Dam (haji)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Dam dari segi bahasa bermaksud "darah". Dari segi istilah syarak pula, ia membawa maksud denda yang diwajibkan kerana melakukan perkara larangan semasa melakukan haji atau meninggalkan perkara yang diwajibkan.[1]

Ibadat ini dilakukan dengan menyembelih binatang ternakan seperti lembu, unta ,kambing dan sebagainya atau gantiannya sama ada memberi makanan atau berpuasa.[2][3][1]

Dalil[sunting | sunting sumber]

Terdapat beberapa dalil yang menyebut tentang dam. Antaranya di dalam Surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud:[4]

Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah; maka sekiranya kamu dikepung (dan dihalang daripada menyempurnakannya ketika kamu sudah berihram, maka kamu bolehlah bertahallul serta) sembelihlah Dam yang mudah didapati dan janganlah kamu mencukur kepala kamu (untuk bertahallul), sebelum binatang Dam itu sampai (dan disembelih) di tempatnya. Maka sesiapa di antara kamu sakit atau terdapat sesuatu yang menyakiti di kepalanya (lalu dia mencukur rambutnya), hendaklah dia membayar fidyah iaitu berpuasa atau bersedekah atau menyembelih Dam. Kemudian apabila kamu berada kembali dalam keadaan aman, maka sesiapa yang mahu menikmati kemudahan dengan mengerjakan Umrah, (dan terus menikmati kemudahan itu) hingga masa (mengerjakan) ibadat Haji, (bolehlah dia melakukannya kemudian wajiblah dia) menyembelih Dam yang mudah didapati. Kalau dia tidak dapat (mengadakan Dam), maka hendaklah dia berpuasa tiga hari dalam masa mengerjakan Haji dan tujuh hari lagi apabila kamu kembali (ke tempat masing-masing); semuanya itu sepuluh (hari) cukup sempurna. Hukum ini ialah bagi orang yang tidak tinggal menetap (di sekitar) Masjidilharam (Mekah). Dan hendaklah kamu bertakwa kepada Allah dan ketahuilah bahawasanya Allah Maha berat balasan seksaNya (terhadap orang-orang yang melanggar perintahNya).
Surah Al-Baqarah : 196

Jenis[sunting | sunting sumber]

Dam terbahagi kepada empat jenis iaitu:[1][3]

  • Dam tertib dan takdir
  • Dam tertib dan ta'dil
  • Dam takhyir dan takdir
  • Dam takhyir dan ta'dil

Nota kaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Pelajaran 18: Haji dan Umrah". Ibadat (Darjah Khas). Aras Mega (M) Sdn. Bhd. 2007. ISBN 983-9301-70-X Check |isbn= value: checksum (bantuan). (Melayu)
  2. ^ "Dam Haji". al-azim.com. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-01-26. Dicapai pada 11 Januari 2013.(Melayu)
  3. ^ a b "Dam". TetamuAllah.com. Dicapai pada 11 Januari 2013. (Melayu)
  4. ^ "Al-Baqara [2:196]".