Chetnik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pejuang

Chetnik

Pihak bersengketa dalam Perang Dunia II di Yugoslavia

Bendera Chetnik
dengan tulisan: "Untuk raja dan tanah air; kebebasan atau mati"
Aktif 1941–1945
Ideologi Lihat Bahagian ideologi
Pemimpin
Ibu pejabat Ravna Gora berhampiran Suvobor
Kawasan of
operasi
Taklukan Yugoslavia
Sekutu Pihak Bersekutu

Kuasa Paksi

Opponents Partisan (Oktober 1941–Mei 1945)

Kuasa Paksi

Perang/pertempuran

Pejuang Chetnik (Abjad Cyril Serbia-Croatia: Четници, Bahasa Serbo-Croatia Latin: Četnici, disebut [tʃɛ̂tniːtsi]; Slovene: Četniki), dikenali secara rasmi sebagai Detasmen Chetnik Tentera Yugoslavia, dan juga Tentera Darat Yugoslavia di Tanah Air dan Gerakan Ravna Gora, adalah royalis Yugoslavia dan gerakan nasionalis Serbia dan pasukan gerila[1][2][3] di Yugoslavia taklukan Kuasa Paksi. Meskipun ia bukan gerakan seragam,[4] ia dipimpin oleh Draža Mihailović. Walaupun ia adalah anti-Paksi dalam tujuan jangka panjangnya dan terlibat dalam aktiviti penentangan kecil untuk jangka masa yang terhad,[5] ia juga terlibat dalam persubahatan taktikal atau selektif bersama tentera penjajah di keseluruhan peperangan.[6] Gerakan Chetnik[7] mendukung dasar persubahatan[8] dengan Paksi, dan terlibat dalam kerjasama mewujudkan modus vivendi atau bergerak sebagai pasukan sokongan "legalise" dibawah penguasaan Paksi.[9] Dalam jangka masa yang panjang, dan di bahagian yang berlainan dinegara ini, gerakan itu secara progresif[10] terjebak kedalam perjanjian persubahatan: mula-mula dengan boneka Kerajaan Salvation Nasional di Wilayah Serbia taklukan Jerman,[11] kemudian dengan Itali di taklukan Dalmatia dan Montenegro, dengan beberapa pasukan Ustaše di utara Bosnia, dan, selepas Itali menyerah kalah pada September 1943, dengan pihak Jerman secara langsung.[12]

Pejuang Chetnik aktif dalam pemberontakan di wilayah Serbia taklukan Jerman dari Julai hingga Disember 1941. Akibat dari Pertempuran Loznica pada penghujung bulan Ogos, para pejuang Chetnik Mihailović' merupakan pasukan yang pertama membebaskan sebuah bandaraya Eropah dari cengkaman tentera Paksi.[13][14] Susulan dari kejayaan awal pemberontakan itu, penjajah Jerman menggunakan formula Adolf Hitler untuk menekan penentang anti-Nazi di Timur Eropah, nisbah 100 orang tawanan dibunuh untuk setiap askar Jerman yang terkorban dan 50 orang tawanan dihukum mati untuk setiap askar Jerman yang cedera. Pada Oktober 1941, askar Jerman dan kolaborator Serbia melakukan 2 pembunuhan beramai-ramai terhadap orang awam di Kraljevo dan Kragujevac, dengan jumlah kematian yang terkumpul mencecah lebih 4,500 orang awam, kebanyakannya bangsa Serbia. Ini meyakinkan Mihailović bahawa membunuh askar Jerman akan hanya mengakibatkan kematian yang tidak perlu puluhan ribu orang Serbia. Oleh kerana itu, beliau memutuskan untuk mengurangkan serangan gerila Chetnik dan menunggu pendaratan tentera Bersekutu di rantau Balkan.[15] Sewaktu persubahatan Chetnik mencapai ukuran "ekstensif dan sistematik",[16] puak Chetnik sendiri merujuk dasar persubahatan mereka[8] sebagai "mempergunakan musuh".[12] Saintis politik Sabrina Ramet telah mencatat, "Program politik Chetnik dan persubahatan mereka telah didokumentasikan dengan banyak; ia lebih mengecewakan, kerana masih terdapat orang yang percaya bahawa pejuang Chetnik melakukan apa saja selain berusaha mewujudkan visi sebuah negara etnik Serbia Raya yang serumpun, mereka ingin maju, dalam jangka pendek, oleh dasar persubahatan dengan tentera Paksi".[8]

Pejuang Chetnik adalah rakan kongsi dalam corak keganasan dan pengganasan balas yang bermula di Yugoslavia semasa Perang Dunia II. Mereka menggunakan taktik keganasan terhadap bangsa Croat di kawasan dimana bangsa Serb dan Croat saling bergaul, terhadap penduduk Islam di Bosnia, Herzegovina dan Sandžak, dan terhadap Komunis pimpinan Partisan Yugoslavia dan penyokong mereka di semua kawasan. Taktik ini merangkumi pembunuhan orang awam, membakar kampung-kampung, pemusnahan harta benda dan menambah ketegangan etnik antara bangsa Croat dan Serb.[17] Taktik keganasan terhadap bangsa Croat, setidaknya, merupakan tindak balas terhadap keganasan yang dilakukan oleh Ustaše,[18] bagaimanapun pembunuhan terbesar Chetnik berlaku di timur Bosnia dimana mereka mendahului operasi Ustashe.[19] Bangsa Croat dan Bosniak yang tinggal di kawasan Serbia Raya akan dibersihkan dari orang bukan Serbia, sesuai dengan arahan Mihailović' yang bertarikh 20 Disember 1941.[18] Keganasan terhadap Partisan komunis dan pendokong mereka telah didorong secara ideologi.[20] Beberapa orang sejarawan menganggap tindakan Chetnik semasa tempoh ini sebagai pembunuhan beramai-ramai.[21][22][23] Anggaran jumlah kematian yang disebabkan oleh pejuang Chetnik di Croatia dan Bosnia Herzegovina bermula dari 50,000 hingga 68,000 orang, manakala lebih 5,000 mangsa didaftarkan di wilayah Sandžak. Kira-kira 300 kampung dan bandar kecil telah dimusnahkan, berserta dengan sejumlah besar masjid dan gereja katolik.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Chetnik". Encyclopædia Britannica. Dicapai pada 20 May 2020.
  2. ^ Tomasevich 1975, m/s. 410–412.
  3. ^ Hoare 2006.
  4. ^ Milazzo 1975, m/s. 140.
  5. ^ Milazzo 1975, m/s. 103–105.
  6. ^ Milazzo 1975, m/s. 182.
  7. ^ Milazzo 1975, m/s. 185–86.
  8. ^ a b c Ramet 2006, m/s. 145.
  9. ^ Ramet 2006, halaman 147, Tomasevich 1975, halaman 224–25, MacDonald 2002, halaman 140–42, Pavlowitch 2007, halaman 65–67
  10. ^ Milazzo 1975, preface.
  11. ^ Hehn 1971, halaman 350, Pavlowitch 2002, halaman 141
  12. ^ a b Tomasevich 1975, m/s. 196.
  13. ^ Blic, Decenijama palio sveću zaboravljenom heroju, blic.rs; accessed 09 March 2018.Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan]
  14. ^ "Jadar slavi slobodare". www.novosti.rs (dalam bahasa Serbia). Dicapai pada 2020-01-13.Semua rencana kekurangan rujukan yang boleh dipercayai[sumber lebih baik diperlukan]
  15. ^ Tomasevich 1975, halaman 146, Milazzo 1975, halaman 31, Pavlowitch 2007, halaman 63
  16. ^ Tomasevich 1975, m/s. 246.
  17. ^ Djokic, Dejan. "Coming To Terms With The Past: Former Yugoslavia." History Today 54.6 (2004): 17-19. History Reference Center. Web. 3 Mar. 2015.
  18. ^ a b Tomasevich 1975, m/s. 259.
  19. ^ Hoare 2006, m/s. 143.
  20. ^ Tomasevich 1975, m/s. 256–261.
  21. ^ Tomasevich 2001, m/s. 747.
  22. ^ Redžić 2005, m/s. 155.
  23. ^ Hoare 2006, m/s. 386.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:Yugoslavia topics