Cangkat Lord Howe
Cangkat Lord Howe adalah penara laut dalam yang meluas dari barat daya New Caledonia ke Penara Challenger, barat New Zealand di selatan barat Lautan Pasifik. Di sebelah barat adalah Lembangan Tasman dan di sebelah timur Lembangan New Caledonia.[1] Cangkat Lord Howe mempunyai keluasan kira-kira 1,500,000 km persegi,[1] dan secara amnya terletak kira-kira 750 hingga 1,200 meter di bawah air. [2] Ia adalah sebahagian daripada Zealandia, benua yang lebih besar yang kini kebanyakannya tenggelam, dan juga terdiri daripada kerak benua.
Pembentukan
[sunting | sunting sumber]Cangkat Lord Howe dibentuk oleh penyebaran dasar laut yang juga mengakibatkan penciptaan Laut Tasman.[3] Ia direkahkan dari Australia Timur oleh rabung tengah laut yang aktif 80-60 juta tahun yang lalu, dan kini terletak 800 kilometer dari daratan Australia.
Cangkat Lord Howe mengandungi sebaris gunung laut yang dipanggil Rangkaian Gunung Laut Lord Howe yang dibentuk semasa zaman Miosen ketika bahagian Zealandia ini ada di atas titik panas Lord Howe. Lord Howe adalah gunung berapi terakhir yang meletus naik.[3]
Kebanyakan lembangan masih belum diterokai berhubung dengan rizab minyak dan gas.[4]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Lord Howe Rise". Regional petroleum geology of Australia. Geoscience Australia. 16 June 2003. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 March 2012. Dicapai pada 2007-04-19. Unknown parameter
|dead-url=
ignored (bantuan) - ^ Harris, Peter T.; Scott L. Nichol; Tara J. Anderson; Andrew D. Heap (2011). "57: Habitats and Benthos of a Deep Sea Marginal Plateau, Australia". Seafloor Geomorphology As Benthic Habitat: GeoHAB Atlas of Seafloor Geomorphic Features and Benthic Habitats. Elsevier. m/s. 777. ISBN 0123851408. Dicapai pada 26 June 2013.
- ^ a b Mueller-Dombois, Dieter (1998). Vegetation of the Tropical Pacific Islands. Springer. m/s. 167. ISBN 0387983139. Dicapai pada 26 June 2013.
- ^ Misha Schubert and Barry Fitzgerald (2009-04-22). "National bonanza sitting on shelf". The Age. Fairfax Digital. Dicapai pada 2009-12-04.