CatDog

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
CatDog
CatDog.jpeg
Logo CatDog
GenreKomedi
Pengembaraan
Slapstick
FormatSiri animasi
PenciptaPeter Hannan
Pelakon suara
Tom Kenny
Jim Cummings
Carlos Alazraqui
Maria Bamford
Nika Frost
John Kassir
Dwight Schultz
Billy West
PenggubahDenis Hannigan
Negara asalAmerika Syarikat
Bilangan musim4
Bilangan episod68
Penerbitan
Tempoh siaran22-23 minit
Penyiaran
Saluran asalNickelodeon
Siaran asal4 April 1998 (1998-04-04) – 15 Jun 2005 (2005-06-15)
Pautan luar
Laman sesawang

CatDog merupakan sebuah rancangan kartun yang amat popular di saluran Nickelodeon. Kartun ini dicipta oleh Peter Hannan. Kartun ini berasal dari Amerika Syarikat. Di Malaysia rancangan ini boleh diikuti di TV3. Di TV9, kartun ini dialihbahasa dalam bahasa Melayu.

Kartun ini berkisar mengenai kehidupan seekor anjing dan kucing yang bersambung badan mereka. Rumah mereka berbentuk cantuman tulang dan ikan.

Watak[sunting | sunting sumber]

Merupakan yang lebih bijak serta licik diantara kedua-duanya. Cat selalu mempergunakan Dog untuk mencapai kepentingan dirinya, dan sering memakan diri sendiri. Cat lebih banyak kekalahan diantara kedua-dua mereka. Dia (dan Dog) sering disisih masyarakat disebabkan diri mereka, namun Cat tetap mengharunginya, terutamanya dengan Anjing Greasers. Cat lebih defensif dan lebih panas baran disebabkan otaknya yang bijak dan sifat antikarut. Di sebalik kelakuan buruk Cat kepada Dog, namun dia tetap menyayanginya dan mengambil berat tentang Dog selepas berasa bersalah.

Cat mengidam untuk menjadi kaya dan terkenal, dan berusaha untuk mendapatkannya. Dia sangat bijak dan suka membaca, berkebun dan mendengar muzik klasik, serta sangat mementingkan kebersihan. Seperti kucing lain, Cat fobia akan air. Cat berusia 26 tahun.

Lebih ceria dan naive diantara kedua-duanya. Dog juga punca kekelam-kabutan. Dia amat berimpian besar apabila Cat atau watak lain menyuruhnya melakukan sesuatu dan ia dilakukan bersungguh-sungguh. Dog amat setia, mudah disuruh dan mudah mempercayai kata-kata yang didengarinya. Dog mudah tertarik dengan bola, trak sampah, tulang, makanan dan imaginasinya yang keterlaluan. Disebabkan otaknya yang kurang berfungsi, Dog kerap membawa masalah kepada diri mereka.

  • Winslow T. Oddfellow (disuarakan oleh Carlos Alazraqui)
  • Anjing Greasers (The Greasers Dogs)
    • Cliff (disuarakan oleh Tom Kenny)
    • Shriek Dubois (disuarakan oleh Maria Bamford)
    • Lube (disuarakan oleh Carlos Alazraqui)
  • Lola Caricola (disuarakan oleh Nika Frost)
  • Dunglap, Mervis (disuarakan oleh John Kassir)
  • Eddie si Tupai (disuarakan oleh Dwight Schultz)
  • Rancid Rabbit, Encik Sunshine dan Randolph (disuarakan oleh Billy West)