DVB

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Logo DVB rasmi yang terdapat pada peranti yang menyokongnya

Penyiaran Video Digital (Digital Video Broadcasting, disingkatkan kepada DVB), ialah satu set piawaian terbuka yang diterima di peringkat antarabangsa untuk Lesen digital. Piawaian DVB dikendalikan oleh DVB Project, sebuah konsortium industri yang dianggotai 270 ahli, dan diterbitkan oleh Jawatankuasa Teknikal Bersama (Joint Technical Committee, JTC) yang dibentuk oleh Institut Piawaian Telekomnikasi Eropah, Jawatankuasa Eropah untuk Pemiawaian Elektroteknik dan Kesatuan Penyiaran Eropah. Interaksi antara substandard-substandard DVB ini dihuraikan dalam DVB Cookbook (DVB-Cook).

Senarai piawaian penyiaran televisyen digital
DVB (Eropah)
DVB-S (satelit)
DVB-T (terestrial)
DVB-C (kabel)
DVB-H (mudah alih)
ATSC (Amerika Utara)
ATSC (terestrial/kabel)
ATSC-M/H (mudah alih)
ISDB (Jepun/Brazil)
ISDB-S (satelit)
ISDB-T (terestrial)
ISDB-C (kabel)
SBTVD/ISDB-Tb (Brazil)
Piawaian penyiaran video digital China
DMB-T/H (terestrial/handheld)
ADTB-T (terestrial)
CMMB (mudah alih)
DMB-T (terestrial)
DMB (Korea, mudah alih)
T-DMB (terestrial)
S-DMB (satelit)
MediaFLO
Kodek
Video
Audio
Jalur frekuensi
VHF
UHF
SHF

Pemancaran[sunting | sunting sumber]

Sistem-sistem DVB megagihkan data melalui pelbagai pendekatan, iaitu:

Piawaian-piawaian ini menghuraikan lapisan fizikal dan lapisan pautan data sistem pengagihan. Peranti-peranti berinteraksi dengan lapisan fizikal melalui satu antaramuka selari segerak (synchronous parallel interface, SPI), antaramuka bersiri segerak (synchronous serial interface, SSI), atau antaramuka bersiri tidak segerak (asynchronous serial interface, ASI). Semua data dipancarkan dalam strim penangkutan MPEG-2 bersama beberapa hambatan tambahan (DVB-MPEG). Satu piawaian untuk pengagihan yang dimampatkan mengikut masa ke peranti mudah alih (DVB-H) diterbitkan pada bulan November 2004.

Sistem-sistem pengagihan ini berbeza terutamanya dalam skim-skim modulasi yang digunakan, disebabkan kekangan teknikal yang berbeza-beza. DVB-S (SHF) menggunakan QPSK, 8PSK atau 16-QAM. DVB-S2 pula menggunakan QPSK, 8PSK, 16APSK atau 32APSK, mengikut keputusan penyiar. Cuma QPSK dan 8PSK-lah versi-versi yang kerap digunakan. DVB-C (VHF/UHF) menggunakan QAM: 16-QAM, 32-QAM, 64-QAM, 128-QAM atau 256-QAM. Akhir sekali, DVB-T (VHF/UHF) menggunakan 16-QAM atau 64-QAM (atau QPSK) dan menggabungkannya dengan COFDM dan modulasi berhierarki.

Kandungan[sunting | sunting sumber]

Selain pemancaran audio dan video, DVB juga mentakrifkan sambungan data (DVB-DATA - EN 301 192) dengan saluran kembali (DVB-RC) untuk sesetengah media (DECT, GSM, PSTN/ISDN, satelit dsb.) dan protokol-protokol (DVB-IPTV: Protokol Internet; DVB-NPI: bebas protokol rangkaian).

Teknologi lama seperti teleteks (DVB-TXT) dan data jeda padaman menegak (DVB-VBI) juga disokong oleh piawaian-piawaian ini untuk memudahkan penukaran. Namun untuk kebanyakan aplikasi, terdapat juga alternatif yang lebih canggih seperti DVB-SUB untuk sarikata.

Penyulitan dan metadara[sunting | sunting sumber]

Sistem capaian bersyarat (DVB-CA) mentakrifkan satu Algoritma Campur Aduk Sepunya (DVB-CSA) dan satu Antara Muka Sepunya fizikal (DVB-CI) untuk mencapai kandungan yang dicampur aduk (scrambled). Penyedia DVB-CA membangunkan sistem capaian bersyarat milik penuh mereka dengan rujukan kepada spesifikasi ini. Sistem CA berentak berbilang boleh ditugaskan ke strim program DVB yang dicampur aduk dengan menyediakan fleksibiliti operasi dan komersial untuk penyedia perkhidmatan.

DVB juga membangunkan satu sistem Pengurusan Perlindungan dan Salinan Kandungan (Content Protection and Copy Management) untuk melindungi kandungan setelah diterima (DVB-CPCM), yang bermaksud untuk membolehkan penggunaan fleksibel bagi kandungan dirakam di dalam atau luar rangkaian rumah, sambil menghindari perkongsian yang tidak terkawal di Internet. DVB-CPCM banyak menimbulkan pertikaian dalam media yang mana adalah dikatakan bahawa CPCM ialah penyelesaian kepada American Broadcast Flag yang gagal.[1]

Pengangkut DVB termasuk metadata yang dipanggil Maklumat Perkhidmatan (DVB-SI, ETSI EN 300 468, ETSI TR 101 211) yang menghubungkan pelbagai strim-strim asas kepada program-program yang koheren serta menyediakan huraian yang boleh dibaca manusia untuk panduan program elektronik dan juga untuk gelintaran dan penapisan automatik.

Baru-baru ini, DVB telah menerima satu profil metadata yang ditakrifkan oleh Forum TV-Anytime (DVB-TVA, ETSI TS 102323). Ini merupakan satu teknologi berasaskan XML Schema dan profil DVBnya dibina khusus untuk Perakam Digital Peribadi yang ditingkatkan. DVB juga memulakan satu kegiatan membangunkan satu penyelesaian untuk IPTV (DVB-IPI, ETSI TR 102033, ETSI TS 102034, ETSI TS 102814) yang turut merangkumi takrif metadata untuk panduan kandungan jalur lebar (DVB-BCG).

Platform perisian[sunting | sunting sumber]

Platform Rumah Multimedia DVB (DVB-MHP) mentakrifkan platform berteraskan Java untuk pembangunan aplikasi sistem video pengguna. Selain menyediakan peniskalaan untuk kebanyakan konsep DVB dan MPEG-2, platform ini menyediakan antara muka untuk ciri-ciri lain seperti kawalan kad rangkaian, muat turun aplikasi, dan grafik berlapis.

Saluran kembali[sunting | sunting sumber]

DVB telah menyelaraskan sebilangan saluran kembali yang berfungsi bersama DVB(-S/T/C) untuk menghasilkan komunikasi dwiarah. RCS ialah singkatan bagi Return Channel Satellite (Satelit Saluran Kembali), dan menentukan saluran kembali dalam jalur-jalur frekuensi C, Ku dan Ka dengan lewbar jalur kembali sehingga 2 Mb/s. DVB-RCT ialah singkatan untuk Return Channel Terrestrial (Terestrial Saluran Kembali) yang ditentukan ETSI EN 301958.

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

DVB-S dan DVB-C diratifikasi pada tahun 1994. DVB-T diratifikasi pada awal tahun 1997. Penyiaran DVB-T komersial pertama dilakukan oleh Kumpulan TV Digital (Digital TV Group, DTG) United Kingdom pada akhir tahun 1998. Pada tahun 2003 Berlin, Jerman menjadi kawasan pertama yang menghentikan penyiaran isyarat TV analog sepenuhnya. Kebanyakan negara Eropah menetapkan sasaran diliputi televisyen digital sepenuhnya menjelang tahun 2010, sekaligus menutup segala perkhidmatan PAL/SECAM pada masa itu.

Do Eropah, Australia, Afrika Selatan dan India, DVB digunakan di seluruh kawasan yang diliputi atau sekurang-kurangnya diputuskan sedemikian; begitu juga untuk TV kabel dan satelit di kebanyakan negara Asia, Afrika dan Amerika Selatan. Kebanyakan negara ini belum memilih format untuk penyiaran televisyen digital (DTTV) dan sebilangan kecilnya (Kanada, Mexico dan Korea Selatan) memilih ATSC daripada DVB-T.

Di Malaysia, penyedia program satelit ASTRO memancar dalam format DVB-S sejak dibuka pada tahun 1996. Siaran percubaan siaran DVB-T percuma bermula pada akhir tahun 2006 dengan siaran serentak RTM1 dan RTM2 serta saluran baru RTMi. Pada April 2007, RTM mengumumkan bahawa hasil ujian ini memberangsangkan dan menjangka DVB-T diperkenalkan ke orang awam pada tahun 2008 selepas menetapkan harga set-top box penerima DVB-T . Syarikat telekomunikasi baru U Mobile dijangka melancarkan perkhidmatan DVB-Hnya pada awal tahun 2008 selepas menjalani percubaan. Tarikh penutupan analog diumumkan jatuh pada hujung bulan September 2019.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Europe's Broadcast Flag". Electronic Frontier Foundation. September 29, 2005. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-10-13. Dicapai pada 2007-08-15.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]