Idris Ahmad
Yang Berhormat Ustaz Datuk Haji Idris Ahmad PMW (Wilayah Persekutuan) | |
---|---|
Anggota Parlimen Malaysia untuk Bagan Serai, Perak | |
Memegang jawatan 19 Disember 2022 | |
Raja | ![]() ![]() |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Didahului oleh | Noor Azmi Ghazali |
![]() Parti Islam Se-Malaysia | |
Memegang jawatan 2015 Berkhidmat dengan | |
Raja | ![]() ![]() |
Presiden | Abdul Hadi Awang |
Perdana Menteri | Dato Seri Anwar Ibrahim |
![]() | |
Memegang jawatan 2015 Berkhidmat dengan Anggota Majlis Syura Ulamak PAS | |
Mursyidul Am | Hashim Jasin |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) | |
Dalam jawatan 30 Ogos 2021 – 10 Oktober 2022 | |
Raja | Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | ![]() ![]() |
Timbalan | ![]() ![]() |
Didahului oleh | Zulkifli Mohamad Al-Bakri |
Digantikan oleh | Mohd Na'im Mokhtar |
Ahli Dewan Negara | |
Lantikan Oleh Yang di-Pertuan Agong | |
Dalam jawatan 16 Jun 2020 – 5 November 2022 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Perdana Menteri | |
Anggota Parlimen Malaysia untuk Bukit Gantang, Perak | |
Dalam jawatan 2013–2018 | |
Didahului oleh | ![]() |
Digantikan oleh | ![]() ![]() |
Butiran peribadi | |
Lahir | (1963-10-19) 19 Oktober 1963 (umur 59)![]() |
Parti politik | ![]() |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() |
Pasangan | Datin Kamariah Mat Ali |
Hubungan | Tuan Guru Haji Ahmad Sungai Petai (Ayah) Dato' Seri Haji Hassan Ahmad (Abang) Datuk Md Salleh Ahmad (Abang) Tuan Guru Haji Zakaria Ahmad (Adik) |
Pekerjaan | Ahli Politik, Pendakwah |
YB Ustaz Datuk Haji Idris Ahmad (lahir 19 Oktober 1963) ialah ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia yang juga merupakan bekas Ahli Parlimen Bukit Gantang, Perak bertanding di atas tiket PAS. Di peringkat parti, beliau merupakan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS[1], Naib Presiden PAS[2] dan Ketua Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS.[3] Beliau juga merupakan Ahli Dewan Negara sejak 16 Jun 2020.
Latar Belakang[sunting | sunting sumber]
Idris dilahirkan pada 19 Oktober 1963 di Changkat Jering, Taiping, Perak. Ayahnya seorang tokoh agama yang dikenali sebagai Tuan Guru Haji Ahmad Kampung Petai. Anak ke lapan daripada sembilan beradik ini lahir dalam keluarga yang mementingkan pengajian agama. Kesemua adik-beradiknya adalah lulusan agama. Abangnya, Dato' Seri Hassan Ahmad merupakan bekas Mufti Pulau Pinang. Seorang lagi abangnya, Dato' Salleh Ahmad merupakan bekas pensyarah dan profesor di Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya dan kemudiannya Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).
Pendidikan[sunting | sunting sumber]
Beliau melanjutkan pengajian di Maktab Mahmud (1978- 1979) dan Kolej Islam Kelang (KIK) (1980-1983). Beliau melanjutkan pengajian dalam Ijazah Sarjana Muda Sastera (Dakwah dan Kepimpinan) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) 1984-1988 dan Ijazah Sarjana Dakwah dan Kepimpinan (Master) UKM.
Laluan kerjaya[sunting | sunting sumber]
Beliau mula menabur khidmat kepada masyarakat pada tahun 1989 setelah dilantik sebagai Pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM). Berkhidmat selama 8 tahun di UiTM Shah dan terus aktif menceburi bidang politik yang sehingga dilantik dilantik sebagai ahli parlimen pada tahun 2013 bagi kawasan Parlimen BUkit Gantang. Seterusnya beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Negara sebagai senator pada tahun 2020 dan telah diberi kepercayaaan untuk menjawat jawatan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) pada tahun 2021.
Anugerah dan pengiktirafan[sunting | sunting sumber]
Wilayah Persekutuan:
Panglima Mahkota Wilayah (PMW) – Datuk (2022)[4]
Bibliografi[sunting | sunting sumber]
- Idris Ahmad (2017). Bicara Politik Ustaz Idris Ahmad. Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan PAS Pusat.
- Idris Ahmad (2001). Panduan Usrah. Kuala Lumpur: Sarjana Media.
- Idris Ahmad (2000). Teks Usrah: Peringkat Penerangan. Kuala Lumpur: Sarjana Media.
Pautan luar[sunting | sunting sumber]
Rujukan[sunting | sunting sumber]
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-06-22. Dicapai pada 2016-06-10.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-10-18. Dicapai pada 2016-06-10.
- ^ "salinan arkib". Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-09-18. Dicapai pada 2016-06-10.
- ^ "Hasni dahului 263 penerima darjah kebesaran Hari Wilayah Persekutuan 2022". Berita Harian. 8 Februari 2022. Dicapai pada 8 Februari 2022.
- Anggota Parti Islam Se-Malaysia
- Kelahiran 1963
- Orang dari Perak
- Ahli Dewan Negara, Parlimen Malaysia ke-14
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-13
- Anggota Majlis Syura Ulama PAS
- Alumni Universiti Kebangsaan Malaysia
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri Malaysia (Hal Ehwal Agama)
- Ahli politik Malaysia berketurunan Melayu
- Penerima Darjah Panglima Mahkota Wilayah
- Ahli Dewan Rakyat, Parlimen Malaysia ke-15