Cristiano Biraghi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Cristiano Biraghi
Cristiano Biraghi.jpg
Maklumat peribadi
Nama penuhCristiano Biraghi
Tarikh lahir (1992-09-01) 1 September 1992 (umur 27)
Tempat lahirCernusco sul Naviglio, Itali
Ketinggian1.86 m (6 ka 1 in)
Posisi permainanBek kiri
Maklumat kelab
Kelab terkiniInter Milan
(dipinjam dari Fiorentina)
Nombor34
Kerjaya remaja
2005–2011Internazionale
2007–2008Pro Sesto (pinjam)
Kerjaya senior*
TahunPasukanKmncln(Gol)
2010–2012Inter Milan2(0)
2011–2012Juve Stabia (pinjam)11(0)
2012–2014Cittadella33(0)
2013–2014Catania (pinjam)23(0)
2014–2016Inter Milan0(0)
2014–2015Chievo (pinjam)18(0)
2015–2016Granada (pinjam)32(0)
2016–2018Pescara37(1)
2017–2018Fiorentina (pinjam)34(1)
2018–Fiorentina36(1)
2019–Inter Milan (pinjam)0(0)
Pasukan kebangsaan
2010–2011Itali B197(0)
2010–2015Itali B2110(0)
2018–Itali5(1)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 15:29, 3 Jun 2019 (UTC).

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 23 Mac 2019

Cristiano Biraghi (sebutan bahasa Itali: [kriˈstjaːno biˈraːɡi]; lahir 1 September 1992) merupakan seorang pemain bola sepak Itali yang beraksi di posisi bek kiri untuk kelab Serie A, Inter Milan secara pinjaman dari Fiorentina dan untuk pasukan kebangsaan Itali.[1][2][3]

Kerjaya kelab[sunting | sunting sumber]

Kerjaya awal[sunting | sunting sumber]

Biraghi memulakan kariernya bersama kelab Inter Milan dengan menjadi pemain akademi kelab itu sejak tahun 2005. Semasa musim 2007–08, beliau berkelana ke kelab Pro Sesto bersama rakan sepasukannya di akademi untuk menimba pengalaman.[4] Pada mulanya, beliau beraksi di posisi pemain tengah tetapi ditukar ke posisi bek kiri. Beliau telah beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan bersama Inter[5][6][7] sebelum menyertai jelajah musim panas 2010.[8] Beliau telah menjaringkan gol dalam aksi Piala Pirelli sekali gus membantu Inter menundukkan Manchester City 3-0.[9]

Inter Milan[sunting | sunting sumber]

Biraghi melakukan penampilan sulungnya dalam perlawanan kompetitif untuk Inter pada 24 November 2010 ketika menentang Twente dalam aksi Liga Juara-Juara setelah menggantikan Goran Pandev.[10] Sementara itu, Inter telah kehilangna beberapa tonggak penting akibat kecederaan.

Biraghi diletakkan ke dalam kesebelasan utama Inter bagi menghadapi aksi Liga Juara-Juara menentang wakil Jerman, Werder Bremen pada 7 Disember 2010. Beliau telah dipilih untuk mengisi posisi tersebut setelah Davide Santon terpaksa beraksi di posisi sayap berikutan kecederaan Cristian Chivu.

Pada Julai 2011, beliau telah dipinjamkan ke kelab Juve Stabia yang beraksi di Serie B. Pada 27 Ogos 2011, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk kelab itu dalam perlawanan pembukaan musim baru iaitu semasa menentang Empoli.

Cittadella[sunting | sunting sumber]

Pada musim panas 2012, Biraghi telah diikat oleh kelab Serie B, A.S. Cittadella secara pinjaman bersama pilihan untuk membeli.

Biraghi kemudiannya dipinjam ke Catania pada 2 September 2013.

Kembali ke Inter Milan[sunting | sunting sumber]

Pada Jun 2014, Inter membawa masuk semula Biraghi dari Cittadella dengan bayaran sebanyak €610,000. Beliau menandatangani kontrak selama empat tahun bersama Inter pada tahun 2014. Namun, beliau menghabiskan selama dua musim secara pinjaman bersama kelab yang lain.

Beliau menandantangani kontrak dua tahun bersama Chievo secara pinjaman pada 6 Julai 2014.

Pada 27 Ogos 2015, Biraghi melakukan perpindahan ke kelab La Liga, Granada setelah bersetuju untuk menandantangani kontrak selama setahun secara pinjaman.[11]

Pescara[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Julai 2016, Biraghi dijual kepada kelab yang baru melangkah ke Serie A iaitu Pescara. Pada hari yang sama, Pescara juga membawa masuk Rey Manaj dan juga Gianluca Caprari. Pada musim itu, Pescara telah tersingkir dari Serie A.

Fiorentina[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Ogos 2017, Biraghi menyertai kelab yang beraksi di Serie A, Fiorentina secara pinjaman bersama pilihan untuk membeli pemain itu.

Kepulangan kedua ke Inter[sunting | sunting sumber]

In August 2019, Biraghi dibawa masuk semula ke Inter secara pinjaman sebagai pertukaran dengan Dalbert yang berpindah ke Fiorentina. Inter mempunyai pilihan untuk membeli Biraghi dari Fiorentina dengan rundingan yang dilaporkan menelan kos sebanyak €12  juta.[12]

Kerjaya antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Pada September 2018, beliau telah dipanggil oleh pasukan kebangsaan Itali buat pertama kali ketika di bawah kendalian Roberto Mancini untuk menghadapi aksi Liga A Negara-Negara UEFA 2018–19 menentang Poland dan Portugal pada lewat bulan.[13] Pada 7 September, beliau melakukan penampilan sulungnya untuk pasukan Itali ketika menentang Poland dalam aksi pembukaan Liga Negara-Negara UEFA.[14] Pada 14 Oktober 2018, beliau telah menjaringkan gol pertamanya untuk Itali dalam penampilannya yang ketiga ketika perlawanan Liga Negara-Negara UEFA menentang Poland yang berkesudahan Itali menang 1-0 hasil jaringan kemenangan oleh Biraghi.[15] Biraghi mendedikasikan golnya kepada bekas teman sepasukannya di Fiorentina, Davide Astori yang telah meninggal dunia pada tahun itu.[16]

Statistik kerjaya[sunting | sunting sumber]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sehingga 3 Jun 2019.'[17]
Kelab Musim Liga Piala Eropah[nb 1] Jumlah
Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol Kmncln Gol
Itali Inter Milan 2010–11 0 0 0 0 2 0 2 0
Itali Juve Stabia 2011–12 11 0 1 0 12 0
Itali Cittadella 2012–13 33 0 3 0 36 0
Itali Catania 2013–14 23 0 0 0 23 0
Itali Inter Milan 2014–15 0 0 0 0 0 0
Itali Chievo 2014–15 18 0 1 0 19 0
Sepanyol Granada 2015–16 32 0 1 0 33 0
Itali Pescara 2016–17 35 1 2 0 37 1
Itali Fiorentina 2017–18 34 1 1 0 35 1
2018–19 36 1 4 0 40 1
Jumlah 70 2 5 0 0 0 75 2
Jumlah kerjaya 222 3 13 0 2 0 237 3
  1. ^ Termasuk kejohanan Liga Juara-Juara Eropah

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sehingga 23 Mac 2019
Pasukan kebangsaan Itali
Tahun Kmncln Gol
2018 4 1
2019 1 0
Jumlah 5 1

Gol antarabangsa[sunting | sunting sumber]

# Tarikh Lokasi Pasukan lawan Skor Keputusan Kejohanan
1
14 Oktober 2018 Chorzów, Poland  Poland
0–1
0–1
Liga A Negara-Negara UEFA 2018–19

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Cristiano Biraghi National Football Teams". Dicapai 30 September 2018. 
  2. ^ "Cristiano Biraghi Football Stats Fiorentina Age 26 Soccer Base". Dicapai 30 September 2018. 
  3. ^ "Biraghi, Cristiano Biraghi - Footballer - BDFutbol". Dicapai 30 September 2018. 
  4. ^ "Youngsters return from loan periods". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 1 July 2008. Dicapai 26 November 2010. 
  5. ^ "Friendly: Piacenza 2–1 Inter". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 10 October 2009. Dicapai 28 November 2010. 
  6. ^ "Vaduz 1–2 Inter: Arnautovic scores twice". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 14 November 2009. Dicapai 28 November 2010. 
  7. ^ "Inter win 2010 TIM Trophy". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 14 August 2010. Dicapai 28 November 2010. 
  8. ^ "Inter – Panathinaikos 2–3, Eto'o and Coutinho". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 4 August 2010. Dicapai 28 November 2010. 
  9. ^ "Pirelli Cup 2010: Inter won over ManCity". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 1 August 2010. Dicapai 28 November 2010. 
  10. ^ "U.C.L., Inter-Twente 1–0: Qualification reached". FC Internazionale Milano. www.inter.it. 24 November 2010. Dicapai 26 November 2010. 
  11. ^ "Biraghi, nuevo lateral izquierdo del Granada CF" [Biraghi, new left back of Granada CF] (dalam bahasa Sepanyol). Granada's official website. 27 August 2015. Diarkibkan daripada asal pada 24 September 2015. Dicapai 27 August 2015. 
  12. ^ "Inter, Biraghi arrives at Coni for medical visit: the photo". GianlucaDiMarzio.com. Editore G.D.M. Comunication. 28 August 2019. Dicapai 28 August 2019. 
  13. ^ "Chiellini rejoins Italy squad; Pellegri called up". www.sportsnet.ca. 1 September 2018. Dicapai 2 September 2018. 
  14. ^ "Italy: Azzurri open with Poland point". Football Italia. 7 September 2018. Dicapai 7 September 2018. 
  15. ^ "Last-gasp Biraghi beats Poland". Football Italia. 14 October 2018. 
  16. ^ "Biraghi dedicates winner to Astori". Football Italia. 14 October 2018. 
  17. ^ "C. Biraghi". Soccerway. Dicapai 13 October 2018. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]