Hugo Sperrle

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Hugo Sperrle
Bundesarchiv Bild 146-1987-121-30A, Hugo Sperrle.jpg
Generalfeldmarschall Hugo Sperrle
Kelahiran (1885-02-07)7 Februari 1885
Ludwigsburg, Baden-Württemberg, German Empire
Meninggal dunia 2 April 1953(1953-04-02) (umur 68)
Munich, Bavaria, West Germany
Kesetiaan Empayar Jerman Empayar Jerman (hingga 1918)
Jerman Republik Weimar (hingga 1933)
Jerman Nazi Jerman Nazi
Perkhidmatan Luftwaffe
Tahun perkhidmatan 1903–1918, 1925-1944
Pangkat Generalfeldmarschall
Arahan Condor Legion, Luftflotte 3
Pertempuran Perang Dunia I
Perang Saudara Sepanyol
Perang Dunia II
Anugerah Knight Cross of the Iron Cross
Spanish Cross

Hugo Sperrle (7 Februari 1885 – 2 April 1953) ialah seorang Fil Marsyal (Generalfeldmarschall) Luftwaffe Jerman semasa Perang Dunia Kedua. Pasukan beliau diletakkan sepenuhnya di Perbatasan Barat dan Mediterranean sepanjang peperangan. Menjelang tahun 1944 beliau telah menjadi Panglima Tertinggi Luftwaffe di Barat, tetapi kemudiannya disingkirkan apabila pasukannya yang jauh lebih kecil tidak mampu menghalang pendaratan pihak Bersekutu di Eropah Barat.

Kehidupan awal dan kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan di Ludwigsburg, dan menyertai Tentera Darat Jerman pada tahun 1903 dan ditauliahkan sebagai Leutnant, kemudian dinaikkan pangkat ke Oberleutnant. Selepas Perang Dunia Pertama meletus, beliau ditukarkan ke Luftstreitkräfte (Perkhidmatan Udara Tentera Darat Jerman), bertugas sebagai pemerhati dalam pesawat dua tempat duduk. Semasa perang beliau menerima kenaikan pangkat dan akhirnya sebagai komander komponen udara dalam Tentera Darat Ke-7 Jerman.[1]

Antara perang[sunting | sunting sumber]

Sperrle menyertai Freikorps pada pengakhiran perang selepas pembubaran Perkhidmatan Udara, sebelum menyertai semula Reichswehr. Oleh kerana Jerman tidak dibenarkan mempunyai unit udara, beliau berkhidmat di posisi logistik dan markas tentera darat. Selepas pihak Nazi mengambil alih kuasa, sebuah tentera udara baru Luftwaffe, ditubuhkan.[2]

Beliau memasuki Luftwaffe yang baru dibentuk pada tahun 1935 di mana beliau kemudiannya dinaikkan pangkat ke Generalmajor (bersamaan Brigedier Jeneral AS). Beliau ketika itu merupakan komander pertama Condor Legion semasa Perang Saudara Sepanyol sehingga Oktober 1937, bersama Wolfram Freiherr von Richthofen yang berkhidmat sebagai Ketua Stafnya. Selepas itu beliau dinaikkan pangkat ke General der Flieger (bersamaan Leftenan Jeneral AS).[2]

Perang Dunia Kedua[sunting | sunting sumber]

Apabila Perang Dunia Kedua meletus, beliau memimpin Luftflotte 3 (Armada Udara 3) Jerman. Unit ini tidak terbabit semasa kempen Poland, tetapi digunakan dari bulan Mei dan seterusnya di Perancis, memainkan peranan penting sebagai unit sokongan pengebom taktikal. Pada Julai 1940, beliau dilantik sebagai Generalfeldmarschall Luftwaffe semasa dalam Majlis Fil Marsyal 1940. Armada Udara Ke-3, ditempatkan di utara Perancis, memainkan peranan penting dalam Pertempuran Britain, dari Jun 1940 hingga Oktober 1940 dan The Blitz, hingga Mei 1941. Pada September Sperrle terbabit dalam perdebatan hangat dengan komander Luftwaffe yang lain, terutamanya dengan Panglima Tertingginya Hermann Goering, berhujah untuk meneruskan serangan terhadap lapangan terbang British dan Tentera Udara Diraja bagi memastikan kejayaan pencerobohan Britain. Bagaimanapun, Göring mengarah satu perubahan pada strategi Luftwaffe, menukar serangan keatas bandar-bandar British (yang memiliki kesan tidak sengaja bagi meringankan tekanan Jerman terhadap RAF). Pasukannya terus mengebom Britain sehingga musim gugur tahun 1941.[2]

Beliau kekal bersama unitnya di Perancis untuk 3 tahun berikutnya, hidup dengan mewah di Istana Luxembourg. Peranan utamanya dalam perang, bagaimanapun telah berakhir. Beliau menyokong Erwin Rommel semasa Kempen Afrika Utara dan akhirnya mengambil alih pemerintahan penuh angkatan tentera udara Jerman di Eropah Barat pada tahun 1944, sejurus sebelum pendaratan Bersekutu di Eropah Barat. Pasukannya terjejas teruk akibat kekurangan kapal terbang, krew berpengalaman, dan bahan api. Sungguhpun pada awalnya seorang penyokong Nazi, beliau semakin kecewa dengan usaha perang Jerman. Semasa D-Day beliau hanya memiliki 319 buah pesawat beroperasi yang tinggal bagi menghadapi armada pihak Bersekutu dengan kekuatan lebih dari 9,000 kapal terbang. Akibat ketidakupayaan unitnya bagi menghalang pendaratan tentera Bersekutu, beliau disingkirkan dari pemerintahan pada Ogos 1944.[3]

Fil Marsyal Sperrle ditahan oleh pihak Bersekutu dan didakwa dengan jenayah perang dalam Perbicaraan Pegawai Tertinggi di Perbicaraan Nuremberg Terkemudian tetapi dibebaskan. Selepas perang, beliau hidup secara senyap dan meninggal dunia di Munich pada tahun 1953.[3]

Tarikh kenaikkan pangkat[sunting | sunting sumber]

Anugerah kebesaran[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Fil Marsyal dan Laksamana Besar Jerman

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan
  1. ^ Williamson (2006), p. 44
  2. ^ a b c Williamson (2006), p. 45
  3. ^ a b Williamson (2006), p. 46
Bibliografi
  • Fellgiebel, Walther-Peer (2000). Die Träger des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939–1945 – Die Inhaber der höchsten Auszeichnung des Zweiten Weltkrieges aller Wehrmachtsteile [The Bearers of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939–1945 — The Owners of the Highest Award of the Second World War of all Wehrmacht Branches] (dalam bahasa German). Friedberg, Germany: Podzun-Pallas. ISBN 978-3-7909-0284-6. 
  • Scherzer, Veit (2007). Die Ritterkreuzträger 1939–1945 Die Inhaber des Ritterkreuzes des Eisernen Kreuzes 1939 von Heer, Luftwaffe, Kriegsmarine, Waffen-SS, Volkssturm sowie mit Deutschland verbündeter Streitkräfte nach den Unterlagen des Bundesarchives [The Knight's Cross Bearers 1939–1945 The Holders of the Knight's Cross of the Iron Cross 1939 by Army, Air Force, Navy, Waffen-SS, Volkssturm and Allied Forces with Germany According to the Documents of the Federal Archives] (dalam bahasa German). Jena, Germany: Scherzers Miltaer-Verlag. ISBN 978-3-938845-17-2. 
  • Williamson, Gordon; McGregor, Malcolm (2006). German Commanders in World War II (2). Oxford: Osprey Publishing. ISBN 184176 597 Periksa nilai |isbn=: length (bantuan). 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Pegawai tentera
Didahului oleh
tiada
Panglima Divisyen Udara 1 (1934–1935)
1 April 1934 – 31 Mac 1935
Diikuti oleh:
dibubarkan
Didahului oleh
tiada
Panglima Luftflotte 3
1 Februari 1939 – 23 Ogos 1944
Diikuti oleh:
Generaloberst Otto Dessloch