Cambridge Analytica

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Cambridge Analytica
Jenis/bentuk sahPerlombongan dan analisis data
IndustriTeknologi maklumat dan komunikasi Sunting ini di Wikidata
Ditubuhkan2013; 5 tahun dahulu (2013)
PengasasAlastair MacWillson Sunting ini di Wikidata
Dibubarkan2 Mei 2018 Sunting ini di Wikidata
Ibu pejabatLondon, England, UK
Tokoh pentingAlexander Nix (CEO)

Robert Mercer (pelabur)

Steve Bannon (bekas naib presiden)
PemilikRobert Mercer Sunting ini di Wikidata
Syarikat indukSCL Group Sunting ini di Wikidata
Tapak webCambridgeAnalytica.org
Twitter: CamAnalytica Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Cambridge Analytica (CA) ialah sebuah syarikat swasta yang menggabungkan perlombongan dan analisis data dengan kaedah komunikasi strategik untuk proses pilihan raya. Syarikat ini tertubuh sebagai anak syarikat SCL Group dari Britain pada tahun 2013 bagi melibatkan diri dalam politik Amerika Syarikat.[1] Pada tahun 2014, CA terlibat dalam 44 pemilihan raya politik. Sebahagian daripadanya dimiliki keluarga Robert Mercer, seorang pengurus dana lindung Amerika Syarikat yang menyokong banyak fahaman politik konservatif di negara tersebut. Syarikat ini beribu pejabat di London, Bandar Raya New York, dan Washington, D.C.

Syarikat ini mula dikenali secara meluas pada tahun 2015 selepas dipilih untuk bekerjasama dalan kempen pilihan raya calon Republikan Amerika SyarikatTed Cruz. Setelah kempen tandingan Cruz gagal pada 2016, CA terlibat pula dalam kempen pilihan raya Donald Trump[2] serta kempen mengeluarkan United Kingdom daripada Kesatuan Eropah anjuran Leave.EU. Peranan mereka dalam kempen-kempen ini telah menjadi kontroversi serta menjadi tumpuan banyak siasatan jenayah yang sedang berlangsung di kedua-dua negara.[3][4][5] Ahli-ahli sains politik turut mempertikaikan dakwaan syarikat ini mengenai keberkesanan kaedah-kaedah mereka dalam menyasarkan pengundi.

Pada 17 Mac, 2018, akhbar-akhbar The New York Times dan The Observer melaporkan bahawa Cambridge Analytica menggunakan maklumat peribadi yang diperolehi penyelidik luar yang mendakwa pengumpulan maklumat tersebut dilakukan atas tujuan akademik. Sebagai tindak balas ke atas laporan tersebut, Facebook mengharamkan pengiklanan syarikat tersebut dalam platformnya.[6][7] The Guardian turut melaporkan bahawa Facebook telah lama mengetahui mengenai pelanggaran keselamatan ini selama dua tahun namun tidak melakukan apa-apa langkah untuk melindungi penggunanya.[8]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Issenberg, Sasha (12 November 2015). "Cruz-Connected Data Miner Aims to Get Inside U.S. Voters' Heads". Bloomberg. Dicapai pada 2 Februari 2016.
  2. ^ Alex Altman (10 October 2016). "Silent Partners". Time: 44.
  3. ^ Confessore, Nicholas; Hakim, Danny (2017-03-06). "Data Firm Says 'Secret Sauce' Aided Trump; Many Scoff". The New York Times. ISSN 0362-4331. Dicapai pada 7 Mac 2018.
  4. ^ Reinbold, Fabian; Schnack, Thies (6 Disember 2016). "Ich ganz allein habe Trump ins Amt gebracht" (dalam bahasa Jerman). Der Spiegel. Unknown parameter |dead-url= ignored (bantuan)
  5. ^ Doward, Jamie; Cadwalladr, Carole; Gibbs, Alice (4 Mac 2017). "Watchdog to launch inquiry into misuse of data in politics". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 14 Jun 2017. Italic or bold markup not allowed in: |work= (bantuan)
  6. ^ Rosenberg, Matthew; Confessore, Nicholas; Cadwalladr, Carole (17 Mac 2018). "How Trump Consultants Exploited the Facebook Data of Millions". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 17 Mac 2018.
  7. ^ Cadwalladr, Carole; Graham-Harrison, Emma (18 Mac 2018). "Revealed: 50 million Facebook profiles harvested for Cambridge Analytica in major data breach". The Guardian. Dicapai pada 18 Mac 2018.
  8. ^ Cadwalladr, Carole (18 Mac 2018). "'I made Steve Bannon's psychological warfare tool': meet the data war whistleblower". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0261-3077. Dicapai pada 18 Mac 2018.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]