Pergi ke kandungan

Charlie Adam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Charlie Adam
Adam beraksi untuk Stoke pada tahun 2015
Maklumat peribadi
Nama penuh Charles Graham Adam
Tarikh lahir (1985-12-10) 10 Disember 1985 (umur 39)
Tempat lahir Fintry, Dundee, Scotland
Ketinggian 1.85 m (6 ka 1 in)[1]
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Stoke City
Nombor 16
Kerjaya remaja
1999–2003 Dundee
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2003–2009 Rangers 61 (13)
2004–2005Ross County (pinjam) 11 (2)
2005–2006St. Mirren (pinjam) 29 (5)
2009Blackpool (pinjam) 13 (2)
2009–2011 Blackpool 78 (28)
2011–2012 Liverpool 28 (2)
2012– Stoke City 89 (17)
Pasukan kebangsaan
2006 Scotland B21[2] 5 (1)
2006–2007 Scotland B 3 (0)
2007– Scotland 26 (0)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 22:21, 15 August 2015 (UTC)
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 21 April 2014 (UTC)

Charles Graham "Charlie" Adam (lahir 10 Disember 1985) ialah pemain bola sepak profesional Scotland yang bermain sebagai pemain tengah untuk Stoke City dan pasukan kebangsaan Scotland.

Karier kelab

[sunting | sunting sumber]

Adam menyertai Rangers ketika dia berumur 17 tahun. Dia membuat penampilan sulungnya pada 14 April 2004 ketika menentang Livingston.[3]

Dia membuat satu penampilan ketika permulaan musim 2004–05,[4] dan kemudiannya menyertai kelab Divisyen Pertama, Ross County secara pinjaman untuk baki musim.[4] Semasa di Dingwall, Adam membuat lima belas penampilan, menjaringkan dua gol ketika menentang Raith Rovers dan St. Mirren.[5] Dia juga bermain dalam perlawanan akhir Piala Cabaran Scotland 2004 menentang Falkirk.

Adam kemudiannya menyertai pasukan Divisyen Pertama, St. Mirren secara pinjaman untuk musim 2005–06.[4] Semasa tempohnya di Paisley, dia sekali lagi beraksi dalam perlawanan akhir Piala Cabaran Scotland, kali ini menang 2-1 ke atas Hamilton Academical.[6] Dia juga merupakan sebahagian daripada pasukan yang memenangi kejuaraan Divisyen Pertama pada bulan Mei 2006.[4] Secara keseluruhan, dia membuat 37 penampilan dan menjaringkan sembilan gol untuk the "Buddies".

Selepas bermain untuk Rangers semasa jelajah pra-musim pada bulan Julai 2006 ke Afrika Selatan, termasuk menjaringkan gol hatrik ke atas Jomo Select side,[7] Adam memulakan musim 2006–07 bersama kelab itu dan dia beraksi dalam perlawanan liga pertama mereka menentang Motherwell.[8] Dia terus menjadi pemain tetap Rangers pada musim itu dan menjaringkan gol pertamanya untuk kelab itu ketika kemenangan 3-2 dalam Piala UEFA ke atas Livorno pada 19 Oktober.[9] Ini merupakan salah satu daripada empat belas gol yang dijaringkan Adam musim itu termasuk gol ketika menentang kelab-kelab Israel, Hapoel Tel Aviv[10] dan Maccabi Haifa,[11] serta gol ketika perlawanan Old Firm menerusi sepakan percuma.[12]

Pada 28 Jun 2007, ia telah diumumkan bahawa Adam telah menandatangani kontrak lima tahun bersama Rangers.[13] Adam menjaringkan gol Liga Juara-Juara UEFA pertamanya pada 19 September ketika menentang VfB Stuttgart.[14]

Blackpool

[sunting | sunting sumber]
Charlie Adam bermain untuk Blackpool dalam perlawanan akhir play-off Football League Championship 2010

Pada 2 Februari 2009, Adam menyertai kelab Championship, Blackpool secara pinjaman sehingga akhir musim 2008–09.[4] Lima hari kemudian, dia dibuang padang dalam perlawanan pertamanya untuk the Seasiders dimana mereka kalah 3–2 kepada Doncaster Rovers di Bloomfield Road.[15]

Pada 25 Februari, selepas menjalani penggantungan tiga perlawanan, Adam menjaringkan dua gol untuk pasukan simpanan kelab itu ketika mereka mengalahkan Accrington Stanley 4–2.[16][17] Adam menjaringkan gol pertamanya dalam Football League ketika kemenangan 2–0 ke atas Norwich City di Bloomfield Road pada 7 Mac.[18] Gol keduanya untuk Blackpool datang pada 11 April ketika mereka menang 1–0 ke atas Preston North End di Deepdale. Pada akhir musim itu, selepas menjaringkan dua gol dalam 13 penampilan, dia kembali ke Rangers.

Pada 6 Julai 2009, Rangers mengesahkan bahawa mereka telah menerima bidaan £500,000 dari Blackpool.[19] Empat minggu kemudian pada 2 Ogos, dengan Adam masih lagi pemain Rangers dan pergi ke jelajah pra-musim di Jerman, Smith mengesahkan bahawa pemain itu sedang berbincang dengan Blackpool.[20] Pada hari berikutnya, Daily Mail melaporkan bahawa Adam telah menyertai Blackpool dengan kontrak selama tiga tahun dan pilihan untuk 12 bulan lagi.[21]

Adam bermain untuk Blackpool pada musim 2010–11.

Pada bulan Ogos 2009, Adam menandatangani kontrak dua tahun bersama Blackpool dan pilihan untuk setahun lagi, dengan yuran perpindahan £500,000.[22] Penampilan kompetitif pertamanya sebagai pemain tetap Blackpool adalah ketika seri 1–1 dengan Queens Park Rangers di Loftus Road.[23] Gol pertamanya datang pada 26 Ogos ketika kemenangan 4–1 ke atas Wigan Athletic dalam Piala Liga.[24]

Blackpool layak ke play-off musim itu. Adam menjaringkan gol penalti kemenangan ke atas Nottingham Forest dalam perlawanan separuh akhir pertama,[25] dan Blackpool memenangi menerusi agregat. Dalam perlawanan akhir play-off, Adam menjaringkan gol menerusi sepakan percuma dimana mereka menewaskan Cardiff City 3–2 di Stadium Wembley untuk meraih promosi ke Liga Perdana Inggeris.[26]

Liverpool

[sunting | sunting sumber]
Adam berlatih bersama Liverpool pada tahun 2011

Pada bulan Julai 2011, Liverpool menandatangani Adam dari Blackpool dengan yuran £6.75 juta.[27][28] Dia bermain ketika perlawanan persahabatan menentang Guangdong Sunray Cave dimana mereka menang 4–3 pada 13 Julai.[29] Pada 13 Ogos 2011, Adam membuat penampilan penuh pertamanya untuk Liverpool dalam perlawanan pertama musim 2011–12 dimana mereka seri 1–1 dengan Sunderland di Anfield.[30] Dia membuat bantuan gol untuk gol pembukaan Luis Suárez.

Pada 27 Ogos 2011, Adam menjaringkan gol Liga Perdana pertamanya untuk Liverpool dalam perlawanan menentang Bolton Wanderers dimana mereka menang 3–1.[31] Pada 18 September 2011, Adam dibuang padang ketika kekalahan 4-0 kepada Tottenham Hotspurs.[32] Adam membantu Liverpool untuk menewaskan Everton 2–0 pada 1 Oktober 2011.[33] Dia kemudiannya menjaringkan gol penalti ketika kemenangan 2–0 ke atas West Bromwich Albion.[34] Liverpool layak ke perlawanan akhir Piala Liga 2012 dimana mereka mengalahkan Cardiff City.[35][36] Mereka juga layak ke perlawanan akhir Piala FA 2012 dimana mereka tewas 2–1 kepada Chelsea.[37]

Stoke City

[sunting | sunting sumber]

Pada 31 Ogos 2012, Adam menandatangani kontrak empat tahun bersama Stoke City.[38][39] Dia membuat penampilan pertamanya untuk Stoke ketika seri 2–2 dengan Wigan Athletic.[40] Dia menjaringkan gol pertamanya untuk Stoke ketika kemenangan 1–0 ke atas Queens Park Rangers pada 10 November 2012.[41] Adam menjaringkan gol pertama Stoke untuk musim 2013–14 dimana mereka mengalahkan Crystal Palace 2–1 pada 24 Ogos 2013.[42] Pada 1 Februari 2014, Adam menjaringkan dua gol ketika kemenangan 2–1 ke atas Manchester United untuk membantu Stoke mencatat kemenangan liga pertama ke atas Red Devils sejak tahun 1984.[43] Gol pertamanya kemudiannya dinamakan sebagai gol sendiri oleh Michael Carrick.[44]

Adam menjaringkan gol-gol pertamanya pada musim 2014–15 ketika menentang Sunderland dan Swansea City.[45][46] Pada 4 April 2015, Adam menjaringkan gol dari jarak 65 ela ketika menentang Chelsea dimana mereka tewas 2–1 .[47] Adam kemudiannya menjaringkan empat lagi gol pada bulan April dan Mei termasuk ketika kemenangan 6–1 ke atas Liverpool.[48] Adam menandatangani kontrak baru bersama Stoke pada 20 Jun 2015.[49]

Karier antarabangsa

[sunting | sunting sumber]

Adam dipanggil oleh Alex McLeish ke skuad Scotland buat pertama kali pada 11 Mei 2007 untuk perlawanan persahabatan menentangn Austria dan perlawanan kumpulan B kelayakan Euro 2008 menentang Kepulauan Faroe.[50] Dia membuat penampilan sulungnya di Stadium Gerhard Hanappi, Vienna pada 30 Mei dimana mereka menang 1–0.[51] Dia kemudiannya membuat penampilan kompetitif pertama ketika menang 2–0 ke atas Kepulauan Faroe di Stadium Svangaskarð, Toftir pada 6 Jun.[52]

Statistik karier

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 15 Ogos 2015[53]
Kelab Musim Liga Piala Piala Liga Eropah Lain-lain Jumlah
Divisyen Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Rangers 2003–04[54] Liga Perdana Scotland 2 0 0 0 0 0 0 0 2 0
2004–05[55] Liga Perdana Scotland 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
2005–06[56] Liga Perdana Scotland 1 0 0 0 0 0 0 0 1 0
2006–07[57] Liga Perdana Scotland 32 11 1 0 2 0 7 3 42 14
2007–08[58] Liga Perdana Scotland 16 2 3 0 2 0 11 2 32 4
2008–09[59] Liga Perdana Scotland 9 0 0 0 0 0 0 0 9 0
Jumlah 61 13 4 0 4 0 18 5 0 0 87 18
Ross County (pinjam) 2004–05[55] Scottish First Division 11 2 0 0 0 0 4 0 15 2
Jumlah 11 2 0 0 0 0 0 0 4 0 15 2
St. Mirren (pinjam) 2005–06[56] Scottish First Division 29 5 4 3 1 0 3 1 37 9
Jumlah 29 5 4 3 1 0 0 0 3 1 37 9
Blackpool 2008–09[59] Championship 13 2 0 0 0 0 13 2
2009–10[60] Championship 43 16 1 0 2 1 3 2 49 19
2010–11[61] Liga Perdana Inggeris 35 12 0 0 1 1 36 13
Jumlah 91 30 1 0 3 2 0 0 3 2 98 34
Liverpool 2011–12[62] Liga Perdana Inggeris 28 2 2 0 5 0 35 2
2012–13[63] Liga Perdana Inggeris 0 0 0 0 0 0 2 0 2 0
Jumlah 28 2 2 0 5 0 2 0 0 0 37 2
Stoke City 2012–13[63] Liga Perdana Inggeris 27 3 1 0 0 0 28 3
2013–14[64] Liga Perdana Inggeris 31 7 2 1 2 0 35 8
2014–15[65] Liga Perdana Inggeris 29 7 3 0 3 0 35 7
2015–16[66] Liga Perdana Inggeris 2 0 0 0 0 0 2 0
Jumlah 89 17 6 1 6 0 0 0 0 0 101 18
Jumlah karier 309 69 17 4 19 2 20 5 10 3 375 83

Antarabangsa

[sunting | sunting sumber]
Sehingga 5 Jun 2015[67][68]
Statistik antarabangsa
Pasukan Tahun Kmncln Gol
Scotland
2007 2 0
2008 0 0
2009 1 0
2010 4 0
2011 8 0
2012 5 0
2013 4 0
2014 1 0
2015 1 0
Jumlah 26 0
Ross County
St. Mirren
Blackpool
Liverpool
  1. ^ "Premier League Player Profile Charlie Adam". Premier League. Barclays Premier League. 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-07-06. Dicapai pada 15 January 2015.
  2. ^ "Adam, Charlie". www.fitbastats.com. Dicapai pada 11 October 2012.
  3. ^ "Livingston 1–1 Rangers". BBC Sport. 14 April 2004.
  4. ^ a b c d e "Adam First Team Profile". Rangers.co.uk. Dicapai pada 13 January 2010.[pautan mati kekal]
  5. ^ "Career stats". Soccerbase. Dicapai pada 13 January 2011.
  6. ^ "St Mirren 2–1 Hamilton Accies". BBC Sport. 6 November 2005.
  7. ^ "Adam and N'Diaye impress Le Guen". BBC Sport. 11 July 2006. Dicapai pada 26 February 2009.
  8. ^ Harris, Nick (31 July 2006). "Motherwell 1 Rangers 2: Le Guen's French revolution off to winning start". The Independent. Scotland, UK. Dicapai pada 13 January 2010.
  9. ^ Mcguigan, Thomas (19 October 2006). "Livorno 2–3 Rangers". The BBC. Scotland. Dicapai pada 13 January 2010.
  10. ^ Harris, Nick (23 February 2007). "Rangers 4 Hapoel Tel Aviv 0". The Independent. Scotland, UK. Dicapai pada 13 January 2010.[pautan mati kekal]
  11. ^ Linday, Clive (2 November 2006). "Rangers 2–0 Maccabi Haifa". The BBC. Scotland. Dicapai pada 13 January 2010.
  12. ^ McGuigan, Thomas (5 May 2007). "Rangers 2–0 Celtic". BBC Sport.
  13. ^ Dodds, Emma (28 June 2007). "Deal Me In". Rangers.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-28. Dicapai pada 25 January 2011.
  14. ^ Mcguigan, Thomas (27 November 2007). "VfB Stuttgart 3–2 Rangers". The BBC. Scotland. Dicapai pada 13 January 2010.
  15. ^ "Blackpool 2–3 Doncaster". Sky Sports. 7 February 2009. Dicapai pada 7 February 2009.
  16. ^ "Reserves Record Comfortable Victory". Blackpoolfc.co.uk. 25 February 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-08-29. Dicapai pada 26 February 2009.
  17. ^ Blackpool vs Accrington (Video). Blackpool Gazette. 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-03-01. Dicapai pada 2021-09-24.
  18. ^ "Blackpool vs Norwich City Match Report". Blackpoolfc.co.uk. 7 March 2009. Dicapai pada 8 March 2009.
  19. ^ Herron, Lindsay (6 July 2009). "Adam Heading Back South". Rangers.co.uk. Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-09-28. Dicapai pada 25 January 2011.
  20. ^ "Adam switch to Blackpool back on". BBC Sport. 2 August 2009. Dicapai pada 3 August 2009.
  21. ^ Edwards, John (3 August 2009). "Blackpool boosted as £500k loan star Charlie Adam quits Rangers for Championship return". The Daily Mail. UK. Dicapai pada 3 August 2009.
  22. ^ "Breaking News". Blackpoolfc.co.uk. 4 August 2009. Dicapai pada 4 August 2009.
  23. ^ "QPR 1 – 1 Blackpool". The BBC. Scotland. 17 August 2009. Dicapai pada 13 January 2010.
  24. ^ "Blackpool 4 – 1 Wigan". The BBC. Scotland. 26 August 2009. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-01-17. Dicapai pada 13 January 2010. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  25. ^ "Blackpool 2–1 Nottingham Forest". BBC Sport. 8 May 2010. Dicapai pada 8 May 2010.
  26. ^ Championship play-off final as it happened BBC Sport, 22 May 2010
  27. ^ "Liverpool complete deal for Blackpool's Charlie Adam". BBC Sport. 7 July 2011. Dicapai pada 18 June 2013.
  28. ^ "Adam ready to give Dalglish selection headache"Daily Mirror, 9 July 2011
  29. ^ "Reds hang on for friendly win". ESPN Soccernet. 13 July 2011. Dicapai pada 13 July 2011.
  30. ^ "Liverpool 1 Sunderland 1". Daily Telegraph. 13 August 2011. Dicapai pada 16 August 2011.
  31. ^ "Rampant Reds beat Bolton". ESPN Soccernet. 27 August 2011. Dicapai pada 30 August 2011.
  32. ^ "Nine-man Reds sunk at Spurs". Liverpoolfc.tv. 19 September 2011. Dicapai pada 23 December 2011.
  33. ^ "Everton 0–2 Liverpool". BBC Sport. 1 October 2011. Dicapai pada 18 June 2013.
  34. ^ "West Brom 0–2 Liverpool". BBC Sport. 29 October 2011. Dicapai pada 18 June 2013.
  35. ^ "Carling Cup final: Charlie Adam backs Liverpool to end trophy drought". BBC Sport. Dicapai pada 18 June 2013.
  36. ^ "Cardiff 2–2 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 18 June 2013.
  37. ^ "Liverpool's Charlie Adam to miss FA Cup final with knee injury". BBC Sport. Dicapai pada 18 June 2013.
  38. ^ "Potters Seal Adam Move". Stoke City F.C. Dicapai pada 31 August 2012.
  39. ^ "Liverpool's Charlie Adam completes move to Stoke City". BBC Sport. Dicapai pada 31 August 2012.
  40. ^ "Wigan 2–2 Stoke". BBC Sport. Dicapai pada 1 September 2012.
  41. ^ "Stoke 1–0 QPR". BBC Sport. Dicapai pada 10 November 2012.
  42. ^ "Stoke 2–1 Crystal Palace". BBC Sport. Dicapai pada 31 August 2013.
  43. ^ "Stoke 2-1 Man Utd". BBC Sport. Dicapai pada 2 February 2014.
  44. ^ "Charlie Adam docked a Manchester United goal". Stoke Sentinel. Dicapai pada 6 February 2014.
  45. ^ "Sunderland 3-1 Stoke". BBC Sport. Dicapai pada 28 May 2015.
  46. ^ "Stoke 2-1 Swansea". BBC Sport. Dicapai pada 28 May 2015.
  47. ^ "Chelsea 2-1 Stoke". BBC Sport. Dicapai pada 4 April 2015.
  48. ^ "Stoke 6-1 Liverpool". BBC Sport. Dicapai pada 28 May 2015.
  49. ^ "Charlie Adam signs new contract". Stoke Sentinel. Dicapai pada 20 June 2015.
  50. ^ "Scotland call for Hutton and Adam". BBC Sport. 11 May 2007.
  51. ^ Taylor, Julian (30 May 2007). "Austria 0–1 Scotland". BBC Sport. Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-01. Dicapai pada 2015-08-21. Unknown parameter |deadurl= ignored (bantuan)
  52. ^ "Faroe Islands 0–2 Scotland". BBC Sport. Dicapai pada 31 August 2012.
  53. ^ "Charlie Adam". Soccerbase. Dicapai pada 31 May 2013.
  54. ^ "Games played by Charlie Adam in 2003/2004". Soccerbase. Dicapai pada 17 November 2013.
  55. ^ a b "Games played by Charlie Adam in 2004/2005". Soccerbase. Dicapai pada 17 November 2013.
  56. ^ a b "Games played by Charlie Adam in 2005/2006". Soccerbase. Dicapai pada 17 November 2013.
  57. ^ "Games played by Charlie Adam in 2006/2007". Soccerbase. Dicapai pada 17 November 2013.
  58. ^ "Games played by Charlie Adam in 2007/2008". Soccerbase. Dicapai pada 17 November 2013.
  59. ^ a b "Games played by Charlie Adam in 2008/2009". Soccerbase. Dicapai pada 17 November 2013.
  60. ^ "Games played by Charlie Adam in 2009/2010". Soccerbase. Dicapai pada 17 November 2013.
  61. ^ "Games played by Charlie Adam in 2010/2011". Soccerbase. Dicapai pada 17 November 2013.
  62. ^ "Games played by Charlie Adam in 2011/2012". Soccerbase. Dicapai pada 17 November 2013.
  63. ^ a b "Games played by Charlie Adam in 2012/2013". Soccerbase. Dicapai pada 17 November 2013.
  64. ^ "Games played by Charlie Adam in 2013/2014". Soccerbase. Dicapai pada 17 November 2013.
  65. ^ "Games played by Charlie Adam in 2014/2015". Soccerbase. Dicapai pada 16 August 2014.
  66. ^ "Games played by Charlie Adam in 2015/2016". Soccerbase. Dicapai pada 16 August 2014.
  67. ^ (Inggeris) Charlie Profil Charlie Adam di National-Football-Teams.com
  68. ^ "Profiles - Charlie Adam". http://www.scottishfa.co.uk/. Dicapai pada 27 February 2014. External link in |publisher= (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]

Templat:Skuad Stoke City F.C.