Chou Z Lam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Chou Z Lam merupakan bekas penerbit rancangan dokumentasi 'Galeri Mandarin Nasional' di RTM TV2. Khidmat Chou dengan stesen TV kerajaan itu ditamatkan pada 13 Mei 2010.

Pada Mei 2010, beliau dipecat gara-gara menayangkan atau berkongsi idea dengan rakyat berhubung dokumentarinya mengenai Empangan Bakun. Ketua penerangan PAS Idris Ahmad mendakwa projek itu merugikan rakyat khususnya penduduk tempatan. Pada 28 April 2010, menerusi blognya Chou mendakwa rancangan 9 bahagiannya itu diarah gugur kerana Barisan Nasional akan menghadapi Pilihan raya kecil Sibu 2010 pada 16 Mei 2010.[1] Beliau turut menerbitkan dokumentasi nasib setinggan Cina dalam 'Pembinaan menara elektrik di Kampung Sungai Terentang,Rawang'.

Projek Pengukuhan Sistem Kawasan Tengah (CAR) di Kampung Terentang dijalankan oleh Tenaga Nasional Berhad (TNB). Calon MCA tewas dalam PRU12 kerana gagal memperjuangkan nasib setinggan Cina di situ.Timbalan Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi, Heng Sai Kee. Heng Sai Kee menyifatkan dokumentasi 10 minit itu tidak seimbang. Pada 6 mei 2010,

Ketua Pengarah Penyiaran, Ibrahim Yahaya menafikan RTM ada campur tangan politik dalam penentuan sesuatu program yang disiarkan. Yap Shy Cuan (MCA) telah dilantik untuk memantau rancangan yang diterbitkan oleh unit Galeri Mandarin Nasional, unit Buletin Mandarin tv2 dan program mandarin di radio RTM.[2]

Bantahan[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Mei 2010, 528 Media Action Group,WAMI & CIJ menganjurkan bantahan di hadapan bangunan RTM , Angkasapuri. NGO ini ditubuhkan selepas penerbit Ntv7 Joshua Wong meletak jawatan sebagai tanda protes . Penyelaras 528 Media Action Group ialah Ng Yap Hwa.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ PAS ajak 'penerbit' RTM keliling negara
  2. ^ "Satu lagi dokumentari tv2 dibatalkan!". Diarkibkan daripada yang asal pada 2011-10-21. Dicapai pada 2010-05-23.
  3. ^ "Protest to support Chou Z Lam, who was fired over Bakun documentary". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-05-24. Dicapai pada 2010-05-23.