun (dram), Nirwan Zainalabidin (gitar), Khairul Azmi Saat (vokal/keyboard) dan Nadira Rubiana (shaker). Bermula dengan mencipta nama sebagai penyanyi jalanan di sekitar ibu kota,[2][3] Caliph Buskers pertama kali mendapat perhatian umum sebaik sahaja membuat kemunculan pentas Anugerah Juara Lagu ke-29 (AJL29) dengan menyanyikan lagu "Romancinta" nyanyian asal kumpulan Mojo, sekaligus muncul sebagai pemenang trofi Persembahan Terbaik dan berjaya membawa pulang hadiah wang tunai RM12,000.[4][5][6]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sebelum pembabitan kumpulan Caliph Busker di dalam industri muzik tanah air, kumpulan ini dikenali sebagai Blackout. Ahli kumpulan Blackout terdiri dari 6 orang dan merupakan Orang Kurang Upaya yang berasal dari Persatuan Orang Buta Malaysia. Kumpulan ini telah menyertai program Hajat yang dihoskan oleh Man Raja Lawak dan disiarkan di Astro Prima. Pada permulaannya, Chiko seorang tukang urut di Rose Beauty telah berhajat mahu mendengar lagu sendiri di dalam radio, dan hajat nya telah dipilih oleh pihak penerbit.

Ahli kumpulan[sunting | sunting sumber]

  • Zaki Ismail (Bassist)
  • Fendy Abdullah (Drummer)
  • Nirwan Zainalabidin (Guitarist)
  • Khairul Azmi Saat (Vocalist/Keyboardist)
  • Nadira Rubiana (Shaker)

Bekas Ahli Kumpulan

  • Chiko

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Single[sunting | sunting sumber]

  • "Hanya Namamu" (2015)
  • "Kaulah Dia" (2016)
  • "Buta (feat. Faizal Tahir)" (2017)
  • "Hanya Mimpi" (2018)
  • "Manusia" (2019)

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Keputusan
2015 Anugerah Juara Lagu ke-29 Persembahan Terbaik Menang
2016 Anugerah Juara Lagu ke-30 Tempat Ketiga - "Hanya NamaMu" Menang
2016 Anugerah Planet Muzik Lagu Terbaik Malaysia - "Hanya NamaMu" Menang
2016 Anugerah Planet Muzik Lagu Terbaik APM - "Hanya NamaMu" Menang
2019 Anugerah Nasiyd IKIM 2019 Juara AN19 - "Buta" Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Muhamad Fairoz Azizan (6 Disember 2018). Caliph Buskers semakin berani berdikari Berita Harian. Dicapai pada 6 Disember 2018.
  2. ^ Caliph Buskers semakin kukuh Utusan Malaysia (17 April 2015). Dicapai pada 18 September 2015.
  3. ^ https://web.archive.org/web/20150121022052/http://www.hmetro.com.my/node/25166
  4. ^ Siapa Caliph Buskers? Utusan Malaysia (27 Januari 2015). Dicapai pada 18 September 2015.
  5. ^ Ridzuan Abdul Rahman (2 Mac 2015). Caliph Buskers jadi tumpuan Harian Metro. Dicapai pada 18 September 2015.
  6. ^ Amirah Amaly Syafaat (8 Oktober 2017). Pertahan bakat demi rezeki Utusan Malaysia. Dicapai pada 18 Oktober 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]