Benua

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Benua (Tulisan Jawi: بنوا)merupakan tanah daratan yang sangat luas di atas muka bumi. Setiap benua mempunyai lebih daripada satu negara.

Umumnya, terdapat 7 benua:

Namun begitu, sesetengah orang mengatakan terdapat cuma 5 benua. Mereka menggabungkan Amerika Utara dan Amerika Selatan sebagai satu benua, manakala Antartika pula tidak dikira sebagai benua kerana tidak didiami secara kekal.

Benua-benua Geografik بنوا٢ ݢيوݢرافيک[sunting | sunting sumber]

Peta dunia menggambarkan benua-benua (geografik) dan negeri-negeri tradisional

Kerana geografi didefinasikan mengikut konvensyen setempat, terdapat beberapa tanggapan terhadap mana-mana daratan luas yang diambil-kira sebagai benua-benua, dan yang diberi istilah benua besar (supercontinents), mikrobenua (microcontinents), atau benua kecil (subcontinents). Tujuh daratan luas dan pulau-pulau besekutuannya biasanya dikenal sebagai benua-benua, namun mereka boleh disatukan. Contohnya, Amerika Utara dan Selatan kerap dianggap sebagai satu benua, dan Asia juga disatukan dengan Europah. Mengabaikan bila Antartika ditinggalkan, atau bila istilah Australasia atau Oceania mengambil-alih Australia, terdapat beberapa cara benua-benua tersebut dinamakan.

Model-model مودل٢
7 benua: Antartika Amerika Selatan Amerika Utara Eropah Asia Afrika Australia
6 benua: Antartika
Amerika
Europah Asia Afrika Australia
6 benua: Antartika Amerika Selatan Amerika Utara
Eurasia
Afrika Australia
5 benua: Antartika
Amerika
Eurasia
Afrika Australia
5 benua: Antartika Amerika Selatan
Laurasia
Afrika Australia
4 benua: Antartika
Amerika
Afrika-Eurasia
Australia

Model 7-benua biasanya diajar di Eropah Barat, Amerika Syarikat, dan Australia. Di Kanada, Atlas Kanada yang diluluskan kerajaan menamakan 7-benua dan mengajar Oceania daripada Australia. Modal 6-benua Eurasia lebih digunakan oleh ahli-ahli saintifik, dan sedemikiannya boleh dijumpai di seluruh dunia, namun terutamanya di Russia dan negara-negara lain Europah Timur serta negara Jepun. Para ahli sejarah mungkin menggunakan modal 5-benua di mana Afrika Utara diasingkan dari Afrika Sub-Sahara dan digabungkan dengan Eurasia (Jared Diamond) atau model 4-benua Afro-Eurasian (Andre Gunder Frank).

Berikut menunjukkan turutan berdasarkan keluasan.

'Saiz ساءيز'
benua luas (km²)
Afrika-Eurasia 90,500,000
Laurasia 84,500,000
Eurasia 60,300,000
Amerika 42,050,000
Asia 49,700,000
Afrika 30,250,000
Amerika Utara 24,230,000
Amerika Selatan 17,820,000
Antartika 13,200,000
Eropah 10,600,000
Australia  8,560,000


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.