Condor Legion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Legion Condor
Condor Legion
ES Legion Condor.jpg
Panji-panji Condor Legion
Aktif Julai 1936 – Mac 1939
Negara Jerman
Musik Kawad Bombenfliegermarsch
Perang/pertempuran Perang Saudara Sepanyol
Dekorasi Spanish Cross
Komander
Komander
ternama
Hugo Sperrle
Wilhelm Ritter von Thoma
Tanda kebesaran
Roundel Spanish Civil War nationalist roundel.svg
Lambang ekor Nationalist air force black roundel.svg
Pesawat
Pengebom Junkers Ju 52, He-111
Pejuang Heinkel He 51, Messerschmitt Bf 109
Pengawasan Heinkel He 99, Heinkel He 70


Condor Legion (Bahasa Melayu: Pasukan Kondor) (Bahasa Jerman: Legion Condor) merupakan sebuah unit yang mengandungi sukarelawan Tentera Udara Jerman (Luftwaffe) dan daripada Tentera Darat Jerman (Wehrmacht Heer) yang berkhidmat dengan Puak Nasionalis semasa Perang Saudara Sepanyol dari Julai 1936 hingga Mac 1939. Condor Legion membangunkan kaedah-kaedah pengeboman strategik yang telah digunakan secara meluas dalam Perang Dunia Kedua. Pengeboman Guernica adalah operasi paling terkenal yang dilaksanakan oleh Condor Legion. Hugo Sperrle memerintah unit-unit formasi udara dan Wilhelm Ritter von Thoma memerintah elemen darat.

Sejarah bantuan ketenteraan kepada Sepanyol[sunting | sunting sumber]

Selepas rampasan kuasa di Sepanyol pada permulaan Perang Saudara Sepanyol, pihak Republik Sepanyol Kedua meminta sokongan Soviet Union dan Perancis, dan puak nasionalis meminta bantuan Hitler Jerman dan fasis Itali. Permintaan pertama untuk pesawat Jerman telah dibuat pada 22 Julai, dengan pesanan 10 buah pesawat pengangkut. Hitler memutuskan untuk membantu nasionalis pada 25 atau 26 Julai, tetapi berhati-hati dalam membangkitkan peperangan besar Eropah. Kementerian Udara Reich menyimpulkan bahawa tentera nasionalis memerlukan lebih kurang 20 buah Ju 52, dikendalikan oleh juruterbang Luft Hansa, untuk membawa Tentera Darat Afrika daripada negara Maghribi ke Sepanyol. Misi ini dikenali sebagai Operasi Magic Fire (Bahasa Jerman: Feuerzauber). Usaha sama Sepanyol-Jerman "Syarikat Pengangkutan Sepanyol-Maghribi" (Sepanyol: Companía Hispano-Marroquí de Transporte, HISMA) dan seluruh syarikat Jerman, Bahan Mentah dan Syarikat Barangan (Bahasa Jerman: Rohstoffe-und-Waren-Einkaufsgesellschaft, ROWAK) telah ditubuhkan. Penglibatan ini menjadi rahsia, disembunyikan daripada kementerian luar dan ekonomi, dan dibiayai dengan tiga juta Reichmarks.

Organisasi dan perekrutan para sukarela Jerman juga menjadi rahsia. Kontingen pertama berjumlah 86 orang bertolak pada 1 Ogos, tidak menyedari kemana mereka pergi. Mereka diiringi dengan enam buah pesawat pejuang bersayap dua, meriam anti pesawat dan kira-kira 100 tan bekalan lain. Mereka telah diletakkan di lapangan terbang Tablada berhampiran Seville, dan diiringi oleh pengangkut udara Jerman yang memulakan pengangkatan tentera Franco ke Sepanyol. Penglibatan Jerman bertambah pada September melingkungi cabang tentera Wehrmacht yang lain; Operasi Magic Fire telah dinamakan semula Operasi Guido pada November. Dipercayai askar-askar tersebut melatih puak nasionalis Sepanyol, dan tidak berperang. Ketua Kriegsmarine menyediakan kapal selam daripada 24 Oktober. Tentera Laut Jerman juga menyediakan pelbagai kapal laut dan menyelaras pergerakan bekalan Jerman ke Sepanyol. U-boot Jerman telah dihantar ke perairan Sepanyol dibawah nama samaran Ursula.

Dalam masa dua minggu selepas 27 Julai, pengangkut Jerman mengangkat hampir 2,500 anggota Tentera Darat Afrika ke Sepanyol. Pada 11 Oktober, misi tersebut akhirnya tamat, sejumlah 13,500 askar, 127 mesingan dan 36 buah meriam medan telah dibawa kedalam Sepanyol dari Maghribi. Sepanjang tempoh ini terdapat satu gerakan latihan dan misi bekalan tempur secara terang-terangan. Ketua operasi, Alexander von Scheele, telah digantikan oleh Walter Warlimont. Pada September, 86 tan bom, 40 buah kereta kebal PzKpfw I Panzer dan 122 anggota telah mendarat di Sepanyol; mereka telah diiringi dengan 108 pesawat dalam tempoh Julai–Oktober, berpecah antara pesawat untuk puak Nasionalis sendiri dan kapal terbang untuk para sukarelawan Jerman di Sepanyol.

Krew-krew udara Jerman membantu kemaraan Nasionalis ke Madrid, dan kejayaan pembebasan Kepungan Alcázar. Akhirnya, fasa Kepungan Madrid tidak berjaya. Bantuan udara Soviet bagi pihak Republikan semakin bertambah, terutama daripada bekalan pesawat Polikarpov. Warlimont merayu kepada Nazi Jerman untuk menambahkan bantuan. Selepas pengiktirafan Jerman keatas kerajaan Franco pada 30 September, usaha-usaha Jerman di Sepanyol telah disusun semula dan diperbesarkan. Struktur pemerintahan sedia ada telah digantikan dengan Winterübung Rügen, dan unit-unit tentera sedia ada di Sepanyol telah dibentuk menjadi sebuah legion baru, yang dipanggil sebagai Iron Rations (Bahasa Jerman: Eiserne Rationen) dan Iron Legion (Bahasa Jerman: Eiserne Legion) sebelum Hermann Goering menamakannya Condor Legion (Bahasa Jerman: Legion Condor). Kuasa usaha pertama Jerman bagi kerajaan Franco, Jeneral Wilhelm von Faupel, tiba pada November, tetapi diberitahu jangan masuk campur dalam hal-hal ketenteraan.

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Thomas, Hugh (1961). The Spanish Civil War (edisi 1). London: Eyre and Spottiswoode. 
  • Westwell, Ian (2004). Condor Legion: The Wehrmacht's Training Ground. Spearhead. 15. Ian Allan publishing. ISBN 978-0-7110-3043-5. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Militaria[sunting | sunting sumber]

Essay[sunting | sunting sumber]

Laman berkaitan[sunting | sunting sumber]

& Eagles of the Third Reich - Men of the Luftwaffe