Dahlan Zainuddin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berbahagia Datuk
Dahlan Zainuddin
Dahlan-Kisah Seorang Biduan.png
Dahlan dalam filem Kisah Seorang Biduan (1979)
KelahiranMohd Dahlan bin Zainuddin
(1941-06-02)2 Jun 1941
Ipoh, Perak, Tanah Melayu British (kini Malaysia)
Meninggal dunia28 Mei 2019(2019-05-28) (umur 77)
Selayang, Selangor, Malaysia
PekerjaanPenyanyi, pelakon
PasanganEffa Rizan (k. 1977; m. 2019)
Kerjaya muzik
GenrePop
InstrumenVokal
Tahun aktif1970–2018
Syarikat rakaman
Jensen Records

Datuk Mohd Dahlan bin Zainuddin (2 Jun 1941–28 Mei 2019) merupakan seorang penyanyi Malaysia, terkenal dengan lagu "Kisah Seorang Biduan". Beliau telah memulakan kerjayanya sebagai seorang penyanyi selepas memenangi kategori "Persembahan Keseluruhan Terbaik" dalam pertandingan Bintang RTM pada 1975. Beliau juga telah mencipta sejarah apabila menjadi penyanyi tempatan pertama yang mendapat peluang untuk mengadakan konsert di Stadium Negara pada tahun 1978. Selain itu, beliau merupakan anak kepada pelakon bangsawan yang pernah berhijrah ke Singapura sewaktu usianya mencecah lapan tahun dan kemudiannya menetap di Kuala Lumpur pada tahun 1965.[1]

Beliau juga pernah membintangi filem Kisah Seorang Biduan bersama Gaya Zakry dan beberapa pelakon yang lain. Selain itu, beliau sering dilihat sebagai seorang pengacara apabila menjadi hos bagi rancangan televisyen iaitu Hiburan Minggu Ini (HMI) sekitar tahun 1970-an.[2] Di samping itu, beliau merupakan salah seorang kakitangan bagi akhbar New Straits Times.

Kehidupan peribadi dan kematian[sunting | sunting sumber]

Beliau telah berkahwin dengan Effa Rizan yang juga seorang penyanyi yang terkenal pada tahun 1977.[3] Beliau sebelum ini pernah menghidap angin ahmar pada 29 Jun 2016.[4]

Dahlan meninggal dunia pada 28 Mei 2019 di Hospital Selayang pada usia 78 tahun akibat angin ahmar.[5][6] Beliau meninggalkan balu, Effa dan tiga anak serta tujuh cucu. Jenazah beliau dibawa ke Masjid Bangsar untuk dimandikan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara selepas solat Zohor pada 29 Mei 2019.[7]

Diskografi[sunting | sunting sumber]

Catatan: Senarai ini tidak lengkap. Anda digalakkan untuk menambahnya.

EP[sunting | sunting sumber]

  • Kisah Saorang Biduan (1977)

Album runut bunyi[sunting | sunting sumber]

Album studio[sunting | sunting sumber]

  • Wajah-Wajah Cinta (1982)

Lagu-lagu[sunting | sunting sumber]

  • "Kisah Seorang Biduan"
  • "Laguku Untukmu"
  • "Bersama Lagu Ini"
  • "Wajah-Wajah Cinta"
  • "Joget Kaki Lima"

Filemografi[sunting | sunting sumber]

Filem
Tahun Tajuk Peranan Catatan
1979 Kisah Seorang Biduan Pelakon Utama Filem ini merupakan satu-satunya filem lakonan beliau.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Dahlan superstar era 70-an Utusan Malaysia (30 Jun 2012). Dicapai pada 1 Julai 2012.
  2. ^ Farihad Shalla Mahmud (17 Mei 2018). Berilah saya peluang menyanyi - Dahlan Zainuddin Berita Harian. Dicapai pada 27 Mei 2018.
  3. ^ Tony Mariadass (30 Mei 2019). Dahlan Zainuddin: Gone but not forgotten New Straits Times. Dicapai pada 30 Mei 2019.
  4. ^ Dennis Chua (11 Februari 2017). Passion keeps Dahlan going New Straits Times. Dicapai pada 30 Mei 2017.
  5. ^ Perginya seorang biduan, Dahlan Zainuddin Malaysia Gazette (28 Mei 2019). Dicapai pada 28 Mei 2019.
  6. ^ Dahlan Zainuddin meninggal dunia Utusan Malaysia (28 Mei 2019). Dicapai pada 28 Mei 2019.
  7. ^ Shamshul Azree Shamshir (28 Mei 2019). Dahlan Zainuddin meninggal dunia Berita Harian. Dicapai pada 30 Mei 2019.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]