Tahallul

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam haji, tahallul ialah keluar dari ihram dengan bercukur atau bergunting setelah tiba masanya.

Tahallul menurut bahasa bererti ‘menjadi boleh’ atau ‘diperbolehkan’. Dengan demikian tahallul ialah diperbolehkan atau dibebaskannya seseorang itu dari larangan atau pantangan ihram. Pembebasan tersebut ditandai dengan tahallul iaitu dengan mencukur atau memotong rambut sedikit sekurang-kurangnya 3 helai rambut.

Semua mazhab berpendapat bahawa tahallul merupakan wajib haji, hanya Syafi’iyah menganggapnya sebagai rukun haji, sebagai mana firman Allah dalam Surah Al-Fath ayat 27 yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah akan membuktikan kepada RasulNya bahawa mimpi RasulNya itu akan menjadi kenyataan. Iaitu engkau beserta penduduk Makkah yang lain akan memasuki kota Makkah insya Allah dengan aman, bebas dari rasa takut terhadap kaum musyrik dengan mencukur rata kepalamu, sedang yang lain mengguntingnya saja. Tuhan mengetahui apa yang tidak kamu ketahui itu. Dibalik ‘yang tidak kamu ketahui itu’ Tuhan memberi kemenangan lebih dahulu kepadamu pada waktu dekat".[al-Quran 48:27]

Tahallul terbahagi kepada dua:

  1. Tahallul awal
  2. Tahallul thani

Tahallul awal[sunting | sunting sumber]

Tahallul awal ialah bercukur lebih awal di Mina sebaik sahaja sampai dari Muzdalifah pada 10 Zulhijjah setelah melontar jamrah.

Tahallul thani[sunting | sunting sumber]

Tahallul thani ialah setelah bertawaf dan bersai haji sekembalinya ke Makkah setelah selesai wuquf.