Dandelion

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian

Dandelion
Paliman
Taraxacum officinale - Köhler–s Medizinal-Pflanzen-135.jpg
Taraxacum officinale
Status pemuliharaan
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Spesies:
T. officinale
Nama binomial
Taraxacum officinale
Sinonim[2][3]
  • Crepis taraxacum (L.) Stokes
  • Leontodon taraxacum L.
  • Leontodon vulgare Lam.
  • Taraxacum campylodes G.E.Haglund
  • Taraxacum dens-leonis Desf.
  • Taraxacum mexicanum DC.
  • Taraxacum retroflexum Lindl.
  • Taraxacum subspathulatum A.J. Richards
  • Taraxacum sylvanicum R. Doll
  • Taraxacum taraxacum (L.) H. Karst.
  • Taraxacum tenejapense A.J. Richards
  • Taraxacum vulgare Schrank

Dandelion (disebut [dan.dé.lion], Jawi: دنديليون), paliman[4] (Jawi: ڤليمن‎) atau jombang (nama saintifik: Taraxacum officinale) ialah sejenis tumbuhan herba saka daripada genus Taraxacum keluarga Asteraceae berasal dari kawasan beriklim sederhana Eropah dan Asia[5] dan diperkenalkan ke benua Amerika.[6]

Tumbuhan ini dikenali dari bunga-bunga kuningnya yang berubah menjadi biji berbulu halus yang mudah tersebar ditiup angin.

Penamaan[sunting | sunting sumber]

Nama dandelion menyerap bahasa Perancis dent de lion "gigi singa" menggambarkan dedaun bergerigi yang ada pada tumbuhan ini.[7]

Istilah paliman didapati pada kamus-kamus Belanda-Melayu dari lewat abad ke-19 ke awal abad ke-20;[4] ia sepunca dengan kata bahasa Jawa merujuk kepada spesies sama iaitu pakliman.[8] Istilah jombang juga menyerap dari bahasa ini di mana ia digunakan di negara Nusantara tertentu seperti Indonesia.[9]

Botani[sunting | sunting sumber]

Bunga paliman
Biji paliman
Bunga paliman sebelum dan selepas disenyawakan

Dandelion atau paliman ini berakar tunjang menumbuhkan batang menegak tinggi antara 5 hingga 40 sentimeter puratanya, malah sejauh 70 sm. Batangnya berwarna keunguan licin atau kurang bulu pendek; dalamnya mengandungi getah. Daun-daunnya berbentuk ringkas membujur dengan ukuran 5–45 sm panjang dan 1–10 sm lebar.[10]

Kepala bunganya terdiri dari anak-anak bunga berwarna kuning yang dwijantina. Anak-anak bunga ini sering dikunjungi oleh banyak jenis serangga. Benih-benihnya terhasil lebih tanpa perlu disenyawakan.[10] Ia terdiri dari buah runcing 2–3 milimeter panjang berwarna hijau atau perang lumut atau kekuningan atau kekelabuan, setiap satunya berbulu pappus keputihan sekitar 6 mm.

Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Bunga tumbuhan ini tidak dikehendaki banyak kebun dan taman jagaan; malah perebakan ia dalam kawasan tanaman pertanian di seluruh dunia dilihat mampu menjejaskan ekonomi yang besar.[11] Pada sisi lainnya pula, tanaman ini sangat dikehendaki pengumpul di kawasan-kawasan beriklim yang sukar ditumbuhkan tanaman ini seperti kawasan tropika sehingga biji-biji ini sering diseludup dari pelancongan luar negara.[12]

Daun-daun dandelion baik yang liar mahupun ditanam boleh dituai dan dimakan sebagai sayur baik mentah dalam salad (terutamanya yang muda, dengan rasa yang sedikit pahit) mahupun dimasak. Akarnya digunakan dalam bentuk dipanggang kering menjadi serbuk yang diseduh membuat minuman dengan rasa mirip kopi.[13]

Tumbuhan ini secara tradisi digunakan orang asal Amerika sebagai makanan dan ubat.[14] Ia juga mempunyai sifat mudah melawas kencing yang dimanfaatkan dalam perubatan tradisional di Eropah, Amerika Utara dan Cina[15][13] selama lebih kurang 2,000 tahun; namun kajian lebih lanjut perlu dilakukan untuk mengukuhkan keberkesanan tumbuhan ini. [16]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "IUCN Red List of Threatened Species: Taraxacum officinale". 5 April 2013.
  2. ^ "Tropicos - Name - !Taraxacum officinale F.H. Wigg". tropicos.org.
  3. ^ "Taraxacum campylodes G.E.Haglund — The Plant List". theplantlist.org.
  4. ^ a b Lihat:
    • Badings, A. H. L. (1901). "paardenbloem". Nieuw Hollandsch-Maleisch, Maleisch-Hollandsch Woordenboek. Tjeenk Willink. m/s. 280 – melalui Delpher. paardenbloem, middel tegen ingewandswormen, paliman.
    • Pijnappel, Jan (1875). "paliman". Maleisch-hollandsch woordenboek. Haarlem: Johannes Enschedé en zonen. m/s. 60. paliman, een soort van plant als onze paardebloem.
    Rencana ini mengandungi teks dari sumber yang berada dalam domain awam.
  5. ^ Vít Bojňanský; Agáta Fargašová (2007). Atlas of Seeds and Fruits of Central and East-European Flora: The Carpathian Mountains Region. シュプリンガー・ジャパン株式会社. m/s. 751–. ISBN 978-1-4020-5361-0. Dicapai pada 29 October 2010.
  6. ^ Tekiela, Stan (1999). Wildflowers of Minnesota: Field Guide. Cambridge, Minnesota: Adventure Publications, Inc. m/s. 343. ISBN 978-1-885061-63-8.
  7. ^ Kowalchik, Claire; Hylton, William H.; Carr, Anna (1987). Rodale's illustrated encyclopedia of herbs. Emmaus, Pa.: Rodale Press. m/s. 141. ISBN 978-0-87857-699-9.
  8. ^ van Hoëvell, Wolter Robert (1869). Tijdschrift voor Nederlandsch-Indie͏̈ (dalam bahasa Belanda). Johannes Noman en Zoon. m/s. 54. 2. Taraxacum officinale... De Javaansche naam dier plant was pakliman.
  9. ^ Setiawan Dalimartha (2000). "Jombang". Atlas tumbuhan obat Indonesia. 2. Jakarta: PT Pustaka Pembangunan Swadaya Nusantara. m/s. 96-102.
  10. ^ a b Morley, T. I. (1969). "Spring Flora of Minnesota". 1974 Reprint with Minor Corrections: 255.
  11. ^ Stewart-Wade, S.M.; S. Newmann; L.L.Collins; G.J. Boland (2002). "The biology of Canadian weeds. 117. Taraxacum officinale G.H. Weber ex Wiggers". Canadian Journal of Plant Science. 82 (4): 825–853. doi:10.4141/P01-010.
  12. ^ Wong, James (16 Mei 2021). "Why the dandelion blows away some plant collectors". The Guardian (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 9 September 2021.
  13. ^ a b 1Clarke, Charlotte Bringle (1977). Edible and useful plants of California. Berkeley: University of California Press. m/s. 191. ISBN 978-0-520-03261-3.
  14. ^ Clare, Bevin A.; Conroy, Richard S.; Spelman, Kevin (August 2009). "The Diuretic Effect in Human Subjects of an Extract of Taraxacum officinale Folium over a Single Day". Journal of Alternative and Complementary Medicine. 15 (8): 929–934. doi:10.1089/acm.2008.0152. ISSN 1075-5535. PMC 3155102. PMID 19678785.
  15. ^ Katrin Schütz, Reinhold Carle; Andreas Schieber (2006). "Taraxacum—a review on its phytochemical and pharmacological profile". Journal of Ethnopharmacology. 107 (3): 313–323. doi:10.1016/j.jep.2006.07.021. PMID 16950583.
  16. ^ Clare, Bevin A.; Conroy, Richard S.; Spelman, Kevin (Ogos 2009). "The Diuretic Effect in Human Subjects of an Extract of Taraxacum officinale Folium over a Single Day". Journal of Alternative and Complementary Medicine. 15 (8): 929–934. doi:10.1089/acm.2008.0152. ISSN 1075-5535. PMC 3155102. PMID 19678785.