Laut dalam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Zon-zon lautan. Dari atas: Zon epipelagik, mesopelagik, batipelagik, abis dan hadal.

Kawasan laut dalam ialah kawasan lautan terdalam, yakni di bawah termoklin hingga dasar laut, pada kedalaman lebih daripada 1,800 meter.[1] Cahaya di sini secara asasnya tidak wujud dan kebanyakan organisma-organisma di sini bergantung kepada bahan organik yang luruh dari zon fotik. Para pengkaji pada zaman dahulu menganggap bahawa kehidupan di sini jarang wujud, tetapi penerokaan di sini menunjukkan sebaliknya.[1]

Satu anggapan bahawa manusia mengetahui lebih banyak perkara tentang Bulan berbanding dengan zon laut dalam juga pernah diketengahkan.[1] Kehidupan di laut dalam pernah dianggap hanya bergantung kepada bahan organik luruhan dan seterusnya Matahari hingga penemuan koloni undang serta pelbagai organisma lain di lohong hidroterma pada lewat 70-an.

Kewujudan kehidupan dalam persekitaran ekstrem ini menyebabkan berlaku perubahan pendapat tentang kehidupan di luar Bumi dalam kalangan saintis. Kini, para saintis menganggap bahawa bulan Musytari, Europa boleh menyokong kehidupan, secara khususnya di bawah lapisan ais Europa, yang terbukti bahawa wujud sebuah lautan air global di bawah lapisan ais itu.[2]

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Suhu[sunting | sunting sumber]

Dari kedalaman 3,000 meter ke bawah, suhu air adalah malar secara lazimnya, iaitu pada sekitar 1.5 °C.[3] Kawasan termoklin wujud di kawasan lautan berlatitud rendah (kawasan khatulistiwa Bumi). Di sini, terdapat perubahan suhu drastik dari kawasan 200 ke 1,000 m, tetapi ciri ini tidak wujud dalam kawasan lautan belatitud tinggi (kawasan kutub Bumi).

Tekanan[sunting | sunting sumber]

Tekanan air meningkat sebanyak 1 tekanan atmosfera selepas kedalaman bertambah 10 meter dan oleh itu, tekanan yang dikenakan terhadap organisma-organisma laut dalam adalah melampau. Namun begitu, para saintis masih tidak dapat memahami kesan tekanan sebegini terhadap organisma laut dalam secara sepenuhnya, memandangkan spesimen organisma laut dalam biasanya mati atau tidak dapat diperhatikan selepas dibawa ke permukaan laut.

Kemasinan[sunting | sunting sumber]

Kemasinan air di laut dalam adalah agak malar di seluruh laut dalam, kira-kira 35 bahagian per ribu. Secara umumnya, memandangkan perbezaan kemasinan di laut dalam adalah sedikit, tiada kesan ketara dari segi ekologi dalam aspek ini.

Ketumpatan[sunting | sunting sumber]

Ketumpatan air di kawasan laut dalam bergantung kepada suhu air serta kemasinan air laut. Di kawasan lautan dengan kedalaman melebihi 2,000 meter, ketumpatan air laut adalah malar, yakni 1.028 g / cm3.[3]

Galeri[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

1.  Pentakrifan kedalaman laut dalam adalah tidak begitu jelas. Sesetengah pihak menetapkan kedalaman laut dalam bermula dari 200 meter.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b Tim Flannery, Where Wonders Await Us, New York Review of Books, Disember 2007
  2. ^ Magnetic Fields and Water on Europa. SETI Institutes Center for the Study of Life in the Universe. Februari 2004. MagEuropa. 
  3. ^ a b 深海生物図鑑 (dalam bahasa Jepun). Dobun Shoin. 1998. m/s. 221. ISBN 4-8103-7503-X. 
  4. ^ "深海". Kotobank (dalam bahasa Jepun). Dicapai 1 Oktober 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  • Kategori berkenaan Laut dalam di Wikimedia Commons