Anugerah Juara Lagu ke-30

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Anugerah Juara Lagu ke-30
TV3
Tarikh 24 Januari 2016
Tempat Stadium Melawati, Shah Alam
Pengacara AG Selamat dan Fattah Amin
Tempoh 3 jam
Juara Lagu "Potret"
nyanyian Akim & The Majistret
(gubahan: Hang Nadim/
lirik: Karma Empayar)
 < ke-29 Anugerah Juara Lagu ke-31 > 

Anugerah Juara Lagu ke-30 (AJL30) merupakan konsert dan majlis penghargaan tahunan bagi karya muzik Malaysia yang diperkumandangkan dalam carta Muzik Muzik TV3 musim 2015. Acara ini bertemakan "Kegemilangan dan Kemeriahan 30 tahun AJL" bersempena dengan ulang tahun penganjuran acara ke-30 yang mencipta fenomena.[1] Seperti tahun lepas, acara tahun ini juga ditaja oleh produk kosmetik tempatan Pamoga dan Qu Puteh.

Lagu "Potret" nyanyian Akim & The Majistret (ciptaan Hang Nadim dan lirik oleh Karma Empayar) mengungguli Anugerah Juara Lagu Ke-30 (hadiah RM50,000 + trofi).[2] Persembahan Terbaik juga milik Akim & The Majistret (hadiah RM12,000 + trofi) manakala lagu "Assalamualaikum" (Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong & Audi Mok) dan "Hanya Namamu" (Edry Abdul Halim) masing-masing memenangi tempat kedua (hadiah RM35,000 + trofi) dan tempat ketiga (hadiah RM20,000 + trofi). Dayang Nurfaizah sekali lagi menerima anugerah Vokal Terbaik bagi lagu "Tak Pernah Menyerah" dengan hadiah tunai bernilai RM12,000 beserta trofi untuk 2 tahun berturut turut

Separuh Akhir Muzik Muzik[sunting | sunting sumber]

Setelah selesai program mingguan carta Muzik Muzik 30, acara Separuh Akhir Muzik Muzik 30 diadakan selama tiga pusingan bagi memilih 12 lagu yang layak ke AJL daripada 30 buah lagu yang telah terpilih.

Festival Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Dua minggu sebelum malam anugerah, TV3 telah mengadakan Festival Anugerah Juara Lagu 30 pada 9 Januari 2016 yang bertempat di Dataran 1 Malaysia, Pantai Klebang, Melaka. Pelbagai aktiviti yang menarik serta jemputan artis kepada pengunjung dan pada sebelah malam pula akan berlangsungnya konsert kemuncak festival yang turut menampilkan penyanyi seperti Drama Band ,Noraniza Idris, Rahmad Mega, Kaka Azraff, Dayang Nurfaizah, Nash, dan Bunkface sebagai tanda penghargaan untuk mengimbau kembali zaman kegemilangan AJL yang lepas.[3]

Anugerah Juara Lagu[sunting | sunting sumber]

Majlis Anugerah Juara Lagu ke-30 diadakan di Stadium Melawati Shah Alam pada 24 Januari 2016. Berikut adalah senarai finalisnya:

Tajuk Lagu Penyanyi Komposer & Penulis Lirik Keputusan
"Biarkanlah" Drama Band Aepul Roza, Amar Habir, Daus SRK & Faeez Halim Finalist
"Knock Knock" Elizabeth Tan Faizal Tahir & Mike Chan Finalist
"Sampai Mati" Hazama Omar K & Audi Mok Finalist
"Bukan Hal Aku" Kaka Azraff & Alif The Good Fellas Finalist
"Hanya Namamu" Caliph Buskers Edry Abdul Halim Ketiga
"Malam Ini Kita Punya" Bunkface Sam Bunkface Finalist
"Potret Akim & The Majistret Hang Nadim (komposer), Kamar Empayar (lirik) Juara & Persembahan Terbaik
"Not For Sale" Stacy Mike Chan & Omar K (komposer & lirik), Altimet (lirik) Finalist
"Angin Kencang" Noh Salleh Noh Salleh Finalist
"Mana Mungkin" Black Ajai Finalist
"Tak Pernah Menyerah" Dayang Nurfaizah Akid (komposer), Poji Samad (lirik) Vokal Terbaik
"Assalamualaikum" Faizal Tahir Faizal Tahir, Mike Chan, Omar K, Ezra Kong & Audi Mok Naib Johan

Pemenang[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]